16 Mei 2010

Tumbangnya Keangkuhan BN Di Sibu. Sarawak Bukan Lagi Simpanan Tetap BN.

Keputusan RASMI:

BN: 18,447
DAP: 18,845
Bebas: 232
Majoriti: 398.


Baru padan dengan muka UMNO BN!

Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ.

Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu.

Difahamkan majoriti pengundi Melayu yng menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN.

Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.

Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah tidak hairan dengan habuan juta-juta Najib, kecuali katak-katak yang melompat tempohari.

Najib boileh tabur wang juta-juta lagi untuk memahat dirinya sebagai PM namun kuasa Tuhan tidak akan mampu dibendung dan dilawan sepertimana tewasnya Qarun dengan hartanya bedepan kuasa Allah.


Tidak rasmi: DAP cipta sejarah kuasai Sibu

SIBU, 16 Mei — DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun lalu.

Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak.

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Undi pos sedang dikira.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sini telah membatalkan pertemuan itu.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira.

Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86 peratus berbanding 67.8 peratus dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, akan dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April. -TMI


Tiada ulasan: