Wanita KEADILAN, Dewan Muslimat PAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Sosilawati
Seramai lebih 50 anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis pagi tadi.
Rombongan Wanita KEADILAN diketuai Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh mengetuai rombongan Dewan Muslim.
Mereka tiba di kediaman Alllahyarhamah kira-kira pukul 10.45 pagi dan kemudian mengadakan bacaan yasin dan tahlil di ketuai oleh Ustazah Nuridah.
Haniza dalam ucapan ringkas beliau berkata Wanita KEADILAN mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
"Walaupun siasatan DNA oleh pihak polis belum konklusif namum kita mendoakan yang terbaik dan sudah tentunya ada rahmat disebalik apa yang berlaku," kata Haniza.
Nuridah pula berpesan kepada anak-anak Allahyarhamah agar sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan suruhanNya supaya hidup lebih tenang dan selamat," kata beliau.
Selasa lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengunjungi keluarga Allahyarhamah Sosilawati. -SK

4 ulasan:
Semua keluarga mangsa sedang dalam keadaan yang teramat sedih. Makan minum dan rehat jadi tidak menentu. Kepada pimpinan politik mana2 parti, cukuplah pimpinan tertinggi parti saja yg buat kunjungan dan sampaikan rasa simpati dan takziah mewakili seluruh pemimpin dan ahli parti. Kalau nak buat jugak majlis bacaan yaasin atau tahlil, buat di premis sendiri.
Di waktu begini, kena bijaksana seperti bijaksananya Rasulullah.
Takziah, rakyat mati dulu, jenayah negara meningkat, pemerintahan BN wajar diganti.
nape hanya rumah sosilawati saje....3 lg mangsa ada ke pergi jenguk...mrk golongan biasa....ada anak2...kini yatim...perlu perhatian....belaian...waris sosilawati dh besar2...gol berada....jgn krn keberadaannya..kita lebih2kan...gol marhaein...sering diabaikan..termasuk kes mcm ni...
banyak bayi dibuang dan jenayah banyak menunjukkan kegagalan pemerintahan BN.
Catat Ulasan