Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.
“Mungkin, sumbangan PERKASA, kerana kebanyakan orang Melayu mengundi untuk BN. Kita tak tahu, Dulu ramai orang Melayu tidak sokong BN. Jika BN tidak menyokong PERKASA, kita tidak akan mendapat undi Melayu.
“Dan jika kita tidak mendapat undi orang Cina, undi itu akan pergi ke Pakatan (Rakyat) lah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk '"Malaysia As A Maritime Nation - Are We There? di Institut Maritime di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir juga mengulangi bahawa isu-isu perkauman tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum.
"Seorang bercakap sesuatu, maka orang lain akan membalas. Jika anda cakap orang itu bersikap perkauman, maka mereka akan kata anda seorang bersikap perkauman," katanya.
Awal minggu ini, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan analisis mengenai sokongan kaum Cina yang berkurangan kepada gabungan itu pada pilihan raya kecil tersebut.
Ditanya sama ada krisis dalaman MCA yang berlarutan sebelum ini merupakan salah satu faktor, Dr Mahathir berkata: "Semua parti komponen BN - MCA, Gerakan, MIC dan Umno, juga mempunyai masalah masing-masing." -mk
Ulasan GB
Pertama, semua orang kenal PERKASA, sebuah badan NGO yang tebal sifat perkauman Melayunya yang dikatakan mesra-BN.
Di dalam perhimpunan mesyuarat agong yang pertama, TDM yang telah merasmikannya.
TDM memang dahaga platform untuk bersuara setelah hampir 8 tahun dia diketepikan sewaktu era Tun Abdullah sebagai PM.
Kini dia bernafas sedikit di era Najib.
Hairannya TDM memang kenal sangat dengan perwatakan Ibrahim Ali, tetapi sengaja memberikan sokongannya kepada PERKASA kerana itu satu cara untuk dia menghentam UMNO yang telah menyisihkannya sekian lama.
UMNO tak lantik TDM apa-apa jawatan dalam parti. Kerajaan pun tak berinya apa-apa jawatan selain dari jawatan Timbalan Menteri kepada anaknya Mukhriz.
Dan kini TDM mengakui bahawa PERKASA lebih vokal menyuarakan hal-hal kemelayuan daripada UMNO. Sekaligus memperakui bahawa kemenangan BN di Hulu Selangor adalah permainan isu perkauman kemelayuan yang membolehkan BN mendapat sokongan dari orang Melayu semula.
And Mahathir, let me quote your own words: Menang tak dapat semua, kalah tak hilang semua.
BN menang di Hulu Selangor, tapi slogan 1 Malaysianya hancur lebur apabila sokongan masyarakat Cina merudum dengan api perkauman yang dimainkan oleh PERKASA semata-mata untuk menarik sokongan kaum Melayu. Justeru BN akan hanya didokongi UMNO secara sendirian selepas ini.
PR kalah, namun tapaknya semakin kukuh didokongi oleh masyarakat berbilang bangsa untuk menjulang parti itu sebagai pengganti BN sebagai pemerintah di negara Malaysia tercinta selepas ini.
What say you TDM?

3 ulasan:
BN menang di kawasan Melayu kerana retorik politik dan juga pemberian peruntukan segera seperti wang pendahuluan pampasan tanah Sg Buaya, pinjaman tanpa faedah perumahan penduduk Felda dan projek 32 juta untuk generasi kedua Felda. Tidak kurang pula dengan serangan peribadi kepada calon PKR dan juga kelemahan gerak kerja Pakatan dikawasan majoriti Melayu.
Pakatan Rakyat mengajak rakyat keluar daripada hemogani perkauman kepada pembangunan yang saksama dan adil. Tentangan PR ialah kepada pemimpin korup, angkuh dan penyalahgunaan kuasa.
Cuma mesej berkenaan khinatnya pimpinan UMNO kepada orang Melayu mungkin tidak sampai kepada masyarakat kampung tradisional dan Felda.
Pembolotan saham orang Melayu oleh pemimpin UMNO dan pecah amanah mereka tidak disingkap sepenuhnya. Isu 52 bilion saham Melayu yang hanya tinggal 2 bilion tidak disingkap. Pengkhianatan bahasa melayu melalui dasar PPSMI dan banyak lagi.
Orang melayu yang tak cerdik saja yg menyokong PERKASA dan mengundi Umno-Bn. PERKASA Presidennya adalah melayu yg tak ada prinsip seperti daun lalang, kaki lompat sana sini untuk kepentingan diri. Dulu menubuh MTRK di Kelantan tapi tak ada sokongan melayu negeri itu, kemudian lenyap begitu saja. Melayu yg cerdik dapat berfikir dan menilai sejauh mana presidennya berfikir sama dgn katak di bawah tempurung. Rakyat Kelantan sudah meluap perangainya yg munafik ini. Jika ada pilihan raya sekiranya beliau menjadi calun, usahkan bangsa cina nak menyokongnya, saya sendiri pasti orang melayu pun menolaknya.
Di antara banyak-banyak adakah Tun Dr Mahathir Mohamad betul-betul melayu.. Kenapa zaman itu Cina & India dapat banyak projek-projek utamanya..Berapa kali Berjaya dapat lesen komunikasi..Kenapa ada satu sahaja company import gula.. kenapa Bernas nak kawal beras.. Kononnya penswastaan konsesi..budak 7 tahun pun boleh buat projek..sebab dapat loan..
Catat Ulasan