22 Dis 2010

Kelantan Anjur Nikah Perdana Libatkan 100 Pasangan

Kelantan peruntuk RM300 ribu anjur nikah perdana

KOTA BHARU, 22 Dis: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.

“Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.

”Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya di sini.

Menurutnya, mas kahwin sebanyak RM1,000 disediakan kepada pasangan terbabit.

Katanya juga pasangan orang kelainan upaya (OKU) turut mengambil bahagian.

“Kita juga berusaha mendapatkan Emas Dinar sebagai sebahagian dari mas kahwin pada majlis berkenaan,” katanya.

Wan Ubaidah berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memberi galakan kepada golongan muda berkahwin bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala kurang sihat.

Menurutnya mas kahwin sebanyak RM1,000 dicadangkan Menteri Besar supaya umat Islam mendapat keberkatan.

“Jangan menyusahkan soal perkahwinan kerana mas kahwin yang terlalu tinggi boleh mengundang gejala tidak sihat,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan pengantin lelaki akan berkumpul di Masjid Muhammadi bermula jam 7 pagi. Kemudian mereka akan diiringi perarakan motosikal klasik dan Persatuan Kereta Viva Kelantan ke Putik.

Manakala pengantin perempuan akan menunggu pasangan masing-masing di Putik. Majlis akad nikah akan disempurnakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. -harakahdaily

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong program yang menolong muda mudi atasi masalah sosial masakini...satu lagi.. luar tajuk sedikit..Badan Pemungut ZAKAT di negeri negeri dikatakan dengan bangganya ada duit berjuta juta...tetapi kenapa MUDA MUDI nak belajar ilmu dunia dan akhirat yang digalakkan oleh ISLAM..pihak yang uruskan wang zakat...SUSAH SANGAT nak bantu...?

smtabi'in berkata...

tahniah... saya sokong usaha murni ini... mengingatkan betapa perlunya ongkos yang besar dalam sesebuah perkahwinan, cara seperti ini dilihat sangat kena pada masa dan ketikanya... khususnya untuk golongan yang kurang mampu..

Tanpa Nama berkata...

berasa sayang nak diberi kepada afnaf lebeh baik masok asn atau melabor kat serikat mana2 ada juga untong.

nur alia berkata...

SY SOKONG USAHA MURNI INI. DALAM MASA SEKARANG SY SEDIRI X DAPAT BERKAHWIN SBKAN MASALAH KEWANGAN. KAMI TERPAKSA MENANGGUH UTK BEBERAPA LAMA SMNTRA MNCARI WANG. GAJI Y ADA SKRG XSEBEBERAPA TAMBAHAN PULA SY TERPAKSA MENYARA ADIK2 7ORG. DAN SY JUGA KHILNGAN AYAH. MOHON KALAU ADA LAGI KAHWIN PERDANA PD TAHUN INI ATAU AKN DATANG SILA WAWARKAN PADA SY SCPT MNGKIN. TERIMA KASIH. 0199124007/0148286962.