15 Sep 2010

Apakah Murugiah Orang Kenamaan Yang Cuba Lindungi Suspek Sebelum Ini?

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.

Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.

“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.

“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. – Bernama


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.

"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,"
kata beliau.

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, Mahfuz mempersoalkan siapakah yang merampas kuasa mereka.

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau menjelaskan, oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.

"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi Mahfuz, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku," katanya. -harakahdaily


Ulasan GB

Senator Datuk T. Murugiah merupakan diantara yang paling awal mengunjungi keluarga Sosilawati selepas suspek ditangkap. Beliau terhegeh-hegeh ke rumah mangsa selepas kes pembunuhan Sosilawati ini tercetus.

Ini menimbulkan banyak persoalan. Apatah lagi dengan pengakuan timbalan menteri itu sendiri bahawa beliau memang ada bersama suspek pada 8 September, iaitu seminggu selepas kejadian pembunuhan berlaku pada 30 Ogos 2010.

Bererti juga sudah ada hubungan rapat suspek dengan timbalan menteri berkenaan sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada pihak kementerian yang campurtangan di dalam tugas polis membuka ruang untuk rakyat menerjah bahawa kemungkinan Murugiah, sebagai timbalan menteri di JPM membuat permintaan atau memberi tekanan kepada pegawai KDN supaya suspek tidak dikenakan tidakan atau apa-apa yang menjurus ke arah itu.

Justeru itu amat perlu Murugiah juga disiasat. Ketelusan di dalam hal ini terlalu penting bagi membersihkan integriti dan kredibiliti polis.

Jika tidak rakyat tetap berpandangan bahawa kerajaan tidak peduli dan tidak prihatin terhadap kemarahan rakyat ekoran isu kes pembunuhan kejam Sosilawati ini, apatah lagi dengan keadaan Perdana Menteri, Dauk Seri Mohd Najib sendiri yang lansung tidak bersuara mengenainya, jauh sekali dari mendengar beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TPM baru ulas isu pembunuhan, baru bangun tidur agaknya, patutlah jenayah berleluasa..

Tanpa Nama berkata...

jenayah meningkat pemerintahan najib, BN patut diganti PRU13, rakyat tak selamat lagi...

Tanpa Nama berkata...

patutlah boleh menang pilihanraya kecil hulu selangor, datuk ni pergi kempen agaknya?

Tanpa Nama berkata...

najib kemana pulak hilangnya... langsong tak ada kabar berita?
tak bangun tido lagi la tu... sbb muhyidin baru terjaga dari tido.

mtgbertam berkata...

Walau dah ada banyak lapuran polis dibuat, kenapa polis tidak menyiasat dengan agresif? Bukankah pelbagai akta ada untuk polis guna, termasuk akta polis, akta pencegahan dll.

Apakah loyar bedebah ini juga merupakan `lembu' bagi polis?

Tanpa Nama berkata...

Tak banyak pula menteri-menteri beri ulasan selain sorang mamat dan sorang minah. Tu pun agak lewat. Mana pergi yang lain-lain. Adakah mereka tergamam kerana suspek akan deedahkah penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah. Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran..penyiasatan terpilih..repot pada orang ada gelaran ni payah /jangan siasat...dato ke tansri ke tak buat jahat..yg.jahat rakyat takda gelaran...sebabtu banyak mangkuk2 hayun kat luar berlumba2 nak gelaran ni..baju kalis siasatan....hahahahaha..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju...kalau repot polis tentang org yg ada Dato,Datuk, Tan sri ...memanglaaa ...kes hanya pada laporan shj. nak salahkan siapa..polis? dia pun org biasa jga..kakitangan kerajaan juga ..menjalankan tugas menurut perintah...Perintah siapa?? tapi kalau mangsa adalah Datuk, Dato,Tan sri....kes memang cepat selesai...
perbezaan pangkat....En dan Pn no value