31 Ogo 2010

Black-Listed: Rakyat Takkan Bayar Satu Sen Pun Kepada JPJ Dan Polis

JPJ: Pemandu disenarai hitam boleh bayar saman secara ansuran

Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Februair depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.

“Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula,” katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.

Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.

Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang.

“Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun,” kata beliau dipetik Bernama.

Mengulas isu “ulat tiket”, Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

“Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit,” katanya. - TMI

Saman ekor: PAS anjur petisyen di internet pula

Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

"Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya.

"Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya.

Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya. -mk

Ulasan GB

JPJ dan Polis tidak sepatutnya mencari jalan untuk memungut saman ekor yang amat terang-terangan bertentangan dengan undang-undnag itu.

Mahkamah sebelum ini di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan kepada keputusan mahkamah berkenaan, apa juga pungutan hasil daripada penyenaraian hitam saman ekor adalah bertentangan dengan undang-undang. Hasil pungutannya pula adalah HARAM dari segi syarak.

Rakyat tidak akan membayar walau sesen pun kepada JPJ dan Polis terhadap penyenaraian hitam kerana saman ekor ini.

Nak mengadu kat menteri, pergilah mengadu hatta PM sekalipun. Rakyat akan pastikan menteri itu terkangkang di dalam pilihanraya nanti kerana gagal mematuhui keputusan mahkamah.

Apa lagi kamu nak? Nak bunuh semua rakyat yang tak nak bayar? Bunuhlah!

9 ulasan:

lembayung berkata...

betul tu.

JPJ dan Polis bertindak menghina mahkamah apabila meneruskan pungutan saman ekor.

Tanpa Nama berkata...

najib dah tak cukup duit dan joli katak.. disuruhnya rakyat kutip duit lepas tu bagi kat bini debab dia belanja.....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN dah jadi macam ALONG, patutlah kegiatan along berleluasa...

Tanpa Nama berkata...

kami teraniaya, saman(tahun 2006-2008) yg hanya diketahui apabila x boleh nk perbaharui cukai jalan. walhal x pernah dapat notis/ surat pun. senang sgt kerajaan, duit xde mintak pada rakyat, walhal kami dah bayar macam-macam jenis cukai

Tanpa Nama berkata...

1 Mac kena bayar penuh jadi agak2nya PRU13 sebelum 1Mac 2011.. Bersiap sedialah puak2 kita..

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerajaan lanun, peras rakyat. Pastikan PRU 13 nanti BN tergolek, bnyak sangat dah wang rakyat diperas.

Tanpa Nama berkata...

Apalah malang nasib kita rakyat malaysia. Kita bersusah payah mengundi orang2 ini untuk mewakili kita didalam menyuarakan kemahuan rakyat. Tetapi perkara yang sebaliknya telah berlaku. Menteri2 mulia yang kita pilih ini adalah orang2 yang memusnahkan hidup kita. Umpamanya menteri pengangkutan, kita undi dia untuk membantu kita didalam hal2 kenderaan/pengangkutan tetapl apa yang dibuatnya adalah menindas kita dengan bermacam2 cara seperti memakai tali pinggang bagi penumpang belakang, AES dan macam2 lagi, menteri ini hanya tahu perkataan SAMAN demi untuk merompak duit rakyat. Kat thailand dan indon tak ada pun undang2 seperti ini. Jadi layakkah kita untuk mengundi orang2 seperti ini di PRU akan datang. Saya syorkan kita tolak mereka bersama2 parti mereka. Pergi jahanam dengan BN. PARTI PEROMPAK RAKYAT.