28 Feb 2010

Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Jawatankuasa Haram

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan atuk Husam Musa menyifatkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai jawatankuasa haram dan kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menyertainya.

“Kita tidak terima. Jawatankuasa itu adalah jawatankuasa haram,” tegas Husam.

Esok satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Datuk Husam.

“Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.

Kerajaan Kelantan bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri itu tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan Pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ihsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.

Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

Husam berkata kedua-dua tokoh itu dijemput untuk memberikan taklimat kerana mereka merupakan antara tokoh terlibat dalam perjanjian Akta Petroleum 1975.

3 ulasan:

pemerhati berkata...

Apakah Ahli Undangan Negeri Kelantan sudah berfikir dan berbincang secara menyeluruh tentang keputusan dan kesan baik dan buruknya jika membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah UMNO..?

Pekara yang amat membimbangkan apabila dihujung perbicaraan nanti hakim mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak berhak mendapat sesen pun royalti minyak seperti mana yang dihebohkan selama ini.

Kalau itu terjadi... Nak mengadu pada siapa pulak..?

Seperti apa yang boleh kita jangkakan apabila pembangkang melawan kerajaan Barisan Nasional dalam mahkamah...ia tetap akan berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional walau pun pada anggapan kita mahkamah akan berlaku adil dalam perbicaraan itu.

Banyak contoh memperlihatkan hakim bertindak berat sebelah... Salah satunya... Lihatlah apa yang berlaku dalam Negeri Perak, seperti tak percaya pekara mustahil jadi satu kebenaran bahawa Zambry boleh jadi Menteri Besar hanya melalui hakim dalam mahkamah...?

Namun kita percaya Pengerusi JawatanKuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan Datuk Husam Musa faham dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan akan berlaku dalam mahkamah nanti.

Semuga seluruh rakyat Kelantan memberi sokongan padu pada Datuk Husam Musa dalam setiap tindakannya untuk mendapatkan hak royalti minyak.

Doa dan usaha pasti ada petunjuknya...

Martoiriat berkata...

Kapada Pemerhati..
Saya sokong pandangan anda. Diakhir pembicaraan nanti, hakim2 tidak memihak kpd Kerajaan Kelantan dan satu sen pun tak dapat. Memang itulah yg akan terjadi disebabkan mahkamah tidak betul2 telus dan double standard.
Saya sendiri tidak yakin pada Mahkamah boneka. Ini memang hakikatnya. Kes2 ini pulak akan ditangguh2kan.
Begitulah jugak diPerak. Mahkamah yg menentukan siapa yg layak menjadi Menteri Besar. Kemungkinan itu lah jugak yg akan terjadi dgn isu tuntutan royalti jika dibawa kemahkamah. Tapi diharap2kan ianya tidak berlaku sdemikian.
Walau macamana pun, YB Dato Husam lebih arif dlm isu ini dan buatlah apa saja jalan terbaik untuk kepentingan rakyat kelantan. Saya tetap menyokongnya..

Tanpa Nama berkata...

Dah lama UMNO parti makan wang haram dan edar wang haram, perasuah