19 Ogo 2010

UMNO Semakin Nazak

Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

"Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau. -SK

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arrgghh... sudahlah harussani.. ko ni cakap jer lebih.. dah tahu perkara ni bahaya pada negara.. pergi la buat repot polis buat apa kecoh2 dalam media..melainkan ko ni ada agenda tersendiri.. lebih baik ko berenti jadi mufti, masuk umno (dah jadik ahli umno kot), bertanding jawatan naib presiden umno, pastu baru ko bertanding pilihanraya (kalau pemilihan umno ko kalah jgn mimpi nak menang pilihanraya)..

Tanpa Nama berkata...

dah dok tau dah peghangai tokmohti peghak macam tu hampa dok hingar buat apa, kalau hampa dok buat kalut kat dia lagi dia shok entah apa2 isu pula akan dia bawa mai?lani biaq kat dia bagi dia dok meghapu soghang2 dia lama2 tak laghat meghapu dia beghanti, lagi pun dia dah tua oghang tua memang macam tu dok saja2 dia tak buat apa dia meghepet pi untok taghek peghatian.

Tanpa Nama berkata...

UMNO kena faham betul-betul perasaan dan mentaliti orang Melayu dewasa ini.Keadaan hari ini amat berbeza dengan zaman 13 Mei.Melayu sudah pecah cara garis kasar kepada UMNOputra dan AntiUMNO.Ini Brahim Katak,Najib dan Muhyiddin kena faham.Kepada ramai orang Melayu,UMNO sudah dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan agama.Jangan salahkan orang,jangan salahkan PAS atau pun PKR.Salahkan diri sendiri.Tak perlu nak sebut semua disini,UMNO memang sudah faham.

Tanpa Nama berkata...

kita juga kena ingat... yang tok mukti tu dah tua... kot2 dah nyanyok ke.. mungkin banyak orang tak perasan.. sebab tengok dia masih boleh bawak kereta sendiri... boleh jalan kat mana2. tapi kalau nak tau tok mukti ni kalau pegi mana2 pun tak siapa yang peduli kat dia ni lagi.. kalau sesiapa perasan lah... inilah tanda nya dia ni dah ditimpa musibah Allah... kerana perbuatan jahat yang dilakukannya kepada islam... sepatutnya ilmu agama yang diberi Allah kepada untuk menegakkan hukum Allah, tapi beliau guna untuk hidup dunia dia yang penuh dengan tipu daya syaitan terkutok .. INI BARU DUNIA... AKHIRAT NANTI AKAN LEBIH DAHSYAT LAGI BALASAN ALLAH....

Tanpa Nama berkata...

lepas cipta kain rentang sendiri, cipta perlembagaan sendiri, lepas ni apa yang UMNO nak cipta sendiri agaknya?