14 Okt 2010

Azmin & Pemimpin PKR Manipulasi Pemilihan, Gobala Ugut Tinggalkan Parti

MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Ulasan GB

Banyak dah GB ulas bab manusia yang bernama Azmin dan pimpinan PKR termasuk Ketua de Fakto, senator dan setiausaha agongnya yang dilihat terlalu biased dan partisan.

Tapi semua teguran GB, baik yang bernada lembut dan tegas, tak mahu diambil peduli.

Malah siap ada pertemuan diantara Anwar, Azmin dan Yusmadi di Indonesia lagi beberapa hari lepas di Sarihala.

Sekarang tanggung dan jawab sendiri.

Kepada Gobala, GB dengan tulus ikhlas mempelawa Gobala sertai PAS sebagai ahli Kelab Penyokong PAS.

GB juga yakin akan lebih ramai pemimpin PKR yang akan mengikut jejak langkah Gobala nanti.

GB tak segan-silu kini untuk mempelawa mana-mana ahli/pemimpin PKR yang nak menyertai PAS, silakanlah. Daripada menyiksakan jiwamu dengan PKR yang semakin cuba dimonopoli oleh golongan gila dan tamak kuasa.

Benar kata seorang pengkomen di Karpet Hijau blog GB, PKR sudah menjadi liabiliti besar untu Pakatan Rakyat.

PKR nak marah, marahlah. GB dah banyak juga membantu selama ini mempromosi PKR dan bertoleransi terhadap karenah-karenah pimpinan PKR sekalipun GB lihat ada waktunya GB tidak adil kerana keterlaluan membela mereka. Kali ini tidak lagi. Reformis sebenar bukan buaya-buaya lagi yang boleh diketuk kepalanya oleh sang kancil untuk ke seberang memakan buah-buahan lagi. Umat Islam tidak akan terjelepok ke dalam lubuk biawak dua kali (mafhum hadith). GB sudah cukup berkecil hati dengan tindak-tanduk pemimpin PKR selama ini.

Kini, GB yakin Allah akan bantu PR menghadapi UMNO BN sekalipun PKR tiada lagi di dalamnya. Selama ini pun yang memperkuatkan PKR, yang memenangkan PKR, adalah petugas-petugas PAS jugak. Kena akur dan akui fakta itu!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan pendapat dan pendirian GB, namun kita tunggu muktamar pas pula untuk buat keputusan secara jama'iyy. itu lebih afdhal drp bertindak secara individu.

zack berkata...

boleh ke pas bagi 1 kerusi parlimen utk gobala ni pada pru ke 13?. mungkin gobala lebih berminat lompat pada parti kompenan BN, kita tunggu pula jawapan azmin!!

Tanpa Nama berkata...

berita UMNO dah hilang nak pilihanraya Galas?

Tanpa Nama berkata...

jangan buat bala gobala, tumbangkan BN matlamat utama, kemudian biarlah TGNA perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Well said GB bravo...

Wak Parjoe berkata...

Wak rase dah ramai yanng meluat tengok mainan si azmin ni....

Tanpa Nama berkata...

Pelik kenapa ketua Umum mcm x ambil endah krisis dalaman PKR..buat apa dicanang2 jika jadi PM buleh pulih hubungan Msia-Indon kalau parti sendiri pun lintang pukang...aku harapkan PKR dpt settle masalah dalaman secepat mungkin...kalau berterusan mcm nie..jangan mimpi nak ke Putrajaya..bukan setakat x dpt jadi PM...takut 2nd time disumbat dlm penjara pulak..
Matlamat utama kini kalahkan BN bukan teringin nak jadi PM...

Tanpa Nama berkata...

PKR perlu dibebaskan dari cengkaman dan pengaruh Anwar dan Azmin. Kedua-duanya dilihat kemaruk kuasa.

kembara putih berkata...

Kempen Azmin masih bercirikan UMNO.