2 Jul 2010

Permit Suara Keadilan Digantung.

KDN gantung permit Suara Keadilan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

“Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

“Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk “Felda Bankrap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

“Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini,” katanya. -mk

Ulasan GB

Tindakan KDN tersebut memang sudah dijangka.

Tindakan diskriminasi terhadap media ang tidak sehaluan dengan kerajaan sudah lama berlaku. Permit akhbar Harakah misalnya telah beberapa kali digantung, namun gelombang rakyat tidak mampu disekat sekalipun oleh bapak KDN.

TGNA pernah menyatakan bahawa air dari gunung jangan cuba ada yang menyekat, kelak anda akan disapu hanyut oleh air yang turun laju itu. Begitulah gelombang kebangkitan rakyat, jangan ada yang cuba untuk menyekatnya, anda bakal tercampak keluar lantarannya.

6 ulasan:

blogenstarz berkata...

Editor Greenboc...
Dikatan anda mengamalkan ketelusan.Namun mengapa komen2 dari BLOGENSTARZ tidak pernah diterbitkan.....
Jangan sembunyikan sesuatu walaupun pahit....

blogenstarz berkata...

Yesssss
Barulah ada ketelusan.
Jangan takut akan komen2 yang anda terima.Terimalah ia dengan fikiran yang terbuka.
Jangan asyik menghentam , tapi takut dihentam.
Komen2 juga akan menaikan RATING @ HIT blog anda.
SYABAS !!!
Rakyat menanti terhadap pendedahan anda !

Tanpa Nama berkata...

digantung sebab tak mau jadi pak angguk UMNO, macam Utusan bohong dan Berita bohong

Tanpa Nama berkata...

Hairan betul la dengan KDN ni...kalau Suara Keadilan tu tak betul, saman saja. Felda pun dah nak saman..kemungkinan paparan yang dikeluarkan betul la..sebab itu, KDN cepat2 tarik balik permit...berani kerana benar takut kerana salah..macam2 ada la...

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Gantung Permit Suara Keadilan hanyalah untuk menutup kejahatan dan kelemehan Umno-BN. Jika Suara Keadilan melaporkan berita2 palsu atau fitnah, kenapa tidak saman terhadap akhbar itu? Kenapa harus digantung permitnya?
Umno-BN takut dengan bayang2nya tersendiri dengan mengunakan KDN sebagai budak surohannya.Segala2nya hanya untuk menuntut kebenaran dan keadilan. Walaupun Suara Keadilan digantung ataupun diharamkan, rakyat tetap yakin bahawa kebenaran tetap memihak kepada laporan2 dari "suara keadilan".

Tanpa Nama berkata...

kalua tak gantung suara keadilan puak ni tidur tak lena kerana panas punggung kot maklumlaaaa....