2 Sep 2010

Khusrin Pijak Kepala JAKIM

Mais: Larangan bukan Islam masuk ruang solat liputi semua

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Selain itu, beliau berkata larangan daripada memasuki ruang solat itu juga turut melibatkan semua orang bukan Islam termasuk wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN).

“Semua orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat masjid dan surau. Mereka hanya boleh memasuki kawasan lain tetapi dengan syarat mesti ikut peraturan yang ditetapkan.

“Kalau ada pihak pengurusan masjid dan surau yang membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat kita akan ambil tindakan terhadap mereka kerana melanggar arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Mohammed Khusrin juga menegaskan jika masih ada wakil rakyat bukan Islam memasuki ruang solat tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Kita tidak ada undang-undang untuk dikenakan kepada orang bukan Islam yang memasuki masjid dan surau tetapi jika secara berterusan ia dilakukan kita akan ambil tindakan lain termasuk membuat laporan polis,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat amaran yang dihantar kepada Teo kerana dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Dalam surat amaran itu, Mais meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Mais juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI


Larangan MAIS: Program DAP di surau tak terjejas

Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.

Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat MAIS yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja.

"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.

"Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan."

Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada MAIS yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran.

Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?)

Beliau juga secara berseloroh menulis: "Terima kasih kepada Utusan Malaysia (yang melaporkan). Setakat ini saya terima empat helai selendang daripada pelbagai orang. Saya fikir tak lama lagi saya boleh buka butik selendang."

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - ahli parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama.

"Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa.

Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya.

"Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo.

Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya.-mk


Ulasan GB

Pertama, dimana Hassan Ali? Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri yang berkata akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi? Mengapa Hassan Ali lemah dan lambat bertindak di dalam hal ini, membiarkan saja MAIS mendahului?

Mengapa Selangor masih membiarkan beliau menjadi exco yang tidak dapat mengawal MAIS dan JAIS? Mengapa PAS Pusat membiarkan tindakan-tindakan Hassan Ali yang banyak kali telah menyusahkan dan merugikan Pakatan Rakyat di Selangor?

Kedua, bagaimana sekarang apabila Khusrin Munawi boleh bertindak wewanangan melanggar fatwa JAKIM? Khusrin yang tidak ada kelulusan agama boleh bertindak sedemikian? Bagaimana si jahil ini boleh secara enak melakukan perlarangan perkara-perkara yang tidak dilarang oleh agama?

Pecat Hassan Ali dan seret Khusrin ke muka pengadilan!
Apa lagi yang Selangor tunggu?

Jika tiada tindakan diambil, samada oleh kerajaan Selangor dan PAS Pusat, pasti saja Allah yang akan menetapkan keputusanNya pula kepada kerajaan Selangor dan PAS Pusat. Ini adalah ujian kepada kedua-dua pihak ini samada tegas atau pun lemah. Kedua-duanya ada implikasi di dalam pilihanraya akan datang!


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara Hassan Ali dan Khusrin, siapa yg lebih berkuasa ???

Tanpa Nama berkata...

bang,
JAKIM bukan ada kuasa ke atas urusan agama Islam di negeri negeri. Ada faham tak? JAIS and MAIS is the king of the state as far as Islam is concerned.
Kalau salah tafsiran, sila betulkan. Jangan marah,

Tanpa Nama berkata...

"Ini adalah ujian kepada kedua-dua pihak ini samada tegas atau pun lemah. Kedua-duanya ada implikasi di dalam pilihanraya akan datang!"

sungguh benar perkataan GB tuh.

atat berkata...

satu huraian yg hebat dari GB,begitu la kisahnya umno yg telah mempermainkan undang undang yg dicipta sendiri dan kisah pas yg terkebil kebil dgn isu ini

Tanpa Nama berkata...

ari tu aku dh tulis....selagi khusrin dok tang tu...selg tu lah dia akan kacau....dia ni memang proksi UMNO....dia ni level PTD.....kerja dia backup UMNO kalau ada isu khasnya kalau negeri tu pembangkang dh menang.....dulu mn pernah nampak batang hidung dia ni ms BN jg selangor...apa BN buat tutup mt je...berani nk tegur...kes BN buat solat hajat n bacaan Yassin utk Kamalnathan...ada dia kisah....wei Khusrin ..org mcm kau lah menjahanamkan agama...x da lulusan agama nk jg agama...buat malu pd org bukan islam je...UMNO tentu dah bodoh....memang dia letak org yg x reti....senang nk cucuk hidung.....Allah dh kt tunggu saat kehancuran apabila menyerahkan jawatan kpd yg bukan hak...harubiru dah selangor ni...p tgk negeri yg BN jg...ada kecoh2...mampus x berani berkokok majlis Agama mrk...mrk semua memang dietakkan di situ utkjg UMNO dan yg sekapaldgn mrk...satu lg aku nk bg tau...dulu masa FRU serang jemaah di Msajid Negara...siap masuk masjid pakai kasut.....mn dia yg menyalak mencemarkan surau..masjid...ada yg murka...cis...dasar berpilih...kalau dah jahil..tu jahillah juga....mrk yg berkokok dan menyalak ni bkn nya se3lalu sgt pun g surau...cuma mrkni x nak org islam paham tentang islam sbb...mrk tau...bl org paham tntang islam....UMNO AKAN MAMPUS...SEMUA RG MELAYU AKAN TINGGALKAN UMNO ...KECUALI YG MEMANG X NAK KPD ISLAM...SBB MRK NI PEROMPAK..PENYAMUN..PENGKHIANAT..TUSBB MRK KONSISTEN MENOLAK HUDUD DR DULU...SBB PASTIMRK AKAN DIHUKUM....Sy dh cukup geram dgn apa yg sedang berlaku...ketua agama x jg agama...mufti..bisu....ulamak...takut...hanya harap ustaz2 pondok je menyampaikan yg betul...yg lain...LENA DIULIT HARTA...

Wak Manzui berkata...

Loo kok wak Kusrin ngak ada kelulusan agama ? Kok lulusnya cuma masa SRP dan SPM saja. Lo gimana sih wak bisa meneraju badan agama ? Bingung aku nih !

otaklunyai berkata...

bukan mais yang kena pijak tapi majlis fatwa... dulu dah difatwkan bukan Islam boleh masuk masjid tapi sekarang setiausaha bodd* pun boleh sanggah majlis fatwa...

mtgbertam berkata...

Bang, bukan kerajaan negeri tak mahu masuk campur. MAIS di bawah Sultan yeop. Kalau saudara jadi Hasan Ali, apa saudara nak buat dlm kes ni? Nak buang Khusrin? Sapa lantik dia? Bukan Sultan ke?

Tanpa Nama berkata...

Islam harus mendekati non islam.. langkah tidak membenarkan non islam masuk ke masjid..jauhikan kita dari mereka... Dimana matalamat dakwah kita...nabi pun tak larang...inikan kita manusia biasa..fikir fikirkan

Cumi Manzui berkata...

Inilah masalahnya kalau kita cuba menjadi lebih Melayu daripada Islam. Lain yang Islam, lain yang dibuat. Ini satu hal lagi, asyik dok guna nama DYMM Sultan Selangor sebagai pendinding. Gua khuatir satu hari nanti, DYMM Sultan yang akan dicemuh pulak. Masa tu, baginda Sultan akan murka sesungguh-sungguhnya .... Entahlah.

Tanpa Nama berkata...

kalau dibiarkan UMNO perintah malaysia lagi, mungkin orang islam pun dilarang masuk juga agaknya? macam israel halang umat islam masuk masjid baitulmaqdis?