7 Jul 2010

Peguam Cap Ayamkah Dikau?

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Ulasan GB

Bagaaimana beliau boleh menjadi seorang peguam apabila beliau sendiri pemalas dan tidak mahu untuk membaca Perlembagaan PAS sehingga tidak tahu status keahliannya telah gugur secara automatik berdasarkan Fasal ke 13 perlembagaan parti?



Aneh dunia ini sehinggakan seorang yang berprofesyen undang-undang cuba untuk berhujjah di atas perkara yang sudah jelas.

Serupa juga ramai juga yang mengaku umat Islam tetapi mengabaikan perkara yang membatalkan syahadah - apatah lagi jika ia dilakukan oleh mereka yang bergelar atau digelarkan "ulamak".


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah UMNO mengaku sajalah, tak payah nak pecah belah pakatan...

Tanpa Nama berkata...

dah macam barua UMNO dia ni, memang patut PKR tak terima.

Tanpa Nama berkata...

PAS jangan sekali-kali terima katak ni masuk PAS. Dia ni dulu pernah jadi YDP Bandar Tun Razak.Huru-hara dibuatnya.PAS bukan parti tong sampah,dulu beria-ia sangat nak ajak Mahathir Kutty masuk PAS.Pemimpin-pemimpin PAS kena jaga sikit marwah PAS kerana PAS bukan pemimpin-pemimpin yang punya tetapi kepunyaan keseluruhan ahli PAS.