13 Jan 2011

Isu Guru Besar Berkempen Untuk BN - PAS Segamat Lapor SPRM

Pas semalam mengemukakan aduan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Gambar harakahdaily.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor, Mazlan Aliman berkata, berikutan laporan polis yang dibuat parti itu pada 7 Januari lalu, Markom, sebagai seorang penjawat awam didakwa melakukan melakukan penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya, melalui laporan yang diserahkan kepada SPRM semalam, terdapat beberapa bahan lain seperti buku serta sekeping cakera padat (CD) yang mengandungi ucapan Maskom untuk disiasat.

"Kita lihat beliau 'berkampung' di beberapa tempat sekitar Labis dan paling ketara di kawasan-kawasan Felda.

“Pas minta pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka yang datang ke Labis. Kami bimbang mereka datang bukan sebab menjalankan aktiviti, sebaliknya ada agenda lain," katanya.

Menurutnya, mereka juga difahamkan pihak SPRM telah menubuhkan unit khas untuk membuat kerja-kerja pemantauan dan bersedia membantu mana-mana pihak termasuk Pas.

"Sekarang telah banyak poster dan kain rentang dipasang dan ini sepatutnya tidak terjadi kerana belum sampai hari penamaan calon lagi. Jika Pas menurunkan poster dan kain rentang itu, parti berlaku ketegangan," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, Pas mahupun PKR ingin menyatakan bahawa mereka tidak bertanggung jawab sama sekali tentang penyebaran CD lucah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Bukan kerja Pas atau PKR mencampuri hal peribadi orang lain," katanya.

Mazlan berkata, Pas menerima maklumat daripada orang awam mengatakan parti itu bertanggungjawab menyebarkan CD berkenaan.

"Pas bimbang orang ramai akan mengatakan yang ini semua kerja Pas untuk menjatuhkan pemimpin MCA sedia ada,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Pelajaran bukankah dibawah Muhyiddin Yassin.Buat lapuran polis pun tak guna.Munkin dengan laporan polis tu akan jadi bukti dia dinaikkan pangkat.