31 Ogo 2010

Apa Ada Pada Perkasa?

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

Justeru, tambah Ibrahim beliau sebenarnya menentang pendirian bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi SMS hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengetepikan hujah Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama, sambil meminta beliau memberi tumpuan ke atas kes liwat kedua bapanya.

“Ini isu yang sangat kecil, minta beliau beri tumpuan terhadap kes liwat bapa beliau atau debat dengan ketua Wiranita (sayap wanita Perkasa). Adakah perbicaraan bapa beliau satu konspirasi?” tambah Ibrahim dalam komennya.

Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga sealiran dengan sentimen Ibrahim dengan menekankan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas tentang hak keistimewaan orang Melayu.

“Kebelakangan ini timbul banyak persoalan, banyak hujah mengenai Artikel 153. Bagaimana ini boleh terjadi?

“Anda tidak boleh debat mengenai sesuatu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” kata Raihan.

“Malah di Parlimen sendiri, anda perlu memperoleh persetujuan dua pertiga untuk meminda atau bercakap mengenai perlembagaan dan beliau (Nurul Izzah) mahukan debat awam mengenai perkara ini.

“Apa yang orang Melayu layak, apa yang mereka boleh peroleh, semuanya sudah jelas secara hitam putih,” kata Raihan lagi.

Raihan juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa akan menggunakan apa jua cara dalam memastikan tidak sesiapa pun mempersoalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Ia telah diinstitusikan dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) ekoran rusuhan kaum 1969.

Dalam tulisannya, Nurul Izzah sambil menekankan bahawa orang Melayu, yang berada di persimpangan, akan menentukan sama ada Ketuanan Melayu ataupun Ketuanan Rakyat yang bakal mendefinsikan Malaysia.

Perkasa bersama badan induknya, Majlis Perundingan Melayu secara lantang mempertahankan DEB demi mengekalkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa tulisan dan kenyataan juga sealiran dengan pendirian Perkasa dengan menegaksan, DEB masih diperlukan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Tulisan terbaru beliau disiarkan dalam blognya semalam. -TMI


Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia, kata Umno

Sambil menegaskan tidak mahu bertikam lidah, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menasihati Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar membaca semula buku panduan konsep 1 Malaysia sebelum mempersoalkan gagasan yang dibawa pentadbiran Najib itu.

Ahmad berkata, Ibrahim sepatutnya meneliti dan memahami terlebih dahulu konsep 1 Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau (Ibrahim) kawan saya, jadi saya tidak mahu bergaduh dengan beliau.

“Kalau beliau tidak faham tentang konsep 1 Malaysia saya sarankan supaya beliau baca semula buku kecil 1 Malaysia yang boleh diambil di pejabat Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Ibrahim sepatutnya tidak mempersoalkan dan memperbesarkan konsep 1 Malaysia yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada apa yang hendak dipertikaikan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat semua sudah jelas, mengapa beliau masih tidak faham?

“Saya nasihatkan Ibrahim dan Perkasa supaya jangan memperbesarkan perkara yang tiada,” katanya.

Kelmarin, Ibrahim memberi tekanan baru ke atas Najib dengan meminta menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.

“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas itu.

Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.

Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.

Mengulas lanjut Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, konsep 1 Malaysia merujuk kepada soal perpaduan kaum, nilai-nilai murni dan juga berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

“Fokus utama dalam konsep 1 Malaysia adalah perpaduan kaum di mana orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu dan menjadi aset utama negara.

“Selain itu, konsep 1 Malaysia berpegang kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

“Malah konsep 1 Malaysia juga berpandukan kepada Perlembagaan Negara, jadi konsep ini akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara,” katanya.

Selain Perkasa, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis. -TMI


Ulasan GB

YB Nurul Izzah tidak perlu beri perhatian kepada Ibrahim Ali dan Perkasanya. UMNO sendiri menolak Ibrahim Ali. UMNO sendiri kini melepaskan dirinya daripada kata-kata Ibrahim Ali. Biar UMNO dan Perkasa selesaikan sesama mereka tentang isu Perkara 153.

Perkasa adalah serpihan yang terbuang daripada UMNO. Atau serpihan yang tidak diperlukan UMNO. UMNO sangat menyedari, menyebelahi Perkasa bererti menggali kubur untuk UMNO bagi pilihanraya akan datang.

Sentimen perkauman yang dimainkan oleh Perkasa amat merbahaya, namun KDN nampaknya mendiamkan diri lantaran apa yang diperjuangkan Perkasa adalah gerakan halus yang ada di dalam lubuk hati pemimpin dan ahli UMNO yang sebenarnya. Cuma UMNO segan dengan MCA dan MIC sebab sudah terlanjur menggagaskan slogan 1Malaysia. Tetapi MCA dan MIC telah menghidunya lama, bahawa sahabatnya UMNO itu berlaku curang apabila membiarkan Perkasa terus hidup membawa keris sewenang-wenangnya ke mana-mana.

Rakyat Malaysia dari segenap bangsa dan agama pun membuka matanya. Perkasa sebenarnya sedang mengheret UMNO terjun ke lubang kubur untuk disemadikan bersama-sama dengannya.

Rencana Allah Yang Maha Pandai mengaturkan untuk menipudaya Ibarahim Ali yang yang telah menipu rakyat di kawasannya. Ibrahim kononnya pejuang bangsa. Ibrahim akan terjun dengan keris-kerisnya!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setahu aku Ibrahim Ali inilah yang menang pada PRU yg lepas atas ihsan Tok Guru Nik Aziz dengan memberikan kebenaran kepadanya menggunakan tiket PAS di Pasir Mas...

Bila dah menang, bukan main besar kau punya lagak...dulu waktu dipulaukan oleh umno, kau selalu menempel ikut Anwar dan Nik Aziz berceramah...

Ini ke perangai seorang pemimpin yg orang melayu ingin letakkan harapan dan amanah bangsa?

Sekilas katak dibendang dapat ku kenal jantan atau betina, inikan pulak si berahim ali...

Umpama melepaskan anjing tersepit, dah ditolong selamatkan, digigitnya pula orang yg menyelamatkannya...

Moga PRU 13 nanti akan mengucapkan sayonara buatnya...

Ibnsam berkata...

IBRAHIM KATAK TIDAK ADA PLATFORM UTK BERTANDING TU PASAL DIA GUNAKAN PEKASAM.KATAK OH KATAK KAU BELUM KENTUT ORANG DAH TAU BAUNYA.

Martoiriat berkata...

Ibrahim Ali @ Ibrahim Katak..
Kamu sebenarnya tak layak untuk bercakap soal melayu. Siapa diri kamu sebenarnya. Layakkah kamu untuk membela orang2 melayu sedangkan kamu sendiri tidak ada prinsip dalam politik. Perkasa yang kamu banggakan tidak kemana sebagaimana MTRK yang kamu tubuhkan diKelantan, hilang entah kemana.Perkasa yang kamu tubuhkan untuk kepentingan politik kamu yang semakin hari, semakin nak mampus.Rakyat manapun tidak akan menyokongi Perkasa kerana ia hanya sebuah badan yang racist. Segelintir ahli atau pemimpin Umno yang menjadi ahli Perkasa hanyalah "orang yang sudah tak laku" dalam Umno.Rakyat pun sudah meluap dengan kamu yang hanya pentingkan diri sendiri.
Yang nyata Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kamu yang bacul, jahat dan pengkhianat kepada pengundi2 di Pasir Mas. Diharapkan Nurul dan Anwar usah dilayan manusia specis katak ini..

Tanpa Nama berkata...

dia ni sebenar2 munafik di m'sia...krn apa....sbm PRU12...mn sj pentas ceramah pembangkang...dia tumpang sekaki...tp bl penyokong pembangkang menangkan dia...dia lupa diri....dia tikamkita balik...sy pernah dgr ceramag kau Brahimdlm markas Pas Tmn Melewar....kau ckp..aku dah berubah...aku dh taubat...aku x mau kena tipu dgn UMNO dh...cic...celaka...penipu besar kau ni...memang dasar munafik...
hr ni...UMNO tu yg kau jilat blk...taraf kau sama lah dgn Ruslan Kassim dan Rais Yatim...Ruslan kt...ludahkan muka aku nikalau aku masukUMNO blk...Rasi ...aku bakar jambatan dgnUMNO...semua mrk ni..munafik...mengejar harta dunia semata2...seolah2 x da UMNO..mati x makan dia org ni..sedangkan ramailg rakyat biasa yg bkn ahli UMNO blh hidup senang..sbbb mrk yakin Allah lah Pemberi Rezeki...BUKAN UMNO PEMBERI REZEKI SPT MN KEPERCAYAAN ORN MELAYU DI MALAYSIA KHUSUSNYA PERKASA TERUTAMA PRESIDENNYA SENDIRI...SEOLAH2 TIADA UMNO...MAKA MATI HABIS ORG MELAYU DLMMALAYSIA NI X MAKAN...BULSHIT....!!!!!!!AJARAN SESAT SEMUA TU

Cumi manzui berkata...

Aku nak tunggu PRU 13 ni ada dak lagi nama Ibrahim Ali sebagai calon.

Tanpa Nama berkata...

bukan katak aje yang tak tersenarai dalam pru 13 nanti.. banyak lagi tau... kita tunggu dan lihat.. orang yang bengong aje akan calunkan syaitan yang bertopengkan manusia........

ABU UBAIDAH BIN JAMLUS berkata...

Ibrahim Ali racist...tubuhkan badan racist...kite semua tengok nanti apa kesudahan Ibrahim Ali nanti di PRU13 nanti...parti apa pun di Malaysia ni tak mahu kat dia...sejauh mane dia boleh pergi atas tikit bebes tu...

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim Ali adalah seorang manusia yang gila kuasa, beliau sanggup menipu sesiapa sahaja termasuk dirinya sendiri..

diharap semua JANGAN LAYAN IBRAHIM KATAK INI BIARLAH BELIAU DUDUK DIDALAM DUNIANYA SENDIRI DIBAWAH TEMPURUNG BERSAMA PEKASAM..

Tanpa Nama berkata...

orang indon pijak bendera malaysia, perkasa hanya berani pijak bendera pakatan saja....