21 Dis 2010

Jenayah Britain Meningkat 7,000%, Facebook Punca Utama

Internet punca jenayah meningkat 7,000 peratus di Britain

LONDON: Siasatan sebuah akhbar tabloid Britain mendapati, kadar jenayah berkaitan rangkaian laman sesawang meningkat sehingga 7,000 peratus di sesetengah kawasan berbanding tiga tahun lalu.

Antara kes yang menunjukkan peningkatan ketara adalah bunuh, rogol, pedofilia, buli dan rompak.

Kata kajian itu, kemahiran pengguna komputer tidak banyak meningkat berbanding apa yang diketahui penjenayah.

Facebook terus menjadi antara punca utama pelbagai jenayah berlaku apabila penggunanya sering mengemas kini status masing-masing di situ tanpa menyedari maklumat berkenaan boleh dimanipulasi penjenayah. - Agensi


Laman web porno akan disekat di Britain

LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.

Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.

Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.

Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi


Tiada ulasan: