15 Jul 2010

Isu Curi pasir: Nama Toyol UMNO BN Dapat Lesen Akan Didedahkan

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.

Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

Anggota polis membentuk benteng manusia bagi memisahkan penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang menunggu untuk 'menyambut' mereka.

Penyokong kedua belah pihak saling mengejek antara satu sama lain.

"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom.

"PKR rasuah," jawab penyokong Umno.dan PERKASA.

Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK dengan memakai lencara bertulis "Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor".

Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran hasil pasir melalui syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), antaranya"KSSB monopoli pasir", "Bila tak serupa cakap" dan "RM50 juta pasir mana dia."

Sementara pada masa yang sama, kira-kira 50 penyokong Pakatan pula mula berkumpul di situ pada masa yang sama.

Ketegangan antara kedua-dua pihak tamat apabila polis membenarkan exco Umno negeri Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi PERKASA Selangor Abdullah Mansor menyerahkan memorandum di pintu pagar kepada seorang setiausaha menteri besar.

Memorandum itu antaranya mendesak Khalid menarik balik kuasa monopoli KSSB dalam pengurusan pasir negeri, menamatkan perkhidmatan semua ahli lembaga pengarahnya dan menubuhkan jawatankuas bertindak bagi memulihkan lombong-lombong pasir negeri. -mk


Khalid Bakal Dedah Nama Pemimpin Umno-BN Dapat Lesen Lombong Pasir

SHAH ALAM 15 Julai - Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.

"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.

"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak," kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.

Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional. -SK



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

curi pasir nak berhimpun, bagaimana pula curi wang petronas, Felda, KWSP, Tabung Haji......

Tanpa Nama berkata...

UMNO sendiri jadi dalang, UMNO pula nak protes, sendiri penyamun, sendiri tak puas hati hasil samun.

Tanpa Nama berkata...

Curi pasir didalangi toyol UMNO?

Tanpa Nama berkata...

bila pula UMNO nak buat demo insuran kenderaan makin mahal nih!!!

Tanpa Nama berkata...

satu untok aku satu untok engkau, dua untok aku dua untok engkau, lepas dua berapa pulak,ah...hentam sajalah, sejuta untok aku sejuta untok engkau, berbilian2 untok aku berbilian pula untok kau eeeeh sapa pula buat kacau daun PRRRRRR>

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor l/k 2 tahun.Kecurian pasir diSelangor berlaku hampir 20 tahun.Ahli-ahli Perkosa dan pencacai-pencacai UMNO ni tak dapat mengira(buta kira-kira) perbezaan antara kehilangan wang pasir dibandingkan dengan kehilangan wang PETRONAS,FELDA dan diPelabuhan Kelang.Ini belum disebut lagi PEWAJA,Bank Bumi,Skandal Scorpene(yang sedang disiasat Prancis)- Buatlah demo diPutrajaya.Kuman diseberang laut nampak,gajah depan mata tak nampak.

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Demonstarsi ini diketuai oleh exco pemudanya Lokman Noor Adam. Siapa yang terlibat dengan reformasi tentu mengenali pemuda ini yang tidak mempunyai politik hala tuju. Beliau adalah bekas pemuda PKR di kala itu berjuang habis-habisan dengan sumpah keramatnya tidak akan menyertai Umno. Apa tidaknya ketika bersumpah beliau telah menyebut dengan nama tuhan tidak akan menyertai Umno yang rasuah dan zalim. Tapi kini beliau kembali menyertai Umno, parti yang beliau sendiri kata rasuah. Inilah manusia yang tidak ada pegangan dan berprinsip.
Lokman ... yang banyak rasuah itu ialah pemimpin2 Umno. Macamana dengan Khir Toyo yang bina istanannya, Najid dengan scorpionnya, Khairy dengan wang saham, Mat Taib dengan wang berjuta2 diseludup ke Australia, Annuar Musa dengan wang PPRT,Rafidah Aziz dengan APnya, perwaja steel dan bermacam2 lagi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin2 Umno. Tapi semuanya tidak diambil tindakan. Usahlah kamu menyalak untuk mencari publisiti politik murahan. Janganlah nak tunjukkan kepada rakyat yang Umno adalah parti yang bersih. Semuanya donggeng dan tipu helah politik. Janganlah kamu jadi syaitan bisu. Rakyat tetap tidak mempercayainya..