1 Nov 2010

Pemilihan PKR. Keputusan Lintang Pukang Petanda Buruk Untuk PKR

Sekalipun dihentam oleh Ketua Umum PKR sendiri dan juga pimpinan kanan parti sebelum ini, namun undi yang diperolehi oleh calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim memberansangkan.

Zaid yang dituduh dengan pelbagai tuduhan seolah-olah beliau bukan lagi seorang ahli PKR, ternyata bahawa semenjak dari pertama sehingga hari ketiga, beliau mendahului senarai untuk jawatan yang ditandinginya, dan terbaru dilapor Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR, membuat pembetulan, katanya Azmin mendahului Zaid. Kesilapan teknikal berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya, tambahnya.

Inilah akibat kerja-kerja banyak tangan memanipulasi dan eksploitasi sehingga terdedah kepincangan keputusan. Setiausaha PKR tersebut yang sebelum ini GB telah kata agenda beliau akan terdedah satu demi satu. Pengumuman itu sepatutnya dibuat oleh JPP, bukan Setiausaha Agong parti.

Sekalipun ramai meramalkan Azmin akan memenangi jawatan Timbalan Presiden, namun ramai pemerhati politik menyatakan bahawa ia adalah satu perkembangan yang kurang sihat di dalam PKR kerana PKR akan dilihat sebagai satu parti "keluarga dan kroni" jika Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Nurul Izzah memenangi kerusi Naib Presiden. Wan Azizah, isteri Anwar telah pun memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding.

Azmin telah berkali-kali melanggar etika parti seperti menyerang peribadi lawan sebaik sahaja menerima pencalonan tertinggi dan berkempen secara keterlaluan, namun pihak pimpinan kanan parti dan Jawatan Pemilihan Pati mendiamkan diri kerana mereka terang-terangan dilihat menyebalahi Azmin.

Walaupun sistem "satu kepala satu undi" dilihat lebih adil dan efektif untuk memilih pemimpin namun kesengetan yang berlaku terutama sikap pilih-kasih dan tidak neutral pimpinan kanan parti mencacatkan sistem yang baik itu.

GB sebelum ini telah menyatakan bahawa PKR tidak mempunyai sistem jawatankuasa pemilihan yang baik. Tidak ada sistem syura (atau apa-apa yang menyerupainya) yang mengawal tindak tanduk parti. Yang ada cuma Badan Disiplin yang lansung tidak ada upaya untuk bertindak bebas.

Setiausaha Agong PKR sendiri yang dulunya saya lihat ada kaliber, tetapi di dalam pemilihan 2010 ini ternyata Saifuddin Nasution telah berkali-kali memperlihatkan sikapnya yang berpihak apabila beliau turut menyertai membelasah calon Timbalan Presiden, Zaid.


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memperlihatkan nada yang seiring dengan pendirian Azmin sambil menekankan, kenyataan-kenyataan Zaid menggambarkan pemikiran tipikal yang dibawa Umno selama ini.

“Ini fikiran tipikal Umno sejak 12 tahun lalu. Untuk mengatakan PKR hanya berjuang demi kepentingan Anwar (seorang), ia sebahagian daripada usaha mereka cuba membuatkan orang ramai percaya perkara ini,” kata Saifuddin. -petikan TMI


Sepatutnya di dalam keadaan pemilihan sedang berlansung, sebagai seorang pimpinan kanan parti tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlihatkan sikap berpihak.

Namun begitu ganjil, didalam PKR semuanya ini berlaku. Malah Ketua Umumnya sendiri, dan sebilangan ramai wakil-wakil rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang menampakkan kecenderungan yang jelas dan nyata untuk mempengaruhi ahli-ahli PKR supaya menyokong dan memilih orang-orang tertentu.

Halatuju PKR di dalam arus politik nasional masih samar dan sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan kanan parti yang jelas mempengaruhi ahli-ahli untuk mengundi orang-orang tertentu itu untuk jawatan-jawatan kanan di dalam parti kelak bakal menghancurkan PKR sendiri.

Di Batu Sapi, beberapa rakan menyatakan hal pemilihan ini jugalah di antara yang menjadi isu perbualan di kalangan rakyat di sana dan bakal menyebabkan kekalahan Ansari. Kesian Ansari.

Samada disukai atau tidak, dipercayai atau tidak, rakyat sudah pasti tidak lagi akan memilih parti yang didokongi oleh "keluarga dan kroni" di dalam pilihanraya umum akan datang dan pemerhati politik meramalkan PKR akan kehilangan statusnya sebagai parti dominan di dalam Pakatan Rakyat (sekarang ini pun PKR telah tidak mendominasi PR lagi apabila jumlah kerusi parlimennya telahpun tewas kepada DAP setelah beberapa orang MP PKR melompat menjadi ahli bebas. Hanya restu dan ehsan DAP mengekalkan DSAI sebagai Ketua Pembangkang).

Kita juga akan dapat menyaksikan lebih ramai wakil rakyat PKR akan kecundang di dalam pilihanraya akan datang, dari Gombak sampai Machang, jika tren pemilihan terus menampakkan arah aliran kepada "keluarga dan kroni".

PKR akan mengulangi nasibnya di dalam pilihanraya umum 2004 di dalam pilihanraya umum akan datang dimana mereka pada ketika itu hanya memenangi 1 kerusi parlimen sahaja.

DAP pula sudah kehilangan dua orang ADUNnya setakat ini. ADUN Jelapang Hee Yit Foong dan ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh.

Setakat ini, hanya PAS yang masih berjaya untuk memperlihatkan keutuhan apabila setakat ini belum ada mana-mana wakil rakyatnya, samada di Parlimen atau DUN yang melompat. Keutuhan ini banyak disandakan kepada sistem pemilihan wakil rakyat yang lebih kemas dan teliti di samping kewujudan "Majlis Syura" yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempastikan dasar-dasar perjuangan dipatuhi. Sementara perjalanan seharian organisasi parti pula diketuai oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang.

Untuk bergerak seiring dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain suapaya misi menawan Putrajaya menjadi realiti, PKR perlu membebaskan diri dari menjadi sekadar parti keluarga dan kroni. Jika tidak, bawalah PKR balik ke Permatang Pauh sahaja seperti yang berlaku di dalam 2004.


Azmin Mendahului Zaid Ibrahim

Perangkaan rasmi terbaru daripda setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului pemilihan timbalan presiden parti itu dengan mendapat 3051.

Menurut Saifuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2529 undi manakala seorang lagi pencabar jawatan itu, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1149 undi.

Sebelum ini, laman sesawang PKR menyiarkan keputusan bahawa Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR. Kesilapan dipercayai berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (68 cabang), Zaid dilaporkan mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan pencabar terdekat Naib Presiden Azmin Ali dengan 3051 undi.

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah PantaiNurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).

Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).

Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:
Gobalakrishnan (2080)
Xavier Jayakumar (1679)
R Sivarasa (1553)
Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237)
Yahya Sahri (1178)
Baru Bian (659)
Ansari Abdullah (646)
Jonson Chong (626)
Yusmadi Yusoff (615)
S Manikavasagam (492)
Dominique KH Ng (284)
Saiman Marjuki (166)
James Ghani (106)


IMBASAN: KEMPEN HULU SELANGOR

Nik Aziz: ‘Undi Zaid, orang Kelantan tahu halal haram’

BATANG KALI, 24 April — Tinggal kurang enam jam sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi kawasan ini termasuk 300 warga Kelantan mengundi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Kata Nik Aziz, pengundi-pengundi wajar memberikan sokongan Zaid kerana yakin terhadap kepimpinannya sebagai seorang yang berprinsip.

“Beliau seorang yang sanggup meletakkan jawatan kerana prinsip... mana ada menteri yang sanggup meletakkan jawatan,”
kata Menteri Besar Kelantan ini ketika berucap di hadapan penyokong PAS di Batang Kali, petang ini.

Majlis ini diadakan untuk pengundi-pengundi dari Kelantan.

Bagaimanapun hampir 3,000 orang termasuk pengundi tempatan hadir untuk mendengar ucapan Nik Aziz — persinggahan kedua terakhir hari ini. Malam ini beliau akan berucap di stadium mini Kuala Kubu Baru bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz memberitahu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Zaid kerana bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu adalah kelahiran Kelantan yang tahu “soal halal haram.”

“Dulu dia minum arak masa dalam Umno, bila rapat dengan PAS sudah tak minum arak,” kata beliau.


Zaid menyertai PKR awal tahun lalu selepas dipecat Umno akhir 2008.

Zaid yang diturunkan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor berhadapan dengan serangan peribadi beliau seorang kaki sosial termasuk minum arak.

Umno-BN menggunakan isu itu sebagai bahan kempen.

Awal minggu ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

Dalam ucapannya beliau juga menyentuh soal mengapa PAS harus menjalin kerjasama bersama DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Rakyat.

Sebab itu kata Nik Aziz, beliau banyak kali menolak kerajaan perpaduan antara PAS-Umno termasuk ketika Muktamar PAS 2008 dan 2009.

“Dulu (1960-an) dia letih (BN dalam suasana sukar) panggil kita, tetapi selepas itu ketepikan kita.

“Sekarang dia letih balik, hilang beberapa negeri, dia (BN) panggil kita balik, mana boleh? Tidak!”
katanya. -TMI

p/s GB percaya dan yakin dengan kata-kata Mursyidul Am PAS di atas.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Saifuddin ni dah gila meroyan. Hari tu sekejap kata Nurul tak boleh bertanding, lepas tu boleh bertanding.

Begitu juga dengan kputusan pemilihan Timbalan Presiden. Sekejap kata Zaid menadhului, lepas tu kata Azmin mendahului.

Apa punya malang OKR dapat Setiausaha Agong macam ni.

Awanama berkata...

satu perkara baru memang banyak kelemahan tapi boleh diperbetulkan, kalau mahu

Awanama berkata...

teruskan GB bersihkan PR dari sampah sarap yg menyebabkan Allah menangguhkan kemaraan PR ke Putrajaya.

Usah pedulikan jeritan-jeritan beruk-beruk di jalanan.

PR perlu bersih dari manusia-manusia hipokrit sebelum diangkat ke Putrajaya.