17 Jul 2010

Kenaikan Harga Berlaku Secara Senyap, Demo Protes Untuk Turunkan Najib & UMNO

Pengumuman Kenaikan Harga 'Secara Sembunyi', Persatuan Pengguna Kesal

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor, Datuk Dr. Jacob George kesal dengan tindakan kerajaan yang tidak memaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu berikutan kenaikan lima barangan keperluan harian.

Ujar beliau, kerajaan seharusnya bertindak proaktif dan tidak membebankan masyarakat pengguna khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Hanya saya dukacita, bila buat pengumuman itu, buat dengan cara sembunyi. Tidak perlu buat seperti itulah lain kali. Seminggu sebelum itu tolong beri satu tarikh. Beritahu pada masa ini, kita sudah ada masalah dan kita akan tarik balik 10 atau 5 sen.

"Jadi minda kita sedia, boleh kita buat adjustment sikit," katanya.

Dr Jacob sebaliknya menggesa kerajaanmempertimbangkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan dan juga pemberian subsidi gas kepada Penjana Kuasa Bebas (IPP).

Beliau juga mencadangkan satu jawatankuasa dibentuk bagi memastikan bantuan subsidi kepada kelompok sasaran, benar-benar kesampaian.

"Rayuan saya masih sama. Kita tidak mahu monopoli kepada gergasi-gergasi yang bawa masuk gula dan sebagainya. Di sanalah kita nampak ada salah guna kuasa dan macam-macam cerita.

"Kita tarik balik subsidi dan pertolongan yang diberikan kerajaan dari atas ke bawah. Kita jangan mula dari atas ke bawah, macam selalu. Kita target orang-orang atasan. Korporat GLC. Orang yang dapat subsidi, kita potong dari atas," katanya. -TVS


Kenaikan 5-dalam-1: PROTES rancang ke jalanan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) sedia turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya (bagi membantah kenaikan harga itu)," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, katanya, gabungan berkenaan dijadualkan bermesyuarat pada Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan tindakan-tindakan yang lain.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada jam 10 pagi.

"Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan MTUC.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen mankala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan.

Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Sementara itu, Harkahdaily melaporkan bagi PROTES, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

Dr Hatta dipetik sebagai berkata kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

"Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan mendakwa kenaikkan harga gula dan minyak itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik," tkatanya.

Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN.-mk


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB & 4 all.
Sang Najib and the gang takut benar suara PR dlm Parlimen sebab itulah diumumkan kenaikan harga selepas saja sessi dewan tamat.
Amno kuku besi selayaknya gelaran diberi.

Matketor berkata...

Mereka memang semakin takut dengan suara rakyat...segala penyelewengan dan pembohongan sudah lama diketahui rakyat..untung juak juak UBN yang sapu..rugi rakyat yang dipaksa menanggung pemotongan subsidi(penyelarasan kononnya)..pergi jahanamlah kamu semua juak juak UBN yang tak tau malu..ALLAH maha mengetahui..

Tanpa Nama berkata...

Umum cara senyap,lepas sidang Parlimen,buktikan Najib sudah mula takut pada suara rakyat.Kalau ada demo besar-besararan protes naik harga ni,lagi dia kecut.Apa yang berlaku diParis,turut buat dia tak tidur malam.Ayuh! Desak dia letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

orang bagan pinang dan Hulu Selangor dirasuah, yang susah semua rakyat dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

BN nak hidup penaik nak kumpul wang pilihanraya, Biar mampus rakyat

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya orang melayu yang sokong BN, insuran pun belum turun, harga barang naik pula.

Tanpa Nama berkata...

najib sengaja musnahkan kehidudapan rakyat supaya meminta-minta dari BN

Tanpa Nama berkata...

kalau biar BN perintah malaysia lagi, lepas ni majoriti rakyat jadi peminta sedekah

Tanpa Nama berkata...

nak hapus subsidi sebab najib nak guna untuk belanja pilihanraya UMNO

Tanpa Nama berkata...

UMNO mencipta pelbagai alasan untuk memperbodohkan orang melayu

Tanpa Nama berkata...

Mana orang Melayu Bagan Pinang dan Hulu Selangor yang undi BN? buatkan BN semakin menindas rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Lepas jamu orang Hulu selangor kenyang dan gemuk sekarang disembelih pula..macam cerita teladan gergasi makan orang

Tanpa Nama berkata...

patutlah muhyidin kritik sangat kerajan selangor bantu rakyat, rupanya dia nak hapus subsidi

Tanpa Nama berkata...

selain harga barang, saman ekor dan insuran, LHDN dah jadi macam along. sokong lagi BN orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Mamat muka tak malu ni sua wajah di Sabah. TPM pula minta kerjasama PAS. Peliknya ia tanpa syarat. Takkan PAS juga nak diperbodohkan lepas dituduh sebagai parti ajaran sesat. Minta tarik balik saja tuduhan tu. Kemudian minta royalti petrol diberi kepada Kelantan. Rasanya dah tahu jawapan yang nak diberi.

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah dulu terpaksa letak jawatan lepas harga minyak naik la. Ni giliran Najib pula akan terima nasib yang sama. Muhyiddin juga dah menggelabah. Harapan dia nak duduk di kerusi PM kabur dan harap-harap terus jadi mimpi atau igauan saja.