9 Okt 2010

Ku Li Mampu "Mengalas" Atau "Menggalas"?

Ku Li Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas

SEPANG: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan.

"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.

"Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kitaakan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Pada Jumaat, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

Mengenai dakwaan Pas bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN padapilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.

Bagaimanapun, katanya, pandangan Umno juga perlu dihormati parti pembangkang berkenaan.

Berhubung cubaan Pas memutarbelitkan isu royalti minyak, Ku Li berkata ia adalah isu nasional dan perkara itu tidak boleh ditimbulkan kerana kerajaan Pas telah membawanya ke mahkamah.

Katanya, tindakan membincangkan perkara itu adalah "sub judice" kerana kes tersebut belum didengar oleh mahkamah.

Berhubung keyakinan Pas bahawa mereka akan terus menguasai kerusi DUN Galas itu, Ku Li berkata, "Kita tengoklah pada 4 November nanti". - BERNAMA

Ulasan GB

GB tertarik kepada kain rentang UMNO BN yang menyambut kepulangan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi.

Ayatnya berbunyi: KU LI MAMPU MENGALAS

Perkataan "mengalas" datang dari akar kata "alas" yang bermakna tempat untuk diletakkan sesuatu di atasnya atau tempat untuk dipijak seperti "alas kaki".

Manakala yang sebetulnya atau sepatutnya "menggalas" yang terbit dari pertaaan "galas" itu "memikul", "membahu" - di dalam konteks sekarang "memikul tanggungjawab"

Daripada dua itu, UMNO lebih suka Ku Li mampu "mengalas" daripada "menggalas" ertinya Ku Li mampu dijadikan tempat untuk dipijak bukan untuk "memikul tanggungjawab".

Nak perjuangkan bangsa sedang bahasanya pun masih bercelaru. Tetapi yang nyata memang UMNO jadikan Ku Li sebagai "alas kaki", maka lantarannya dikatakan Ku Li mampu mengalas, bukan menggalas...


4 ulasan:

Wak Parjoe berkata...

Siapa la yang bengap pi tempah banner tu ? Atau memang dah diarah begitu.........

Tanpa Nama berkata...

Agakan aku betul.
Haprak juga rupanya.
Takkan 'rakyat' malaysia TAK faham-faham lagi dengan UMNO dan pemimpin mereka. Jangan lupa PRU ke-13. Daftar segera dan mengundi.
Jika ada lagi orang melayu yang ingin kekal di 'bangangkan' oleh UBN, itu hal merekalah.
Sebagai rakyat negara ini, aku kesian nengok bangsa melayu terutama 'para pecacai' UBN. Nak kata kaya, majoriti mereka 'bergantung leher' kepada kerajaan. Nak kata lawa, ratu asia pun tak lepas. Nak kata pandai, pencungkil gigi pun masih bergantung dengan kilang ah chong. Pandai berpolitik..!!?,(bak kata bahasa spesis rais yatim)hampehlah. Satu demi satu milik negara tergadai dan musnah serta hilang daripada genggaman.
Hanya yang mengamalkan Islam secara syumul dan memperjuangkan prinsip keadilan sejagat sahaja yang kelihatan boleh diteladani. Yang lain..!!?? Sedang hanyut...
Aku tak pernah rasa 'Tuah' itu benar. Sebaliknya 'jebat' lebih berperinsip keadilan walaupun dia dilatakan melayu.
Orang Asli itu pun sudah celik mata. Mungkinkah 50 tahun nanti Orang Asli akan bertemadun dan melayu pula yang menjadi 'asli'..!!? Ada juga kemungkinannya jika tempoh tersebut UBN dikekalkan memerintah. Apa pun, wallahuaklam.
Yang aku tahu dan yakin bahawa Islam pasti akan gemilang kali ke-dua dan menguasai dunia hingga dunia ini menjadi 'Baldatun Toiyyibatun wa-Rabbun Ghafuur',sebelum kiamat terjadi. Aku berkesempatan atau tidak itu hal lain.
Sekadar ingat mengingat sesama muslim.
Ampun maaf.

Tanpa Nama berkata...

siapa lagi yang sanggup jadi kuda tunggangan najib?

Tanpa Nama berkata...

salam..

alhamdulillah....

allah maha kuasa....

umno akam terperangkap....

apa pn usaha dan ikhtiar wJIB DI TERUSKN..

SYARAT WAJIB UNTUK MENANG,USAHA ,IKHTIAR BARULAH BERTAWAKAL...