11 Feb 2010

Apabila Muhyiddin Sendiri Dedahkan Sifat Hipokritnya

Pakatan pembangkang tidak sepatutnya mengenakan sebarang syarat untuk membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak melaksanakan pembangunan di negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak perlu kerana ia akan menyulitkan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

Malahan, katanya, amalan mengenakan syarat itu juga adalah tidak ikhlas dan tidak baik.

"Usahlah kenakan apa-apa syarat. Bekerjasamalah sebagai petanda keikhlasan membantu memajukan negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama dengan petugas kumpulan Felda di Dewan Felda di sini hari ini, Bernama dipetik.

Tetapi Muhyiddin mungkin terlupa yang ini:

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno sewaktu kempen pilihanraya kecil awal tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

“Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau pembangkang diminta supaya tidak bersyarat. Tapi BN boleh bersyarat pula. Huh... ni macam undang-undang yang dibuat oleh Sadeq Sigaraga. Hanya Abdul Wahab dan Abdul WAhib saja yang akur dengan undang-undang itu. Tapi Abdul Wahub buat undang-undang dia. Akhirnya Sadeq Sigaraga dan Kasim Pantalon juga yang kena. Ciss!!

hatisuci berkata...

Hakikatnya BN sudah tidak mampu nak menerajui dan membangunkan Perak sebab tiada sokongan majoriti dari rakyat, memang lazim sesuatu pentadbiran sukar utk bergerak kalau tiada sokongan asas atau dasar, maka BN sangat berharap PR yang punya majoriti sokongan rakyat utk memudahkan kerja mereka, lebih2 lagi mereka berharap pertolongan percuma dari PR agar mudah lagi kerja mereka untuk menawan hati rakyat Perak, akhirnya BN dapat nama dan pastinya PR diburukkan.

Baik tak payah tolong anjing yang tersepit, nanti di gigitnya kita semula.

PORTMAN berkata...

Tentera perlu memerintah Perak utk tenangkan rakyat/ahli politik yang makin meroyan. Rakyat Perak perlu berehat buat seketika (tempoh bertenang/muhasabah diri). Tunggu hingga PRU 13 untuk undi semula. Sekarang ni pi keje! Tak habis-habis nak gaduh!
Kan bagus Inggeris memerintah...tak gaduh antara Melayu?