7 Sep 2010

Duit Raya RM1,000 Untuk K/Tangan Anak Syarikat Negeri Selangor

Bantuan Khas Aidilfitri RM1 Ribu, Ujar Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.

Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.

"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan semua kakitangan kerajaan negeri bakal menerima bantuan khas hari raya RM500 sebelum 1 Syawal sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan ini.

Sekalipun berdepan pelbagai sekatan peruntukan, bantuan RM500 ini setara dengan jumlah yang diberi kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kerajaan.

Kerajaan negeri mahu kerjasama dan mempertingkat hubungan baik dengan pengamal media supaya rakyat mendapat maklumat perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, khususnya pembaharuan di negeri ini.- Naeem Raffi TVS

Ulasan GB

Beruntungnya rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Dulu zaman UMNO BN, Khir Toyo sapu bonus untuk dirinya. Kini di bawah PR, Khalid agih bonus sebagai wang raya untuk kakitangan anak syarikat negeri Selangor.

Sesuatu yang patut diemulasikan oleh negeri-negeri PR yang lain.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai kesiannya kami org2 perak terlepas kerajaan negeri PR kena rampas apa nak buat tunggu le PR13 nanti....

kembara putih berkata...

Bila ekonomi negeri diurus secara telus, amanah dan tiada kebocoran maka rakyat akan dapat hasilnya. Kalau negeri BN perintah rakyat bersusah dengan harga air termahal di Malaysia, kerajaan negeri rugi dengan pembelian laptop termahal didunia, pokok kemboja untuk hiasan termahal di dunia, tapi di Selangor kita tak dengar tu.

Tanpa Nama berkata...

inilah namanya perkongsian rakyat dengan pemerintah... bukan macam umno.. duit untuk dihabiskan oleh exco aje.. peruntukan 10 juta.. yang diagihkan 5 juta... yg lebih masuk poket kroni2 umno... (contoh lah...)