12 Jan 2011

Hassan Ali Khianati Perjuangan PR Di Selangor

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin

Pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohd Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya. -mk


PAS beri ingatan kepada pimpinannya di Selangor

KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

(Gambar: Presiden PAS mengimamkan solat hajat di Stadium Melawati)

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya kepada Harakahdaily.

Semua pimpinan utama PAS berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan besar-besaran itu.

Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Hari ini media menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang antara lain menyatakan, beliau boleh bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini. -harakahdaily


Ulasan GB

Tatkala semua ahli Pakatan Rakyat menentang perlantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Selangor, muncul Hassan Ali membelanya. Itu kepala UG di Selangor.

Hassan Ali sepatutnya sudah lama digugurkan dari jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Selangor.

Kenyataan Hassan Ali di atas merupakan satu tamparan hebat kepada PR Selangor dan ia menepati ulasan GB sebelum ini. Petikan:

Nampaknya, Selangor akan dirampas kembali oleh UMNO BN. Itu maksud simbolik yang ditunjukkan ekoran kejayaan Khusrin memasuki pejabatnya pagi ini.

Dia akan melakukan apa saja untuk "menurut perintah" pihak yang menghantarnya - ya apa saja - dengan membuka songkoknya yang dipakai semasa menjadi Pengarah JAIS, apabila memasuki pejabat SUK seawal jam 6.45 pagi ini.

Diperburukkan oleh wujudnya pemimpin talam dua muka di dalam kerajaan PR Selangor yang bakal menyokong Khusrin. Anda sudah kenal siapa mereka yang dimaksudkan!


Dialah ikan berkepala buaya yang pernah muncul di Selangor beberapa bulan lalu. Petikan ulasan GB mengenainya:

Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya.

20 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih.

ada ayat dihujung itu

"these fish look the same as 150 million years ago when they lived next door to the dinosaurs."

dulu duduk bersebelahan dengan dinosaur rupanya ikan ni.

da betul tu!

Tanpa Nama berkata...

aku kenal hasan ali beliau adah seorang yang sangat licik demi kepentingan diri sendiri, dalam dirinya tiada sedikit pun perjuangan Bersama Rakyat,dan memiliki keazaman untuk Kayakan diri sendiri diatas bantuan perjumpaan dalam mengaturkan seratigi bersama Orang Orang dalam GELAP.

Tanpa Nama berkata...

biar khianat perjuangan PR jangan khianat perjuangan Islam!

Tanpa Nama berkata...

kenyataan Hassan Ali itu disuka oleh UMNO dan puak UG laknatullah

Tanpa Nama berkata...

anon 5:45

Perjuangan Islam dibawa oleh PAS yang menjadi komponen PR bukan di bawah oleh UMNO.

Itu sebab mengapa PAS hari ini mengeluarkan kenyataan:

"Hassan Ali diingatkan patuhi pendirian PAS"

kembara putih berkata...

Hassan Ali tak sabar2 nak jadi MB. Dia selalu bertindak kontra dengan MB Khalid, jika MB kata A, dia akan kata B. Percayalah Hasaan Ali anda langsung tak layak jadi MB.

nor berkata...

tu le aku heran le, sehari lepas semayang hajat, terus ada sidang akhbar seolah-olah sokong Khusrin ( BN ). Setia agung PAS , mustapha x buat kerja ke ?????

Tanpa Nama berkata...

Menyirap jer bila dgr hasan ali wat kenyataan macm tuu.sekarang barang mahal,hidup rakyat susah kerana BN perintah malaysia.Tup Tup pi sokong Khusrin plak.Toya lah hasan ali,harap semua jemaah pas boikot jgn bagi dia bertanding pru akan datang,buat menyemak aja.

asuhan berkata...

Berita sebenar telah diputarbelit oleh malaysiakini sila rujuk kenyataaan akbar pimpinan pas

Tanpa Nama berkata...

asuhan,

akhbar pimpinan PAS?
harakahdaily telah pun menyiarkan kenyataan Mustapha Ali beri amaran kepada Hassan Ali?

Tanpa Nama berkata...

inilah yang dikatakan "anai2 dalam pas".

pemerhati-blog berkata...

Buat tokey greenboc, kalau tak tahu perkara sebenar dan tak sertai sidang media tersebut, jangan ulas dulu dalam blob anda.

Amat jelas anda tak jujur dlm membuat rumusan berita. jgn terlibat dgn kaki fitnah. Hati2 bro dalam membuat ulasan. jujur adalah amanah, fitnah adalah khianat.

jelas anda membentangkan dendam anda terhadap hasan ali tanpa anda membaca berita yg tepat.

Kalau tak hadir sidang media, jgn sibuk buat ulasan fitnah, ok!..anda antara paling cepat melatah secara membuta tuli. anda mmg tak profesional..

Tanpa Nama berkata...

baca berita btol2 yob..jgn baca tajuk aje ye. hang boldkan mana ayat yg kata hasan ali setuju dgn pelantikan SUK?

buktikan yob!

Waris berkata...

Mangkuk ni dah mula dia punya game. Kat mana Islamnya kalau jadi pengkhianat? Aku akan benci pada pas keseluruhannya jika pengkhianat ni terus dicalonkan sbg adun atau mp.

Anon 5:45kena faham,Islam bukan bodoh. Utk tegakkan Islam kena jadi hebat serta bijak. Jgn jadi bodoh mcm hasan ali & bbrp pimpinan pas yg lain.

Tanpa Nama berkata...

hasan ali memang puak UG dari dulu lagi. singkir dari PAS kalau nak menang pilihanraya

NIK berkata...

mohon semua sahabat2 jangan cepat melatah apabila menerima satu- satu berita:

Malaysiakini seangkatan Utusan Malaysia?

Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:

Selangor PAS now warms to Khusrin (PAS Selangor kini menerima Khusrin)

Saya hadir dalam sidang akhbar tersebut dari awal ke akhir malah memiliki rakaman audio sebahagian besar rakaman sidang akhbar itu. Tidak pernah sepanjang sidang berkenaan Dato Dr Hasan atau mana-mana pimpinan PAS Selangor yang hadir menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Dato Hasan secara terbuka menyatakan bahawa beliau sepanjang menjadi EXCO Agama dan ketika Khusrin menjadi Pengarah JAIS memang mempunyai banyak perbezaan khasnya dalam hal pendekatan dengan Khusrin. Khusrin kata Dato Hasan sekadar melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir dan kerana itu banyak bercanggah pandangan dengan beliau.

Kalau dibaca satu persatu laporan yang disediakan oleh Hazlan Zakaria dari Malaysiakini itu tidak nampak pun mana-mana baris secara spesifik Dato Hasan atau PAS Selangor menyatakan yang Khusrin diterima malangnya ia memilih tajuk di atas sebagai modal laporannya dan ternyuata ia suatu fitnah yang amat berbahaya.

Sangka saya cuma media arus perdana yang dikuasai Umno dan BN sahaja punya kualiti penulisan tahap tidak bermoral seperti itu rupa-rupanya media alternatif juga ada yang tidak terkecuali.

Akibatnya satu demi satu ruangan komentar di bawah artikel itu menyerang dan memukul Dato Hasan dan PAS Selangor sedangkan hakikatnya tidak ada pun kenyataan sebegitu yang dibuat.

Tahniah Malaysiakini kerana anda kini sudah seangkatan dengan Utusan Malaysia!

MOHON GB YANG SAYA SOKONG DAN MINAT JUGA DIINGATKAN JANGAN CEPAT MEMBUAT ANDAIAN... SOKONG GB

Unknown berkata...

Jika demikian Sdra. NIK, bagaimana pula ingatan/arahan Setiausaha Agung PAS sendiri terhadap pimpinan PAS Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini, yang seperti tersiar di dalam harakahdaily?

Apakah Harakahdaily juga dah serupa Utusan?

NIK berkata...

Terima Kasih GB, Apa yang saya bimbangkan apabila pimpinan kita memberi ulasan berdasarkan kepada berita yang belum lagi sahih... dan tanpa merujuk kepada individu yg keluarkan kenyataan itu... maka akan terdedah kepada fitnah.. PRINSIP SAYA, SAYA AKAN BERHATI-HATI APABILA MENERIMA SESUATU BERITA..

SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA DARI FITNAH..

SOKONG GB

Waris berkata...

Itulah bahananya jika rakyat pernah ditipu. Kepercayaan dah tak ada pada hasan ali dan puak2 yg seangkatan dengannya walaupun kali ni dia berkata benar. Jgn salahkan pihak lain kata cuba buat fitnah. Apakah ciri2 pemimpin munafiq dlm Islam? Bila bercakap dia bohong. Kami pernah ditipu sekali pada UG1 dulu maka walaupun hasan ali dan pemimpin seangkatan dengannya berkata benar, kepercayaan sudah hilang. Ingat... hasan ali dari parti Islam bukan umno. Kalau umno penipu kami tak heran walau sedikit pun.

Tanpa Nama berkata...

Kalau diteliti kenyataan Stopa Ali,dia melarang(dianggap sebagi amaran)PAS Selangor buat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat dan Muktamar.Siapa PAS Selangor? Tentulah Hassan Ali.Kalau S/U Agong telah mengeluarkan "amaran" sudah pasti Hassan Ali sudah membuat "kesilapan" atau "engkar perentah".Walau pun Hassan Ali cara terbuka tidak menyebut "menyokong" Khusrin tapi cara terbuka dia tidak pula "menentang" perlantikan Khusrin,sebagai mana yang dibuat oleh Presiden.PAS Selangor tidak wajar duduk atas pagar,tetapi mesti bersama Pakatan Rakyat dan ini wajar dinyatakan cara terus terang dan terbuka,bukan bermain dengan kata-kata.Orang sekarang bukan bodoh lagi walau pun tanpa PHD.