10 Jun 2010

RMK-10 - Restoran Tom Yam Yang Dipenuhi Tikus, Lipas

Rancangan Malaysia Ke 10 ibarat restoran tom yam yang dipenuhi tikus dan lipas yang langsung tidak menunjukkan perubahan konkrit dalam pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan ucapan pembenatangan RMK-10 oleh Najib tidak ada perkara baru dan sama dengan pembentangan RMK-9 sebelum ini.

"Kita ibarat pembentangan hari ini umpama restoran tom yam yang dengan tukang masak yang sama, kedai masih kotor dan dipenuhi dengan tikus dan lipas sahaja dan tidak ada pembaharuan yang konkrit.

"Walau pun Najib mengumumkan pelbagai projek, apa jaminan kerajaan Umno-Barisan Nasional berkaitan dengan ketelusan dan integriti bagaimana hasil perolehan daripada projek tersebut.

"Selama ini, kita menghadapi masalah pengurusan kewangan negara yang tidak telus dan tidak cekap.

Menurut Mahfuz, beliau yakin budaya kebocoran dan ketirisan ekonomi akan tetap di laporkan Ketua Audit Negara seperti mana yang dilakukan tahun demi tahun kerana tidak ada kemahuan politik untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Masalah sekarang ini adalah apa yang diumumkan adalah kelangsungan daripada pentadbiran terdahulu dan masih lagi dalam kerangka yang sama.

"Walau pun ada disebutkan projek yang berjumlah berbilion-bilion tetapi tidak ada garis panduan dalam pengurusan perjalanan ekonomi negara berjalan dengan telus seperti mana yang diumumkan Ketua Audit Negara berlakunya ketirisan dan kebocoran," tambah beliau. -SK

4 ulasan:

blogenstarz berkata...

Kita tunggu apa komen daripada anak kelantan yang banyak membuka kedai tom yam...
Ini bukan kenyataan dari pemimpin UMNO tapi dari mulut pemimpin PAS sendiri.

blogenstarz berkata...

"Kita ibarat pembentangan hari ini umpama restoran tom yam yang dengan tukang masak yang sama, kedai masih kotor dan dipenuhi dengan tikus dan lipas sahaja dan tidak ada pembaharuan yang konkrit."

Nampak macam menghina restoren tom yam je !

blogenstarz berkata...

"Kita ibarat pembentangan hari ini umpama restoran tom yam yang dengan tukang masak yang sama, kedai masih kotor dan dipenuhi dengan tikus dan lipas sahaja dan tidak ada pembaharuan yang konkrit."

Seperti kita memperlekehkan gerai tom yam je.....

Tanpa Nama berkata...

"Kita ibarat pembentangan hari ini umpama restoran tom yam yang dengan tukang masak yang sama, kedai masih kotor dan dipenuhi dengan tikus dan lipas sahaja dan tidak ada pembaharuan yang konkrit."

Macam menghina gerai Tom yam je !