29 Jul 2010

ESQ Sesat Kerana Guna A-Quran Tanpa Hadith

Kursus ESQ guna Al Quran sebagai panduan – Dr Ary

Pengasas ESQ Leadership Sdn Bhd Dr Ary Ginanjar Agustian hari ini menegaskan kursus ESQ tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia menggunakan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan.

Menurutnya, pertikaian menyatakan kursus ESQ bertentangan akidah Islam adalah tidak tepat dan hanya andaian untuk menyekat penyampaian motivasi melalui suara hati yang sentiasa mengikuti ajaran Islam.

"Saya ingin menyatakan kepada umum bahawa kursus ini adalah berlandaskan agama Islam kerana rujukan sepenuhnya adalah menggunakan Al-Quran.

"Saya beragama Islam, justeru itu perkara pertama yang saya lakukan adalah mementingkan akidah dan syariat Islam untuk membantu menyampaikan ajaran" katanya dalam satu sidang media di Ampang hari ini.

Beliau berkata, kursus ESQ ini juga tidak mencampurkan agama-agama lain dan kehidupan harian tetapi mengajar peserta untuk memahami ajaran Islam di dalam jiwa.

Harap bertemu Mufti Wilayah

Sementara itu Ketua Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman yang turut hadir berkata, pihak ESQ masih menunggu untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi bagi menjelaskan cara keseluruhan kursus tersebut dijalankan.

"Panel syariah ESQ berharap dapat bersemuka dengan Datuk Wan Zahidi untuk mendengar perjelasan mengenai 10 dakwaan yang menjadi pertikaian.

"ESQ berharap media tidak menyalah laporkan lagi mengenai dakwaan pihak ESQ akan menentang fatwa kerana ia akan menyebabkan pertemuan yang dirancang terbatas," jelasnya.

Mustafa berkata, perbincangan dengan Mufti Wilayah itu nanti akan dapat menjernihkan kembali tanggapan umum terhadap kursus ini.

"ESQ masih menunggu keputusan dari Mufti Wilayah dan berharap beliau akan segera memberi maklum balas terhadap permintaan kami," katanya.

Pengurus Besar ESQ Marhaini Yusoff menyatakan, kursus ESQ ini terus mendapat respon menggalakkan walaupun isi modulnya dipertikaikan.

"Peserta yang telah mengikut kursus ini akan memahami apa yang ingin disampaikan untuk dijadikan panduan.

"Saya berharap orang ramai tidak lagi menyalah tafsirkan kursus ESQ ini kerana kami telah memberi penjelasan bahawa kursus ini tidak melanggar sebarang syariat Islam," katanya.

Ulasan GB

Menilai jawapan yang diberikan oleh Pengasas ESQ Leadership Sdn Bhd Dr Ary Ginanjar Agustian, jelas kepada kita bahawa kursus ESQ menggunakan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan TETAPI tidak disentuh samada mereka menggunakan hadith yang juga merupakan rujukan yang tidak boleh dikesampingkan di dalam apa jua bidang kehidupan dan kajian.

Ini ialah kerana hadith diperlukan dalam semua bidang ilmu. Tidak ada ilmu yang tidak memerlukan penjelasannya melalui hadith. Memandangkan al-Qur’an merupakan sumber kepada semua bidang ilmu, dan penerangan kepadanya pula adalah melalui hadith, maka hadith sudah tentu menjadi sumber kepada semua bidang ilmu termasuk ilmu minda, motivasi dan sebagainya.

عن المقدام بن معدي كَرِب # (، عن رسول الله _ " أنه قال: يوشك الرجل متكئا على أريكته يحدث بحديث من حديثي فيقول بيننا وبينكم كتاب الله عز وجل . فما وجدنا فيه من حلال استحللناه . وما وجدنا فيه من حرام استحرمناه، ألا وإن ما حرم رسول الله صلى الله عليه وسلم مثل ما حرم الله. رواه ابن ماجة وصححه الألباني، ج1، ص 6، رقم: 12، سنن ابن ماجة، تحقيق محمد فؤاد عبد الباقي، دار الفكر، بيروت. وأحمد وصححه شعيب الأرناؤوط، ج 4، ص 132، رقم: 17233، مؤسسة قرطبة، قاهرة.

Daripada al-Miqdam bin Ma’di Kariba r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah hampir masanya, ada lelaki yang berehat di atas kerusi empuknya yang bila dibacakan hadith-hadithku, dia akan berkata: “(Sumber rujukan) antara kita ialah Kitabullah (al-Qur’an). Apa sahaja yang kita dapati halal di dalamnya, maka kita akan menghalalkannya, dan apa sahaja yang kita dapati haram di dalamnya, maka kita akan mengharamkannya. (Tidak perlu lagi, kita kembali kepada hadith). Ingatlah, apa sahaja yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah sama seperti yang diharamkan oleh Allah SWT”. Hadith sohih, riwayat Ibnu Majah.

عن أبي هريرة # (، قال: قال رسول الله _ ": تركت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما: كتاب الله وسنتي. أخرجه الحاكم في المستدرك وله شاهد وصححهما على شرط الشيخين. انظر علوم الحديث لأبي الليث الخير آبادي، ص 43، ورواه أيضا الإمام مالك بلاغا.

Ertinnya: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat jika berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Qur’an) dan sunnahku (al-Hadith).

Justeru itu GB berpendapat fatwa Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi adalah tepat dan benar bahawa ESQ adalah sesat kerana ia tidak menjadikan hadith sebagai sumber rujukan selain dari Al-Quran.

Ia sama seperti geng yang dipelopori oleh Kasim Ahmad yang telah meninggalkan hadith dan hanya berpegang kepada Al-Quran.

Ia adalah kesesatan yang amat nyata. Dan kita berhak mempersoalkan pendirian mufti-mufti yang membenarkan ajaran ESQ tersebut tersebar di kalangan rakyat yang ternyata mufti-mufti berkenaan tidak teliti di dalam meluluskan kursus tersebut dari tersebar luas untuk menyesatkan umat.

Haramkan ESQ segera sebelum ramai tersesat lantarannya!

11 ulasan:

saif al mansur berkata...

salam.. ini kali pertama saya post comment pada blog saudara.. pertama sekali saya berharap tuan tidak cepat menghukum ats perkara tersebut. ESQ 165 mempunyai hujjah yang kuat dalam isu ini, namun kemungkinan kekeliruan pada peringkat mufti wilayah (mufti APCO).

Saya tidak bela 100% ESQ walaupun saya telah mengikuti perkembangan mereka sejak 5 tahun dahulu lagi dan pernah menghadiri preview mereka.

Isu ini biarlah diselesaikan secara muzakarah. Itulah kaedah yang terbaik. Ini adalah kerana ruang dakwah yg sangat luas terbentang di dalam program ESQ 165 sebenarnya. Cuma apa yang perlu sekarang ialah penjernihan apa2 yang dirasakan kabur.

Sekali lagi saya mohon pihak tuan agar tidak terlalu cepat menghukum berdasarkan kenyataan yang mungkin kesilapan kecil pada kata-kata.. tanpa merujuk pada niat sebenar.

terima kasih,
'penyokong solid kelab greenboc'

Awanama berkata...

isk saif al-mansur

kan dah jelas hujjah yg diberikan oleh GB tu, yg kenyataan oleh bos ESQ lansung tak menyentuh mengenai sumber rujukan dari hadith walhal hadith tidak boleh dikesampingkan sebagai sumber ajaran Islam.

Hanya berpegang kepada Al-Quran dengan mengepikan hadith adalah satu gerakan yang merbahaya yang menyesatkan umat.

saya amat setuju dengan GB.

Awanama berkata...

Sesuatu yg tidak jelas dikategorikan sebagai syubahah.

Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram..."

TEKONG DARAT berkata...

peserta skim cepat kaya adalah peminat besar ESQ...
lihat saja artis2 yg join...
bukan ada perubahan pun...

TEKONG DARAT berkata...

peserta skim cepat kaya adalah peminat besar ESQ...
lihat saja artis2 yg join...
bukan ada perubahan pun...

ibn sabil berkata...

Tinggalkan yang meragukan, pegang kepada yang meyakinkan.

ESQ penuh sarat dengan hal-hal yang tidak terdapat di dalam ajaran Islam.

Kemudian mereka memperkudakan ulamak, mufti dan ustadz untuk "menghalalkan" program mereka dengan kononnya sedia menerima penambah-baikan. Ini bererti mereka sudah jelas sesat dan salah kemudian disuruh perbaiki.

Sepatutnya keseluruhan modul hendaklah diperbaiki terlebih dahulu, bukan mmewarwarkannya dan kemudian memperbaiki kemudian. Kerana ramai yang mengikutinya adalah orang awam yang aqidahnya belum sekuat mana. Malah fasilitator dan intructor mereka juga adalah terdiri dari mereka yang jahil dalam agama.

Sesuatu yg haram tidak menjadi halal walaupun 1000 mufti menyatakan sebaliknya.

joe penang berkata...

Saya pernah ikuti kursus ESQ. Bagi saya xde perkara yg boleh menjejaskan akidah.
Biarlah isu ini diselesaikan oleh pihak esq dan agensi berkenaan.
Bagi saya:-
- jika jelas esq haram keluarkan fatwa haram oleh jawatankuasa kebangsaan
- jika x jejaskan akidah, betulkan saja mana yg x betul. Panel Syariah sila lakukan tugas anda

Awanama berkata...

konsep god spot
-------------------

saya terbaca esq ada unjurkan konsep
god spot. '


tahukah tuan/puan maknanya.

translasi bm- titik takuk tuhan


konsep ini di keluarkan olih kapiak
harbikah atau kapiak pekat yang
tidak ada dalam islam. Jadi ada
kah jakim jelas apa maknanya atau
terima bolat bolat apa esq jelaskan.

saya rasa kalau jakim/majlis fatwa
tak paham makna panggillah melayu
yang betul paham bi untuk terjemah.

jangan bantai terima makna 'god spot' sombreno aje.

salam

TOKMAN

saif al mansur berkata...

salam..

teman-teman.. cukuplah sifat melebelkan orang sesat dengan mudah/senang. Islam hadir dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan, tetapi amat sedih apabila umat Islam menjadi jumut dan berfikiran kebelakang (memang ada yg sangat tidak setuju dengan kenyataan ini).

Malah, didalam gerakan Islam sendiri juga terbudaya dengan sikap ini. Tidak malukah kita dengan orang bukan Islam yang melihat orang Islam yang sering menyesatkan sesama sendiri tanpa merujuk kepada pandangan jumhur ulama. Sangat sedih..

Kepada yang masih menuduh ESQ 165 sesat, mohonlah keampunan dari Allah atas kegopohan kita..

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
http://al-ghari.blogspot.com/2010/07/patuhi-fatwa-kebangsaan.html

saifullah berkata...

Wahai saif almansur,

hukum Islam itu bersandarkan kepada Al-Quran, Hadith, Ijma Ulama dan Qias.

Yang pertama ikut Al-Quran kemudian hadith, kemudian barulah ijma dan Qias.

Tiada di dalam hukum Islam itu mengikut "jumhur ulama", apa tah lagi jika ia bertentangan dan meninggalkan hadith.

Sementelah lagi, tidak dipegang ijma jika hadith belum lagi dirujukkan.

saif al mansur berkata...

terima kasih saudara saifullah..