25 Sep 2010

Wartawan Sendiri Sudah Jijik Dengan Akhbar Pencacai

Utusan patut belajar hargai wartawan jujur

Kelantangan dan keberanian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia selepas diterajui presiden barunya Hata Wahari (gambar) mendapat pujian daripada NGO penulis dan kumpulan masyarakat prokebebasan bersuara.

Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan 1Muted Malaysia berkata, kenyataan Hata - bahawa agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia bertujuan memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing - menjadikannya sebagai tanda aras kepada profesionaliti seorang wartawan.

Menurut mereka, keteguhan prinsip Hata - wartawan kanan di akhbar Umno itu - mengingatkan mereka kepada tokoh wartawan Said Zahari yang memperjuangkan kebebasan harian berbahasa Melayu itu daripada kekangan kerajaan.

"Pendirian Encik Hata selari dengan perjuangan panjang Wami bahawa semua ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan, tidak sepatunya campurtangan dalam perjalanan editorial sesebuah media,"
kata mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, bertepatan dengan ungkapan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang", media yang bebas dan telus diperlukan untuk mengimbangkan pengaruh kekuasaan.

"Keberanian encik Hata menyuburkan peranan sebenar wartawan sebagai pemerhati untuk kepentingan awam, bukan semata-mata menjadi alat pemerintah.

"Oleh itu, semua masyarakat Malaysia dan wartawan harus berjuang bersama Encik Hata bagi mendapatkan autonomi media dalam negara ini.

Sementara itu, kenyataan bersama itu juga berkata, pengurusan kanan Utusan patut belajar menghormati kejujuran wartawan seperti Hata yang mana bilangannya masih kecil di negara ini.

"Akhir sekali, Wami mengambil peluang ini untuk menegaskan tuntutan kami supaya mengadakan reformasi undang-undang media, termasuk menyahkan ancaman terhadap wartawan oleh akta mesin cetak dan penerbitan, ISA, akta hasutan dan akta rahsia rasmi," kata Wami dan 1Muted Malaysia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Secara profesional,sebuah badan/syarikat akhbar citak untuk awam(public)wajar ada 3kriteria - credibility,intergrity dan honesty(kewibawaan,harga diri dan kejujuran).3 elemen ni tak ada pada Utusan Meloya.Ia cuma pandai mengampu tuannya dan memutar-belit berita untuk menyenangkan hati tuannya.Amat jauh,seperti bumi dengan langgit,dibandingkan ketokohan Utusan dizaman Said Zahari dengan apa yang ada hari ini.Terus boikot Utusan hingga ia tutup kedai.