6 Nov 2010

TGNA: Kemenangan BN Di Galas Sudah Dirancang. BN Tanggung Dosa Sampai Akhirat.

Kemenangan BN di Galas diragui

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.

Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.

“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.

“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.

Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak.

“Kalau rakyat terima sungguh BN sebagaimana kehendak dia, tolak Pas, itu tidak mengapa tetapi jika tolak Pas ambil BN kerana sebab atau tindakan tertentu, seperti ugutan, sogokan dan sebagainya, dosa BN tanggung sampai akhirat kerana dia tak beri peluang kepada rakyat memilih,” katanya. -SH

Ulasan GB

Mengenai penipuan itu, apa yang disampaikan oleh TGNA serupa dengan apa yang GB telah catatkan di dalam blog ini sehari sebelum pilihanraya. Dua kali GB tulis.

SPR Berkeras Untuk Guna Helikopter. PR Perlu Tegas.

Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas.

Tetapi orang kata GB ni nobody dalam PAS, jadi takde siapa dengar teguran dan nasihat GB kepada pimpinan PAS. Namun GB puashati sekurang-kurangnya telah melaksanakan tanggungjawab yang Tuhan beri... sebagai seorang blogger muslim dan mukmin.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno bee end akan terima balasan dari Allah, bukan diakhirat nanti, didunia lagi akan ada balasanNya... kita tunggu dan lihatlah... penipuan demi penipuan berlaku... ini semua terjadi dengan izin Allah jua... begitu juga penyakit yang dihidapi oleh bapak menteri perdana tu... adalah dengan izin Allah juga... nak bagi tau yang dia terlalu banyak melakukan kemungkaran... terutama berkenaan fesyen pakaian yang dianjurkan oleh beeneenya tu... ini adalah juga bala yang Allah timpakan padanya... aku rasa itu baru sikit sakitnya... hanya sebesar kuman aje....

Hj Markoko berkata...

salam...

...biasa la..kalu PASDAP menang ianya malaikat tolong..tapi kalu kalah ianya kerana pengundi hantu, rasuah dll..hehehehe

mamat drebar berkata...

nape tak sewa helikopter jugak? kan pemuda PAS Kelantan banyak duit. bangunan UMNO boleh beli RM4.5J kan?

Tanpa Nama berkata...

TGNA,
Guru ku,
Taniah dari murid mu, syukur dari murid mu, memimpin kami dalam perjuangan, mursyid dalam hidup kami, menagjar kami ilmu Tuhan sekelian alam.
walau guru dalam penat, masih memimpin kami berjuang, walau guru dalam sibuk, masih bersama kami siang malam, walau guru dalam letih, masih tersenyum kepada kami, walau guru dicerca musuh, masih menahan marah dihadapan kami, walau guru dimaki munafiq, masih terus berjuang sebagai contoh kepada kami.

Guru ku,
Telah berakhirnya sudah perjuang di Galas, segala bangsal telah diroboh, segala periuk belanga telah dicuci, segala lubang telah ditutup.
Namun pahat gergaji dan tunggul,
masih galak menyanyi,
tv radio masih berbunyi,
kekalahan PAS jadi bualan,
Jentera PAS jadi kajian,
niat kita dicipta alasan,
PAS Kelantan diletak atas mata pedang..
Adakah sekali kita kalah ertinya kita rebah, adakah sekali UMNO menang kita akan hanyut, adakah sekali kita gagal dunia telah menjadi kelam,
adakah sekali kita rebah perjuangan akan hilang.

TGNA guru ku,
Perjuangan ini tidak akan kalah,
perjuang ini tidak akan berakhir,
perjuangan ini tidak akan hilang,
kebenaran tetap ke hadapan.

Kalah itu hanyalah nafsu,
kalah itu hanyalah kebatilan,
kalah itu bukan perjuangan,
kalah itu adalah pengkhianatan,
kalah itu adalah was-was syaitan.

Guru ku,
PAS Kelantan bukannya punca,
calon bukannya faktor,
pengarah PRK bukannya sebab,
ladang rakyat bukannya punah,
geran tanah bukannya amarah rakyat.

KU LI tiada hebat,
KU LI tiada tongkat hikmat,
KU LI bukan mempunyai tulah,
rasuah UMNO bukannya penyebab,
janji Mahyuddin bukannya telah dimakan,
ahli Galas bukan menikam kita,
ahli galas bukang pemakan umpan,
Jentera UMNO bukannya kuat,
tentera merah bukan bukannya ikhlas.

Guru ku,
Galas bukan hak milik kita,
hanya dua tahun pinjaman utk kita,
Galas kubu terkuat pertahanan musuh,
hanya chek hasyim pembuka selera,
Galas sentiasa didalam genggaman musuh,
hanya PRU 12 Galas dianugerah.

Macamana kita boleh menang,
3000 undi milik mutlak musuh,
macamana kita boleh tawan,
2000 undi orang asal memihak mereka,
macamana kita boleh bersorak,
1000 pengundi cina sedia berubah hati,
macamana kita boleh kata kita punya,
rakyat UMNO 2000 tegar bersama mereka.

Guru ku,
Kiat boleh mengaku menang,
4000 tetap teguh bersama bulan,
kita boleh mengaku kuat,
kubu kita tetap bertahan,
kita boleh mengaku jantan,
putus asa tiada bersama ahli kita,
kita boleh mengaku disayang Tuhan,
takbir sentiasa bergema di mana sahaja.

Tanpa Nama berkata...

guruku
terimalah hakikat
kita bukan yang terbaik
kita silap pilih calon
kita silap strategi
kita riak...

kalau lawan main kotor
kita banyakkan doa
Tuhan pasti tidak merestui
kalau kita dianiaya
doa orang teraniaya pasti didengar

guruku
lihatlah kita
lihatlah parti kita
tiadakah cela

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan BN

anakjatigalas berkata...

kawan ku,
bukan calon salah kita pilih,
bukan calon punca musuh menang,
kalau guru ku TGNA diadukan calon,
kalau guru ku TGHH diambil calon,
BN tetap akan bertepuk sorak,
kalau batang kayu calon BN,
kalau budak sekolah calon Umno,
BN tetap akan bertepuk sorak,

baca perhati guna metametik,
DUN Galas milik kukuh BN,
kepunyaan UMNO turun temurun,
dapat kita bertahan tandanya gagah,
4000 undi amat boleh cara bergaya,
tanda tiada penyokong lari,

lihat bagamana kiraan bagi UMNO,
3000 undi UMNO dapat free,
2000 dari orang asli,
1000 undi dari cina lari,
2000 lagi dari penyokong UMNO jati,
siapa calon UMNO akan berjaya.

BERFIKIRLAH BAGAIMANA PAS MENANG DI GALAS DALAM PRU12, JANGAN FIKIR BAGAIMANA pas KALAH PRK GALAS.

Tanpa Nama berkata...

kejahatan UMNO dan BN patut diganti dengan kerajaan baru lain yang lebih adil,ikhlas dan telus

Tanpa Nama berkata...

UMNO memasukkan pengundi luar mengundi di Galas dengan kerjasama SPR