21 Ogo 2010

UMNO Bikin Karpal Jadi Keliru Terhadap Islam

Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

“Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat,” katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

“Nak mengelak tu memang tak boleh... tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan,” katanya. — Bernama


Karpal Cadang Perogol Kanak-kanak Dihukum Mati

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan. - BERNAMA


Ulasan GB

Karpal menolak hukum hudud, tetapi pada masa yang sama tanpa menyedarinya, beliau juga yang mencadangkan hudud dilaksanakan.

Cuma Karpal tidak mengetahui intipati hukum hudud, lantas beliau menolaknya. Beliau dikelirukan selama ini tentang hukum Islam itu. Oleh siapa? Oleh UMNO. UMNO sentiasa memberikan gambaran negatif terhadap hudud dengan matlamat untuk menjauhkan bukan Islam terhadap PAS.

Fitrah manusia, tanpa mengira agama, tidak suka kepada jenayah, waimma apa jenayah sekalipun. Dan Tuhan Yang Maha Tahu menyediakan undang-undang dan peraturan untuk manusia sejagat - hudud namanya - untuk manusia hidup secara sejahtera dan harmoni agar pesalah jenayah dihukum.

Tetapi oleh kerana hudud itu berada di dalam perundangan agama Islam, maka mereka yang bukan Islam mungkin skeptikal, apakah perlaksanaan hukum itu nanti akan memaksa mereka menganut Islam, atau setidak-tidaknya satu pengesahan (endorsement) dari dirinya terhadap kebaikan Islam?

Mungkin Guan Eng yang banyak membaca tentang tamadun Islam berupaya membantu PAS menjelaskan kepada Pengerusi DAP tersebut. Tapi malang sekali, UMNO kini pula yang menyusahkan Guan Eng dengan fitnah terbarunya konon masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Agong dengan namanya di dalam khutbah Jumaat.

UMNO selamanya musuh yang nyata terhadap Islam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

karpal bukan islam, beliau tidak faham tentang hukum hudud kerana ia telah diputar belitkan oleh puak2 umno bee end yang sememangnya dari dulu lagi tidak mahu kepada hukum hudud. Kalau sekiranya kita perjelaskan dengan terang tentang hukum hudud itu sendiri dan kenapa kita perlu laksanakan, rasanya satu malaysia akan menyokong parti pas. Kita juga kena perjelaskan hukum hudud itu menakutkan pencuri dan mengamankan orang yang kena curi dan hukum Allah itu adalah adil. Yang zalimnya adalah hukum yang diujudkan oleh manusia2 durjana, yang menghukum orang yang tidak bersalah dan membebaskan orang2 yang melakukan pembunohan, pencuri, penyagak, perompak, lanun2 dan kerana itulah juga maka terjadi berbagai2 jenayah terutama sekali jenayah buang anak yang sejak akhir2 ini menjadi2 lah pulak. DAN KITA KENA JELASKAN, YANG HUKUM HUDUD ITU ADALAH UNTUK MENJAUHKAN BERBAGAI2 MASALAH SOSIAL YANG TERJADI DI MALAYSIA SEKARANG INI DAN IA DILAKSANAKAN UNTUK ISLAM....

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang keliru tentang islam hingga tak boleh berdoa mohon hidayah kepada orang bukan islam, karpal memang bukan islam pun, kalau tak tahu memang wajar.