6 Nov 2010

Demam Campak Ambil Masa Yang Lama Untuk Sembuh - Liow

PM masuk wad, dirawat di HK

Alami rasa tidak selesa dalam perut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad VVIP di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin selepas mengalami rasa tidak selesa dalam perut kini dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Ia mungkin berpunca daripada cacar yang dihidapi Perdana Menteri sejak beberapa hari lalu. Saya tak tahu berapa lama beliau akan ditahan di sini (wad) kerana cacar biasanya mengambil masa lama untuk sembuh,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Menemani Perdana Menteri di hospital ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Liow antara kenamaan yang melawat Najib sekitar jam 11 pagi semalam selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Mereka yang diiringi Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berada di wad selama 55 minit sebelum meninggalkan hospital.

Turut melawat Najib ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaludin Jarjis. Tiga anak Perdana Menteri serta menantunya turut dilihat ke hospital berkenaan.

Liow berkata, pakar perubatan sedang mengawasi keadaan kesihatan Perdana Menteri yang dilaporkan semakin stabil dan tidak membimbangkan.

“Beliau memerlukan rehat yang mencukupi dan akan diletakkan untuk pemerhatian dalam tempoh beberapa hari bagi memantau perkembangan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, berkata endoskopi yang dilakukan ke atas Najib menunjukkan Perdana Menteri mengalami ulser dan gastritis ringan, tetapi sudah diberi rawatan.

Ulasan GB

Melaung Najib jika terbaca kenyataan Dr. Liow.

Bas transnasional semalam dah tercampak kat Pekan. Seorang mati. Najib terkena demam campak belum sembuh-sembuh lagi. Sekarang perutnya pula rasa tak selesa. Sedikit demi sedikit doa pecah perut oleh TGNA agaknya dah menampak kesan. TGNA minta Kerajaan Pusat bayar wang royalti Kelantan. Najib cuba menafikan sebaliknya diberikan kepada JPP dan UMNO negeri untuk diperhabiskan dan untuk merampas Kelantan.

Mereka berjaya kelmarin merampas 1 DUN di Kelantan. Tapi keadaan kesihatan Najib terus memburuk. Dari demam campak ke sakit perut.

Isterinya Rosmah Mansor dah panggil bermacam-macam bomoh, ada yang suruh tidur beralaskan daun bambu, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa, ada yang suruh makan sayur sahaja dan bermacam-macam.

Baru lepas bertempik di PWTC .... biar putih tulang katanya...
Muga perkataan Najib itu benar, semuga beliau sanggup berputih tulang sekalipun Tuhan Maha Berkuasa untuk menyerahkan royalti kembali kepada Kelantan dan menyerahkan Putrajaya kepada sesiapa yang dikehendakiNya nanti.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAdan muka. Rakyat yang marhain ini sengsara akibat dasar yang tidak berhemah.

Tanpa Nama berkata...

Allah baru usik sikit je...

Tanpa Nama berkata...

ala... sikit aje sakitnya tu... orang lain sakit lebih teruk dari itu... tak apalah Allah nak bagi rasa kat dia... samada dia sedar atau tak hanya Allah yang mengetahui... semoga menjadi pengajaran buat diri beliau...

Tanpa Nama berkata...

salam...itulah buktinya...kita ni..manusia....ada masa kita sihat..ada masa kita sakit...walaupun kita seorg PM.....bila sakit...br kita tau...betapa susahnya hidup..brp dhaifnya kita...hinanya kita...hanya ALLAH yg Maha Berkuasa...kuasa yg kita ada tu sekelumit shj..so moga PM bersabar dan muhasabbah.....moga selepas sembuh nnt anda akan menjadi PM yg baik dan mengikut ajaran Islam yg sebenar...serta berusaha bersama2 Tok Guru Nik Aziz utk menegakkan Islam yg sebenar di bumi Malaysia...mudah2an...

Tanpa Nama berkata...

adakah nak pilhanraya di Pekan pula?

Tanpa Nama berkata...

Menteri Kesihatan kata cacar ambil masa lama untuk sembuh.Orang awam sakit cacar,biasanya terus masuk hospital bila kena,tapi yang ini dah lama dirumah,baru masuk hospital,Pelek!!!

Tanpa Nama berkata...

kut2 pm jadi ahli pas pulak ke ... lepas ni.. tapi kalau puak2 umno yang tegar masuk pas, memang susah sikit nak percaya...

Tanpa Nama berkata...

kalau dia bertaubat inshallah baik