15 Mac 2010

Mustafa Ali Dakwa Setiausaha Agong Ada Kuasa Seperti Peguam Negara - Abd Rahman Talib

Penulis blog PAS Abdul Rahman Talib dipanggil memberikan penjelasan berhubung aduan salah laku terhadap tiga pemimpin kanan parti itu yang dilaporkannya sebelum ini.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi tampil di pejabat agung PAS di ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau sebelum ini membuat laporan laporan salah laku itu terhadap timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Bercakap kepada media hari ini, Abdul Rahman berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses merakam kenyataan yang dijalankan oleh setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Setakat ini saya tengok semuanya ikut prosedur, tak ada sebab untuk saya tidak puas hati. Saya beri justifikasi kepada aduan saya dan (Mustafa) ambil nota dan beri komen beliau.

"(Mustafa) beri jaminan untuk putuskan sama ada aduan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat, sama ada akan diambil tindakan atau tidak," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan sama ada aduan itu mempunyai merit untuk diketengahkan sebagai kes, hanya boleh diputuskan oleh Mustafa Ali.

"(Mustafa) beritahu, ini berdasarkan pindaan baru dalam perlembagaan parti tahun 2008. Jadi setiausaha agung bertindak seperti peguam negara dan dia berhak buat keputusan.

"Saya sedang cuba dapatkan apa kandungan pindaan ini dan akan dapatkan pandangan peguam," katanya lagi.

Tambahnya, beliau membuat aduan tersebut bukan atas dasar peribadi tetapi untuk menyelamatkan PAS.

Beliau dalam pada itu, juga menuntut supaya ketiga-tiga orang yang dinamakan dalam aduannya itu meminta maaf secara terbuka kepada ahli parti kerana didakwanya telah memburuk-burukkan parti dengan tindakan 'tikam belakang' mereka.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, katanya, beliau bimbang akan ada kesan lebih buruk kepada parti dan juga Pakatan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah seorang naib presidennya Salahuddin Ayub. -malaysiakini

Ulasan GB

Adakah muktamar 2008 mengusul pindaan baru dalam perlembagaan parti tahun 2008 yang memberikan kuasa kepada Setiausaha Agung bertindak seperti peguam negara dan dia berhak buat keputusan?

Setahu GB tidak ada, tetapi jika ada maka ia tersalah tafsir atau peserta muktamar tersalah cadang. Mana mungkin di dalam sebuah parti Islam memberikan kuasa hanya kepada tangan "seorang AJK" iaiatu setiausaha agung untuk menentukan kewujudan merit sesuatu aduan.

Apabila kuasa diberikan kepada "seseorang", itulah apa yang berlaku dinegara kita. Kuasa pendakwaan atau tidak terletak kepada Peguam Negara dan itu mendedahkan kepada penyalahgunaaan kuasa. PAS kini nak ikut stail macam itu?

Hal ini perlu dibongkar ke akar umbi. Siapa pencadang, siapa penyokong dan bilakah usul itu dibentangkan. Apa kandungan pembentangannya dan siapa yang berani untuk mengubah perlembagaan sedemikian agresif tanpa disedari oleh banyak pihak di dalam parti.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mustafa Ali guna satil zaman penjajah untuk ambil keterangan. Dia bertanya kemudian akan tulis semua yang dicakapkan oleh "yang ditanya".

Zaman sekarang zaman merdeka ler Mustafa. Sudah ada rakaman digital. Takder hakim di mahkamah buat catatan lagi sepertimana yg kamu lakukan.

Apa ler mentaliti primitif....

Tanpa Nama berkata...

Ko ingat pindaan perlembagaan ni macam usul angkat tangan kat mesyuarat ragbi ke?

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat tidak ada usul sedmeikian rupa. ia hanya rekaan semata-mata oleh Setiausaha Agung.

Dan perlembagaan itu diubah mengikut selra Mustafa Ali.

Perlembagaan PAS Pindaan 2008 pun belum diedarkan. Tapi dah digunakan. Siapa tahu isi kandungannya kalau bukan orang yang menadai-mandai mengubahnya iaitu Mustafa Ali?

Tanpa Nama berkata...

pelik bin ajaib. begitu besar kuasa yang di pegang oleh orang persendirian boleh mengakibatkan salah guna kuasa atau setidak tidaknya akan ada unsur 'bias' dalam mengendalikan sesatu kes/isu. bagaimana sekiranya sesatu aduan itu 'tersangkut' atau 'sengaja disangkutkan'? Kenapa tiada kepimpinan lain terlibat dalam menentukan merit sesuatu aduan?

apa yang berlaku dalam organisasi ini sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Seronok hang GB noo. bila ada geng sepakat kutuk org yang hang tak suka...mangkuk hayun juga hampa tuuu..nak bagi hang baca saja ni..hang pun siar la..kutukan macam tu..