3 Ogo 2010

Hishamuddin Hussein Dan Musa Hassan Perlu Letak jawatan

Tangkapan Malam Mansuhkan ISA: Menteri KDN perlu letak jawatan

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis ketika menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin untuk menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 36 orang telah ditangkap pada malam tersebut.

Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung bulan Jun tahun ini bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Beliau berkata, "Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman."

Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, mendedahkan betapa munafiknya kerajaan dalam isu hak-hak sivil rakyat.

Penangkapan yang berlaku pada malam kelmarin, ditambah pula dengan penahanan 589 orang dalam perhimpunan Anti-ISA pada tahun 2009, melonjakkan angka penahanan disebabkan bantahan terhadap ISA mencecah 625 orang. Bilangan yang mengejutkan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh sejagat dunia, seolah-olahnya Malaysia telah memasuki zaman negara polis. Slogan "Rakyat didahulukan" telah menjadi janji kosong.

Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman.

Setelah Parlimen meluluskan rang undang-undang ISA pada 1960, ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang dan orang yang berbeza pendapat untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan pakatan pemerintah. Sehubungan dengan ini, kami mendeksa kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah terpesong dari objektif asalnya.

*Kenyataan media bersama oleh Toh Kin Woon (Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG), Wong Chin Huat (Pengerusi Writers Alliance for Media Independence) dan Liau Kok Fah (Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor). -MR

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau 2 ekor mamat ni letak jawatan barangkali ada yang sembelih kerbau buat kenduri kesyukuran dan baca do'a selamat!!

Tanpa Nama berkata...

mcm mana nak letak jawatan, rugilah.. nanti poket tak berisi, bukan senang nak jadi orang kuat umno bee end, boleh dapat macam2. lagipun dia orang nak syurga dunia aje.. akhirat nanti tak nampak tu yang tak boleh nak nilai mana baik mana burok, lagi pun dah tua sangat... susah nak tarbiah orang2 yang macam ni... BIARLAH ALLAH AJE YANG MEMBALAS SEGALA KEJAHATAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN... KITA TUNGGU DAN LIHAT LAH NANTI APA KESUDAHAN HIDUP ORANG2 YANG MACAM INI....

matlipat berkata...

Lagi banyak tempat ceramah digempur polis,lagi ramai rakyat yang akan membenci UMNO/BN.Lagi ramai orang awam kena sembur air asid,lagi ramai rakyat bencikan polis.Lagi ramai orang awam kena belasah polis,lebih dekat kerajaan UMNO/BN akan jatuh.Tanda-tanda UMNO/BN akan gulung tikar sudah kelihatan dan tindakan -tindakan polis ini mempercepatkan kejatuhan rejim UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

orang gila jawatan, macam UMNO mana mau letak jawatan....

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan BN PRU13, semua kana jadi lebih baik insyaallah, masaalah yang timbul sebab UMNO masih perintah malaysia