20 Jul 2010

Siapa Pecah Masuk Rumah Peguam P1 Bala?

Rumah peguam kes PI Bala dipecah masuk, komputer riba dilarikan

Rumah salah seorang peguam detektif persendirian P Balasubramaniam di sini, yang kini menjadi saksi penting kes rasuah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, telah dipecah masuk oleh pihak tertentu.

Peguam Manjeet Singh Dhillon (gambar) berkata sasaran kejadian itu ialah komputer riba.

“Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa rumah saya di Kuala Lumpur telah dipecah masuk dan sasaran utama dan diambil ialah komputer riba.

“Saya sedang pulang dari London untuk menghadapi kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau sepatutnya berada di sini bersama afidavit Balasubramaniam, yang menjawab 52 soalan SPRM, untuk diserahkan kepada agensi itu.

Ini merupakan kali kedua rumahnya menjadi sasaran.

Kali pertama ialah selepas Balasubramaniam ditemu bual di Singapura dan ia disebarkan oleh media tempatan.

“Dan, kini selepas (Balasubramaniam) temu bual di London dan Paris rumah saya dipecah masuk.

“Bagaimanapun barang-barang lain di bilik yang sama termasuk barang kemas tidak disentuh,” katanya.

Katanya, beliau percaya mereka bertindak demikian kerana ada kepentingan dalam kes yang sedang diuruskannya.

“Saya akan membuat laporan kemudian,” tambah beliau. -TMI

Ulasan GB

Sudah beberapa kali rumah peguam dan rumah orang yang terlibat di dalam sesuatu kes telah dipecah-masuk. Ambil komputer riba, tanpa mengambil lain-lain barangan.

Kaedahnya serupa - bererti memang ada satu perancangan, satu modus operandi yang telah tersedia oleh satu "pihak teretnu". Siapa? Kita kaji sedikit kes-kes terdahulu.


Pejabat salah seorang peguam Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Mohamad Hanipa Maiden yang terletak di Taman Sri Gombak dipecah masuk baru-baru ini dan membawa lari sebuah komputer riba dan dua buah komputer meja.

Turut dibawa lari adalah beberapa fail penting, kata Mohamad Hanipa Maiden kepada Siasah.

"Saya tidak dapat mengesyaki sesiapa tetapi tiga buah komputer yang mengandungi maklumat penting hilang di samping beberapa fail," kata Hanipa.


Pejabat peguam yang mewakili akhbar Herald-The Catholic Weekly dalam kes tuntutan penggunaan kalimah Allah, dipecah masuk oleh individu tidak dikenali hari ini.

Kejadian disedari oleh seorang pekerja di pejabat itu yang terletak di Jalan Yong Shook Lin di sini, ketika hendak memulakan kerja pada pukul 7.55 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, suspek memasuki pejabat itu dengan memotong dan mengumpil jeriji pintu hadapan.

Katanya, kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar premis turut disembur cat hitam.


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu rumah penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani telah dipecah masuk semasa tertuduh ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.

Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Tarmudi, 47, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang berkata, kejadian itu disedari apabila beliau pergi ke rumah tertuduh di Taman Sentosa, Klang, pada 3 Nov tahun lepas, bersama isteri tertuduh, D.Vanitha, yang juga suspek pada masa itu serta seorang lagi anggota polis wanita.


Cukup.

Ia sudah memberikan satu pattern jelas tentang siapa sebenarnya pemecah masuk rumah-rumah itu!


1 ulasan:

mahaza berkata...

Dengan itu adalah dinasihatkankepada semua yang berkaitanmenggunakan laptop dengan removable hard disk. Pastikan ianya dikeluarkan sesudahdigunakan....