21 Nov 2010

Akta Pengangkutan Jalan Bakal Dipinda Untuk Bolehkan Kenderaan Elektrik Digunakan Tahun Depan

Kementerian Cadang Akta Pengangkutan Jalan Dipinda

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan kenderaan elektrik didaftarkan dalam negara, kata Menteri Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata pada masa ini, kenderaan elektrik tidak boleh didaftarkan disebabkan oleh akta itu yang mengkehendaki pendaftaran nombor casis dan enjin, sementara kenderaan elektrik tidak mempunyai nombor enjin.

"Pindaan berkenaan akan dibentangkan pada kabinet bulan depan," kata beliau kepada pemebrita selepas merasmikan Karnival Motor New Straits Times-Maybank COTY2U 2010 di sini, Sabtu.

Karnival Motor COTY2U dianjurkan oleh Cars, Bike and Trucks, penerbitan permotoran New Straits Times.

Acara dua hari itu, bermula hari ini diadakan sempena Anugerah Kereta Terbaik 2010.

Karnival itu dibuka kepada orang ramai dengan bayaran RM5 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggan lima kaki.- BERNAMA


UPM reka prototaip kereta elektrik

KUALA LUMPUR Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajaya telah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologi tinggi.

Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaan elektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan kereta Smart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempat duduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.

Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta, kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangat praktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.

Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petrol dan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari, katanya sambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasan berbukit.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi pojek kocek menteli 1Malaysia! Kasi pinda itu JPJ tak kasi sambung itu lobtek lagi baik. Mesti lamai kasi sokong itu lu punya lektik short olang punya pojek.

pakcik 99 berkata...

Pakcik rasa elok Cho Ha bincang sekali dengan akta basikal / motosikal bateri. Pakcik nampak dah banyak sangat dah kat pekan ni. Lajunya boleh tahan, penunggang tak pakai topi keledar. Kalau kemalangan macamana, insuran bukan ada ! Harap kementerian dapat bertindak , takkan nak tunggu sampai ada yang mati baru nak bawa ke parlimen !

Tanpa Nama berkata...

boleh BN kutip duit lagi, lepas untung besar jual RON95 yang membunuh rakyat, dan membakar kenderaan, jadi kereta proton akan laku.