23 Sep 2010

Muhyiddin Berdalih : Tiada Kuasa Bertindak Ke Atas Pengetua Rasis

Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua pengetua, kata TPM

SERI KEMBANGAN, 23 Sept – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar mereka bulan lalu meskipun beliau juga merupakan Menteri Pelajaran.

Kata beliau, perkara-perkara yang berkaitan dengan isu disiplin melibatkan pegawai kanan kerajaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Menteri tidak boleh mengambil tindakan (dalam perkara ini). Jadi kes-kes melibatkan sesetengah perkara termasuk kes-kes pengetua ini, yang terletak dalam gred tinggi... jika saya tidak silap, gred mereka antara 48 dan 52, maka ini perlu diputuskan oleh lembaga disiplin (yang terletak di bawah) JPA,” kata beliau di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan upacara pembukaan ABD/OECD Anti Corruption Initiative For Asia and The Pacific Regional Seminar on the Criminalisation Of Bribery di Palace of the Golden Horses di sini.

Muhyiddin menekankan bahawa Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan dengan pihaknya mengadakan siasatan sendiri dan laporannya telah diserahkan kepada JPA untuk tindakan susulan.

“Saya telah meminta JPA menentukan tindakan yang sewajarnya. Ini terletak di bawah bidang kuasa mereka,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri menambah, beliau telah pun membuat keputusan dan berharap orang ramai akan menunggu keputusan JPA.

Pada 3 September lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata JPA akan membentangkan kertas siasatan berhubung seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada Lembaga Disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, langkah tersebut akan menentukan sama ada kertas pertuduhan akan dikeluarkan terhadap pengetua tersebut.

“Saya telah menerima kertas siasatan dari Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pelajaran (pada 2 September), dan saya bersama beberapa pegawai JPA sedang menelitinya.

“Jika ada asasnya (untuk mengambil tindakan), kami akan membentangkan kepada Lembaga Disiplin JPM bagi mendapatkan persetujuan untuk mengemukakan pertuduhan ke atas pengetua tersebut,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin meminta Abu Bakar membuat keputusan segera berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra Kulaijaya, Siti Aishah Mansor.

Dia didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.

Muhyiddin juga telah mengumumkan sebuah jawatan kuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta sebenar perkara itu.

Abu Bakar berkata jika kertas pertuduhan dikeluarkan, pengetua terbabit akan diberikan peluang untuk membela diri sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani juga mencetuskan suasana tidak senang ekoran kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun pengetua berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kira-kira 10 muridnya telah memohon maaf kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman berkata, permohonan maaf itu dibuat ketika pengetua terbabit mengadakan pertemuan dengan ibu bapa murid-murid berkenaan.

Ulasan GB

Tan Sri Muhyiddin kini memberikan alasan terbarunya, iaitu sebagai Menteri pelajaran beliau tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis yang melibatkan pegawai kanan kerajaan kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jawapan untuk menutup kebenaran bahawa beiau juga sebenarnya seorang yang rasis.

Apakah logik seorang menteri tidak ada kuasai ke atas pegawai di bawah kementeriannya. Baik, katakan mereka itu pegawai-pegawai kanan (yang dikatakan berada di superscale G (Gila), dan ia terletak di bawah bidang kuasa JPA, maka Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bila-bila masa boleh bertindak setidak-tidaknya mengarahkan JPA mengambil tindakan serta-merta.

Jika itu pun tidak ada kuasa maka ia adalah satu pendustaan.

Apa yang rakyat lihat, baik Kementerian Pelajaran yang bermenterikan TPM ini dan JPA sengaja melengah-lengahkan tindakan ke atas pengetua-pengetua terbabit.

Rakyat juga boleh persoalkan dimana mutu kecekapan, apa yang dipanggil KPI (Key Performance Index) bagi kementeriannya dan JPA seandai kes sedemikian berlarutan berbulan-bulan lamanya?

Seandainya selama ini, pesalah-pesalah dari Pakatan Rakyat diambil tindakan begitu segera tetapi kerajaan sengaja mencari helah bagi pesalah-pesalah yang menyuburkan semangat perkauman melayu di kalangan para pegawainya.

Itu sebab mengapa rakyat begitu sangsi dengan TPM ini, kerana memang beliau dikenali sebagai rasis yang teramat sangat dan teladan itu kini diikuti oleh orang bawahannya.

Ulasan sebelum ini


1 ulasan:

AKU berkata...

Inilah terjadi kepada Kementerian Pelajaran. Dari atas sampai bawah. Dasar ketam. Kesian melihat anak bangsa Malaysia kita. Dipermain-mainkan. Teringat AKU akan kata-kata Dr. Ridhuan Tee bahawa orang Cina tidak pandai berbahasa Melayu dan beliau menuduh seolah-olah orang Cina anti bahasa Melayu. Siapa yang menukar bahasa dalam Matematik/Sains dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris? Cinakah yang berbuat sedemikian? Itulah dasar ketam yang AKU maksudkan. Orang lain tak boleh buat tapi AKU boleh.
TPM cum Menteri Pelajaran tak ada kuasa atas Pengetua SMK yang DG54, DG52 dan DG48. Berapa ramai Pengetua yang Superscale G? Siang-siang cakap bohong? Tak kan Pengetua SMK Bukit Selambau bertaraf superscale G? Sekolah klusterkah sekolah tu? Muhiyuddin mampu menjawabnya.