21 Dis 2010

[Bergambar & Video] Lagi Berkenaan Kemalangan Paling Dasyat Dalam Sejarah Negara

Kemalangan bas yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, disifatkan yang paling dahsyat dalam sejarah negara, dimana mengorbankan 28 nyawa. Kebanyakkan penumpang yang menaiki bas pesiaran ini merupakan pelancong yang datang dari Thailand.

Kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah negara ..

Kemalangan yang berlaku pada 11.10 pagi semalam .. menyebabkan 22 orang mati ditempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Bas dua tingkat, milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, dikatakan membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

KRONOLOGI

11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai
11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan
11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan
12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup
12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan
12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan
2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba
2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan
3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan
4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula
5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai

INFO
Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Rakyat Malaysia

1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)

Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon

Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm


ADA PIHAK DIKATAKAN TABUR MINYAK DI KAWASAN KEMALANGAN BAS

AHLI Parlimen Cameron Highlands, S K Devamany, yakin ada pihak tertentu mencurah minyak di beberapa kawasan di KM 15 menuruni pusat peranginan itu termasuk di kawasan yang menyebabkan sebuah bas pesiaran dua tingkat, remuk teruk mengorbankan 28 nyawa hari ini.

"Saya berani mengatakan memang ada pihak mencurahkan minyak di beberapa kawasan jalan berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan" katanya ketika ditemuramah TV3.

Malah Devamany sendiri pernah terbabit dalam kemalangan di kawasan berkenaan dan terlihat kesan curahan minyak, dipercayai dilakukan pihak tertentu yang mempunyai tujuan mencari keuntungan!

Berdasarkan keadaan teruk menimpa bas itu, pelbagai pihak menggelengkan kepala bagaikan tidak percaya ia boleh berlaku sedemikian sehingga mencatat titik hitamd alam sejarah pengangkutan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, juga mengakui bas berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali tetapi turut melahirkan kehairanan dengan impak kerosakan yang berlaku. Katanya, impak kerosakannya teramat teruk dan sukar dibayangkan.

Devamany pula mengesa pihak berkuasa segera menyiasat dakwaan kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab mencurahkan minyak bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan meragut nyawa berlaku di sepanjang jalan itu. -pouchnote






















Berita Berkaitan

[Bergambar] 28 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai - updated

1 ulasan:

Sumirin berkata...

Pak polisi sama yang lain-lain siasat betul2. Kalau ada khianat gitu makanya yang berkenaan perlu dihukum bakar sama itu minyak baru padan mukanya ! Itu bapak wakil rakyat tu dulu pernah tergelincir juga tetapi ada buat pengaduan nggak sama polisi ? Kalau dulu bapak kasusnya tak sampai ke pengaduan maka bapak memang bodoh tolol...