29 Mac 2010

Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat.

Ekoran ulasan GB di dalam tulisan sebelum ini mengenai Mursyidul Am PAS yang telah terlucut secara automatik dari jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS ramai yang telah menghubungi GB untuk membuat tindakan sewajarnya bagi mempastikan semua hal dibongkar agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sekalipun Harakahdaily melaporkan bahawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dikatakan dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Langkah itu dianggap langkah terdesak parti kerana "kesilapan teknikal" yang dilakukan oleh pihak tertentu - di dalam konteks ini - Setiausaha Agong - yang begitu pantas melakukan kerja meminda perlembagaan TANPA merujuk kepada Muktamar.

Persoalan kini siapa yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak pertama dan kedua sedangkan peruntukan Perlembagaan PAS sebelum ia dipinda perlu dilakukan oleh Mursyidul Am? Apakah presiden PAS secara automatik akan mempengerusikan Majlis Syura Ulamak mengikut pindaan perlembagaan? Jika demikian apakan Presiden memegang kedua-dua jawatan, Presiden dan mursyidul Am PAS sekaligus?

Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan, fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?

Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh dipermainkan oleh eksekutif parti?

Laporan polis hendaklah dibuat terhadap Mustafa Ali agar beliau disiasat terhadap tindakannya meminda perlembagaan parti tanpa sebarang resolusi khusus muktamar-muktamar sebelum ini.

Tindakan untuk mengaibkan Mursyidul Am PAS yang dilakukan oleh pihak tertentu di dalam parti dibantu oleh para petugas di pejabat PAS Pusat perlu diambil tindakan sewajarnya agar parti tidak mudah dijadikan boneka untuk sesetengah pihak di dalam mencapai matlamat-matlamat tertentu untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Ulasan GB sebelum ini

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asalamua'laikum.

selepas pru12 ni sudah jadi macam ni!
apa sebenarnya yang berlaku ni? setiausaha agung yang dulu dan seorang pj tidak disambungkan jawatannya. jawapan dia ialah tak rak cetong. guana gamak ......

hussin berkata...

"Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan, fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?"

"Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh dipermainkan oleh eksekutif parti?"

tuan presiden, perlukah buat laporan polis terhadap mustafa ali?

tuan presiden, pecat itu mustafa ali!!!

Tanpa Nama berkata...

mustafa ali memang UG, patut disingkirkan dari pas

Tanpa Nama berkata...

kita cabar mustafa ali dan pas terengganu tawan terengganu...

Tanpa Nama berkata...

tak perlu siasat, singkir saja puak UG dalam Pas, pas tidak ketandusan pemimpin dan pelapis

Tanpa Nama berkata...

Kalau beginilah perangai Mustafa Ali jangan harap dapat tawan Terengganu semula dan yang lebih parah parti PAS tidak dihormati orang ramai/penyokong.

Tanpa Nama berkata...

Salam...

apakah golongan pro UG dlm PAS gilakan kuasa? adakah mereka dan umno telah merancang dimana jika mereka menang PRU13...maka Kedah,kelantan,Penang,Perlis akan diserahkan kepada PAS,negeri selain itu umno akan mentadbir dan menteri kabinet akan di"rolling" antara umno dan PAS...cth : menteri -umno, timb menteri -pas,begitulah sebaliknya...sekiranya ini agenda puak UG...saya khuatir PAS akan berpecah....

Tanpa Nama berkata...

Salam.....

Mustapha Ali ni dari 1970an sampai ni..samalah...perangainya...licik-licik, apa nak buat ada orang yang masih caya...yang tak de nya skrang ni tarian gelek je...lain-lain...tanyalah dia sendiri...malang-malang PAS....

oranggila berkata...

Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan tersebut dalam blog masing-masing.

Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

hoi orggila

blogger tak salah

Mustafa Ali sendiri mengakui ada kesilapan teknikal, mengapa kamu orggila berlebih2an mengampu gila babi kepada UG?

Tanpa Nama berkata...

kalau rumah sendiri tak kukuh, bagaimana nak teguhkan rumah orang lain, teguran lebih membina kerana pas tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa dan ikhlas