1 Jun 2010

Tiada Alasan Pertahan Judi Bola. Tidak Timbul PR Ambil Kesempatan.

Pembangkang menganggap tiada alasan atau hujah kepada mana-mana pihak untuk mempertahankan isu pemberian lesen judi di negara ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, selain dilarang dalam semua agama, banyak negara dan pertubuhan tidak bersetuju menjadikan judi sebagai industri besar.

“Negara maju pun bantah lesen judi diberi peluang lebih besar dan banyak perkara yang boleh berlaku seperti ah long dan sebagainya, selain timbul ketegangan rumah tangga yang juga berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Islam sendiri,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Dalam masa sama, beliau kesal dengan kenyataan Setiausaha UMNO Bahagian Besut, Dr A Rahman Mokhtar bahawa pembangkang cuba mengambil kesempatan terhadap isu pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, kenyataan tersebut dilihat cuba mempertahankan tindakan pemimpin mereka yang mengambil langkah sedemikian.

Sebaliknya, Syed Azman menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas konsisten dalam mencegah kemungkaran, lebih-lebih lagi judi adalah sebahagian yang dilarang agama.

“PR berada dalam keadaan cukup baik dan tidak timbul sebarang isu bahawa kita cuba mengambil kesempatan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi teguran kepada kerajaan dan ini bukan politik, tetapi melibatkan hukum-hakam. Kita turut bersetuju dengan kenyatan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyeru supaya perkara itu ditarik balik,” katanya.

Selain itu, Syed Azman berkata, pemimpin UMNO yang menganggap bahawa lesen judi tersebut dikhususkan kepada bukan Islam sebagai penghinaan kepada golongan berkenaan kerana agama mereka turut tidak menggalakkan penganutnya berjudi. -SH

2 ulasan:

Puyot berkata...

UMno/Apco lapaq duit judi. Depa tak kisah nak blasah duit. Janji duit. Tuhan depa duit. Allah bagitau judi tu haram. Semua agama tak bagi berjudi. Hat sembah pokok pun takmau judi. Hat yang nak judi ni, geng tadak agama.

Lepaih ni pakat nak bagi lesen pulak la kat rumah pelacuran. Buat untung beb. Janji duit. Boleh dapat income. Bottomline is money.!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah jasa Berjaya yang Najib balas..Kita perhatikan kebanyakkan anak syarikat Berjaya yang telah mendapat kelulusan terbitan saham awam..Cara ini Berjaya dapat mengambil balik wang dari rakyat yang telah dilaburkan untuk katak-katak dan sebagainya..Sedarkah kita..