15 Ogo 2010

Kerajaan Perak Sebijik Macam Israel, Rampas Tanah Selepas Rampas Kuasa

Umno-BN Juara Rampas Tanah Rakyat Di Perak

Tindakan kerajaan negeri Perak di bawah Umno-Barisan Nasional menyerahkan sebidang tanah milik yang kini diusahakan oleh petani di Gopeng kepada syarikat berkaitan pemimpin Umno dianggap tidak berperikemanusiaan dan mementingkan kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang mendakwa ini menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa Umno-BN sememangnya merampas hak rakyat sejak lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Berikutan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh Khamis lalu berhubung tanah yang kini diusahakan bagi penternakan ikan hiasan serta digazetkan untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

"Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham dalam syarikat yang mendapat kelulusan mendapatkan tanah tersebut merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan Zakaria," kata Lih Kang dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri menyatakan tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Perkara ini dilihat pelik kerana penguasaha tanah tersebut sudah berkali-kali membuat permohonan namun semua permohonan ditolak tanpa diberikan sebab yang jelas.

Lih Kang berpendapat tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menafikan tanah kepada petani tetapi memberikan kepada pemaju satu tindakan yang tidak wajar.

Apatah lagi kerajaan negeri telah memberikan tanah tersebut kepada kroni dan ini jelas amalan rasuah dan salahguna kuasa, kata beliau lagi.

"KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional ini. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar daripada tanah yang sedang mereka usahakan sekarang. Kami menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab dalam kes ini," tambahnya.

Lih Kang mendedahkan ini adalah kejadian yang kedua selepas kes salahguna kuasa dan skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek di mana Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah dalam kampung tersusun tersebut.

Beliau juga menuntut penjelasan dari Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya anggota bukan daripada Umno dalam barisan Exco.

"Beliau perlu jelaskan kenapa tidak menghalang perkara ini daripada berlaku. Ini menunjukkan Umno-BN telah mereput hingga ke dasarnya, hinggakan pimpinan peringkat bahagian pun melakukan rasuah dengan rakus.

"Oleh itu, untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar jawatan Datuk Seri Zambry selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanahdibekukan sepanjang siasatan kes ini dijalankan dan membatalkan kelulusan permohonan Safura House ke atas tanah tersebut.

"Kami juga menuntut untuk dibenarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem semak dan imbang diwujudkan," tambah Lih Kang.

4 ulasan:

Matketor berkata...

Bukan itu sahaja tanah rakyat yang dirampas dan diserahkan kepada kroni tetapi sudah berpuluh puluh tahun UBN dan kroni kroninya menyangak tanah rakyat..rakyat yang tidak bertanah dinafikan walaupun sebidang tanah sekangkang kera tetapi kepada kroni kroni hatta beribu ekarpun akan diluluskan SEGERA...rakyat yang sudah berbelas malah ada yang berpuluh tahun memohon tidak diambil kisah langsung..itulah perangai UBN dan sekarang ni botol kicap pulak jadi MB haram serupa tu jugak..

Tanpa Nama berkata...

kasihan Rakyat Perak di perbodohkan oleh pemimpin UMNO Perak...
Lagi lagi rakyat yang kena tipu olih pemimpin hipokrit UMNO Perak.

Tanpa Nama berkata...

negeri lain pun banyak tanah rakyat dirampas UMNO. rakyat bodoh menjadi makanan orang UMNO yang cerdik

Tanpa Nama berkata...

rasanya memang sejak zaman berzaman lagi ini lah kerja kotor yang dilakukan oleh umno bee end kepada rakyat. bukan setakat di negeri perak saja, tapi satu malaysia menjadi mangsa penipuan umno bee end. kalau kita tak nak tukar... maka jadilah dulu, kini dan selamanya umno makan daging rakyat malaysia.... kononnya nak jaga kepentingan melayu... tapi melayu yang bodoh2 dan biol2 tu boleh ditipu.. yang selalu dapat habuan ... semuanya mangkok ayun umno yang sanggup gadai maruah... tapi... apa yg saya perhatikan... tengok aje tan sri kita tu... anak kawin dengan pelakon nak glamour... kerja tak ada... bagi hadiah kat girl friend ribu2 punya harga... INILAH BALANYA... AMBIK DUIT RAKYAT... ANAK SENDIRI JADI... BARUA TUKANG HABIS HAK ORANG ... DAH LAH SEKOLAH TAK SAMPAI KEMANA....