14 Ogo 2010

Rakyat Dah Tak Tahan Dengan Kezaliman Polis

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) ditubuhkan dengan segera bagi menangani kes kematian dalam tahanan yang semakin serius.

Suaram berkata rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan seramai 141 orang mati dalam tahanan sejak tahun 2000.

"Oleh yang demikian, Suaram menyeru agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia yang bersifat bebas, adil serta telus dan mengambil tindakan tatatertib segera terhadap pegawai polis dan penjara yang terlibat.

"Hanya dengan kewujudan IPCMC, dapat meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap kualiti PDRM dan juga Jabatan Penjara, serta menghentikan penyalahgunaan institusi negara terutama PDRM untuk menindas hak-hak rakyat," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kematian seorang tahanan yang masih dalam siasatan, ketika dibicarakan di Mahkamah Majistret 2, Kuantan, Pahang 7 Ogos lalu.

Heng Lung berkata tragedi itu membuktikan masih lagi wujud kelemahan dalam urustadbir pihak berkuasa dalam menangani urusan berkaitan Orang Kena Tahan (OKT).

"Suaram ingin membangkitkan beberapa persoalan berhubung perkara ini. Pertama, di manakah pegawai polis yang bertugas ketika mangsa OKT dalam keadaan amat lemah; dan kedua, mengapa pegawai polis enggan mengambil tindakan kecemasan yang sewajarnya ketika diminta oleh ahli keluarganya?" kata Heng Lung.

Dalam kejadian itu seorang tahanan, Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, mati di Penjara Penor, Kuantan semasa dalam tahanan polis.

Wan Khairul Azizi yang berasal dari Felda Bukit Goh ditahan sejak 12 Mei 2010 atas tuduhan berkaitan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 7 Ogos 2010, Orang Kena Tahan (OKT) tersebut hadir di Makahmah Majistret 2, Kuantan untuk sebutan kesnya dalam keadaan badan yang amat lemah.

Tidak lama setelah berada di mahkamah, beliau telah rebah lalu meninggal dunia.

"Oleh itu, Suaram melahirkan kekecewaan terhadap kualiti perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Penjara Malaysia.

Mengikut kenyataan ahli keluarga mangsa, pihak pegawai penjara juga tidak memaklumkan keadaan kesihatan OKT kepada mereka sebelum itu.

"Ini menunjukkan pihak penjara tidak memberi penjagaan yang sepatutnya seperti yang termaktub di dalam Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan Peraturan-peraturan Seksyen (234), (235) dan (236)," tambah Heng Lung lagi.

Beliau menegaskan Suaram mengutuk kelalaian pihak polis yang bertugas kerana dianggap tidak menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan OKT dalam keadaan yang sihat dan baik seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap (L.N.3289/1958)(4) semasa di lokap Mahkamah Majistret 2, Kuantan.

"Suaram amat meragui kenyataan KDN yang menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan semua OKT dipantau dari segi kesihatan serta mendapat rawatan kesihatan sekiranya diperlukan," tambah beliau. -SK

Ulasan GB

Sifat kebinatangan polis wajar diberikan titik akhir.

Seandainya kerajaan gagal untuk memperbaiki mutu perkhidmatan polis dengan penubuhan IPCMC, maka tidak ada kata lain yang mampu diucapkan kecuali seluruh rakyat akan bangun serentak untuk mengubahnya.

Mengubah apa? Bukan sekadar mengubah PDRM, tetapi mengubah kerajaan yang selama ini dilihat mempertahankan kezaliman polis dan membiarkan rakyat terbanyak menderita. Kerana yang mempertahan dan membela kezaliman itu zalim juga namanya.

Ia adalah hukum tabie, dimana setiap kezaliman, setiap kekejaman, setiap tirani ada harga yang besar perlu dibayar oleh pihak yang mendokongnya demi untuk sebuah negara yang aman, selamat, makmur dan bahagia.

Dan Allah pasti tidak akan membiarkan kezaliman, kekejaman dan tirani untuk terus berkuasa.

Kebenaran akan tetap bersama rakyat terbanyak akhirnya. Bukan bersama polis, bukan bersama menteri dan kerajaan yang membiarkan kezaliman dan kekejaman bertakhta. Ia peringatan untuk yang lupa!


4 ulasan:

Matkueytiaw berkata...

Kemanakah lagi rakyat hendak mengadu nasib sekiranya polis juga hanya menjadi hiasan poliik UBN semata mata...sudahlah hakim dan mahkamah tak habis habis dengan lawak bodoh..polis pula cuai dan sentiasa cuba nak lari dari tanggungjawab..memang dah teruk Malaysia ni...1Malaysia untuk kroni kroni, juak juak, pencacai pencacai, dan 1Malaysia lagi untuk rakyat yang dizalimi...polis bertambah zalim, sombong dan bongkak di bawah ketua gengster musang hassang..gaji hangpa rakyat yang bayor polis oii..jangan sombong sangat...

Tanpa Nama berkata...

polis menjadi pehak yg menjaga keamanan penguaa bukan keamanan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

jangan mimpi siang zaman najib, kecuali pemerintahan BN diganti, insyallah baik

Tanpa Nama berkata...

Kezaliman polis ni jika tidak diberhentikan dikhuatiri suatu ketika,rakyat akan bangkit dan melepaskan dendam terhadap polis sebagai mana berlaku dinegara-negara jiran.Jika ini berlaku,rakyat sudah tidak boleh dipersalahkan lagi kerana sudah hilang sabar.Terserahlah kepada Menteri Dalam Negeri dan IGP memikirkan sama ada mau perkara ini berlaku atau sebaliknya.