13 Jan 2011

50 Orang GAPS Nak Desak ADUN Letak Jawatan?

Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.

Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Polis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.

"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

Ulasan GB

Cuma 50 orang saja orang Noh Omar buat demo? Nak batalkan keputusan pilihanraya 2008 dimana calon PKR itu memperolehi 15,962 undi dengan majoriti 6,000 ?



Dah hilang akal?

5 ulasan:

kembara putih berkata...

Alahai ramainya...macam mana nak tawan selangor kalau macam ni.

Tanpa Nama berkata...

puak yg dpt upah 5 hinggit sorang...

wa chan berkata...

Beliak ka Pekasak ka anak kayu jati ka, awat hampa tak pi bersemuka dengan Pak Toyo yang rumah nala punya ? Pi la tanya dia ambik duit mana ? Pi la belajag cara-cara tawag harga ada gak pekdahnya....akai ada ka ?

Waris berkata...

Kesian aku tengok ketuanan meLAYU kena bodoh tak habis2. Bilalah nak maju bangsa ni...?

Woit... meLAYU GAmPang, pi balik jual burger lagi baik drp sibuk dgn ketuanan meLAYU. Sibuk nak jadi tuan tapi perangai mcm GAmPang...

Tanpa Nama berkata...

sememangnya depa ni keturunan talibarut penjajah matsalleh mereka banyak tetik untok nak menjatuhkan pemerentah yang dipilih oleh rakyat.