14 Mac 2010

Formula 1 Bermula Hari Ini, Rakyat Malaysia Nak Sokong Yang Mana?

Litar Formula1 Bahrain menyaksikan permulaan persaingan sengit di mana nama Malaysia di bawa oleh dua jenama kereta, Mercedes GP yang ditaja oleh Petronas dan Lotus, pengeluar kereta di Britain itu kini telah menjadi hak milik Proton yang dikenali sebagai 1Malaysia F1 Team (1MF1T).

GB pernah mengulas sebelum ini bahawa tiada lansung rasa tanggungjawab sosial oleh Petronas. Yang menjadi perkiraan ialah laba yang diperolehi apabila menaja Mercedes GP yang lebih terkenal dari menaja Lotus.

Ramai yang merasa pelik terhadap Petronas sebab sanggup menaja pasukan asing, Mercedez GP (musim lalu dikenali Brown GP) selama 5 tahun dalam perlumbaan Formula One sedangkan Malaysia sudah ada pasukan F1 sendiri, 1MF1T dan Petronas tidak pula menajanya

Semalam di dalam sessi kelayakan Grand Prix Bahrain, maka tidak hairanlah apabila prestasi pasukan Lotus 1Malaysia tidak memberansangkan. Daripada 24 pelumba yang bersaing, pelumba pasukan Lotus, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen menghuni tempat agak penghujung iaitu masing-masing di tempat ke-20 dan ke-21.

Sementara pemandu Mercedes GP yang membawa iklan Petronas pula, Nico Rosberg sekadar meraih petak kelima, seorang lain pemandu Mercedes GP iaitu bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher sekadar berpuas hati menamatkan sesi kelayakan rasmi itu di petak ketujuh.

Dan tamparan hebat mengena muka Petronas yang sebelum ini menyatakan nama pasukan yang ditaja nanti akan bernama Mercedes GP Petronas tertipu di peringkat awal lagi, apa yang berlaku ialah nama Petronas tidak disebut pun, yang wujud ialah Mercedes.Benz GP Ltd.

"Saya tidak takut pada kegagalan, mungkin pasukan ini akan gagal pada penampilan pertama tetapi saya tidak takut pada kekalahan," kata ketua pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes.

Tony yang berjaya mengangkat imej AirAsia menjadi antara syarikat penerbangan paling berjaya di dunia, yakin dengan kemampuannya dalam pasukan yang akan dibantu dengan pengalaman Pengarah Teknikal, Mike Gascoyne yang pernah bersama McLaren, Sauber, Renault dan Toyota.

Tony di dalam satu kenyataannya sebelum ini pernah menyindir Petronas, "Mengapa kita perlu sangsi dan enggan menyokong pasukan yang lahir daripada titik peluh anak Malaysia sendiri. Saya tidak takut kepada kegagalan, cuma apa yang saya bimbang ialah kita sendiri yang menggagalkan impian kita sendiri."

Semalam pemandu Jerman, Sebastian Vettel merampas petak hadapan pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan rasmi semalam.

Vettel yang menggalas cabaran pasukan Red Bull melakukan catatan masa 1 minit 54.101 saat untuk meninggalkan dua pemandu Ferrari, Felipe Massa serta Fernando Alonso selepas masing-masing meraih petak kedua dan ketiga.

Juara dunia 2008, Lewis Hamilon yang mewakili pasukan McLaren bakal memulakan perlumbaan di petak keempat.



8 ulasan:

rakuban berkata...

race kete ni tmpt buat iklan.iklan yg bkesan adlh pasukn yg naik podium..

Tanpa Nama berkata...

petronas orang meniaga lah... kenapa nak habiskan duit taja team yang infrerior?? harus lah taja team yang buleh naikkan nama petronas...

bagus la petronas tak bazirkan duit taja team yang tak ke mana... bukan pasal patriotik ke tidak... ni business strategy...

kalau asek nak ikut patriotik... naya lah....

Tanpa Nama berkata...

smlm kawe tgk mercedes GP tak superior pon..

Schumacher tempat ke 7.

Kalau petronas taja lotus mungkin lotus dah lebih baik kedudukan dari semalam.

memang petronas jenis tak sedar diri. cuma tahu balun royalti kemudian curah kat team org luar.

konon business strategy, tapi x ada semangat menaja pasukan negara sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan... di atas nama business strategy agaknya sebab kera-kera boleh menjamin masa depan.

Tanpa Nama berkata...

org business bukan peduli halal-haram, berkat atau mudharat dan hal-hal yang x bersifat fulus.

kalaulah hanya semata-mata di atas dasar keuntungan, Allah tak suruh kita bayar zakat, tak suruh tolong anak yatim, tak suruh kita berpuasa di bulan ramadhan.. sebab itu semua tak ada untung dari segi "zahirnya".

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia sokong pakatan rakyat perintah malaysia

Ralph berkata...

kalo ada 2 Nama Malaysia dekat dalam F1 tue dah 1 kebanggaan rakyat Malaysia...

hal camnie pun korang wat topik juga...

Tanpa Nama berkata...

tetap sokong Ferrari..