18 Sep 2010

Utusan Ada Agenda Tersembunyi Jatuhkan Najib?

Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula

Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya.

Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya.

"Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan,"
komen Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam laman blognya.

Katanya lagi, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk mengkrtitik kepimpinan beliau.

Sehubungan itu Mahfuz berkata kini jelas kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kononnya membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk dijadikan landasan perjuangan tapi hanya sebagai alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak Perkasa membela nasib orang Melayu keseluruhannya, hanya sekadar merebut peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," kata beliau lagi. -SK


Umno mula rasa Utusan 'senjata makan tuan'

Umno kini mula sedar bahawa akhbar milik mereka, Utusan Malaysia yang selama ini diguna untuk memfitnah Pakatan Rakyat sudah menjadi 'senjata makan tuan'.

"Umno sudah terasa bagaimana peranan Utusan Malaysia mengkucar-kacirkan Umno tapi Umno lupa mereka menggunakan Utusan untuk memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat selama ini,"

Utusan dilihat sedang digunakan oleh pihak pro Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan Utusan itu sebagai kebebasan bersuara tetapi saya milihat satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu,"

Bekas pemimpin Umno suatu ketika dahulu giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk untuk mendesak Tun Abdullah supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah satu ketika dahulu mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan,"

Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk menikam perdana menteri daripada belakang.


Terserah kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Perkasa yang didakwa untuk membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk menilai hakikatnya bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk perjuangan membela Melayu tapi hanya menjadi alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak mereka membela Melayu dalam isu ini, tapi untuk dapat peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu
," - gemasuara


5 ulasan:

Pak Oncu berkata...

hahahahaha ketuanan melayu atau ketuanan mamak tongkang ????????

Tanpa Nama berkata...

nampaknya pengaruh khairy dan muhyidin makin kuat..najib tersepit

Tanpa Nama berkata...

lakonan utusan dan najib, pengarahnya sama, macam perkasa juga, tidur sebantal, mimpi pun sama

Tanpa Nama berkata...

dimanakah pembelaan yang dikatakan oleh umno untuk orang melayu... kerana selama ahli2 politik dalam umno bee end ni hanya nak membela poket mereka aje... yang sebenarnya orang2 melayu kena tipu oleh orang melayu yang kononnya mengaku nak membela orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya "The Malay Dilemma" yg pernah diharamkan oleh Tunku akan dicanang semula setelah Mahathir 'menghalalkan' pada 1981. Soalnya UMNO sendiri tak mengaku melayu untung dari zaman Tungku sampai zaman Najib, Melayu tetap di takuk lama. Selagi perjuangan atas dasar sekularisme dan racist, ia tetap ditakuk lama.