9 Okt 2010

Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Kemalangan Jalan Raya. Pilihanraya Lagi.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun.

Mendiang dipercayai menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki 750 di jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila bertembung Mercedez kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

Mayat mendiang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lin dan meninggalkan empat anak.

Jurutera perunding itu merupakan bendahari parti dan Pengerusi bahagian Elopura.

Chong menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya umum 2004. -mstar

3 ulasan:

Awanama berkata...

AhamduliLaah,
Sebuah lagi 'pintu' 'gunung emas' telah dibukakan khusus untuk rakyat di Parlimen Batu Sapi. Yes.. yes..! dan yesss lagi.
Satu undi daripada anda itu boleh menyebabkan negara ini makmor stau sebaliknya.
Benarkah perkataan orang sedemikian, 'orang baik memilih pemimpin/parti yang baik, sedang orang jahat cenderung mengangkat pemimpin/parti yang seumpama jugak..!!?.
Yang aku tahu buat jahat walau sebesar zarrah akan diperlihatkan dan dibalas, begitu juga yang baik akan diperlihatkan dan dibalas juga sesuai dengan keadilan Allah Taala yang Maha Adil itu.
Ampun maaf.

Awanama berkata...

lagi banyak pilihanraya kecil lagi makmur rakyat tempatan menerima habuan pilihanraya UMNO, tapi undi pakatan rakyat

Awanama berkata...

akan ada perojek segera bantuan segera u help me i help u muka tak tau malu.