13 Feb 2010

Apa Punya Pemimpin, Tender Tak Lulus Menjadi Sebab Untuk Tuduh KM Pulau Pinang Diktator Dan Keluar Parti

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Pada Jumaat, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

-- BERNAMA


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya berpolitik sudah lama, tetapi pada hari ini saya lihat hampir semua pemimpin apabila telah menang dalam pilihanraya, maka jadi lah Adun atau Ahli parliment. Yang Saya harian pada masakini demokarasi apa kah yang Malaysia kita sedang amalkan. saya dan kawan2 saya yang memilih tetapi senang2 aja dia keluar dari parti.dan masuk parti lain. bukan kah ini gila babi..... Bangsat, daj... anak ha. kalau berani jangan keluar parti. duduk dalam pari sampai pilihanraya akan datang, bukan lompat parti, Hi... kami yang pilih kau bukan kau yang pilih kami
jadi tanya lah kami kawasan kamu bertanding dulu sebelum buat keputusan . kamja..

orangkasai berkata...

inilah penyakit apabila duit berada diantara dua kelopak mata. hidupnya semata-mata untuk mengejar duit. walhal elaun sebagai MP itu sudah lebih dari cukup. takpa lah pi lah isi borang tender di sana pula

Martoiriat berkata...

Apakah matlamat utama Datuk Zahrain masuk politik? Adakah kerana wang, tender dan projek. Begitulah setengah bekas ahli UMNO yg melompat parti keluar parti utk kepentingan mereka sendiri. Kalau tak dapat projek, buat statement nak keluar PR.. alasannya PR tidak adil dan tidak menolong rakyat, diktatorlah, cauvenist lah dan macam2 lagi tuduhan Zahrain tapi rupa2nya projek yg dipohonnya ditolak oleh ketua menteri..
Begitulah perangai wakil2 rakyat yg tidak amanah kpd rakyat yang memilehnya.. kesimpulannya jahat dan pengkhianat kpd rakyat. Pemimpin2 yg seperti beliau lebeh baik berambus dari PKR.
Nasihat aku jika hendakkan projek,harta dan wang, lebeh baik masuk UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Memang itulah yang dikejar oleh Adun UMNO. Prof Zainal Abidin Borhan pernah kata lebih kurang demikian sedikit masa dulu. Orang-orang UMNO kurang senang dengan telahan beliau itu. Sekarang hal itu nampak jelas!! Nak sembunyi buat apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha...Pemimpin politik sekarang.....Gila kuasa untuk duit.
Bukannya nak tolong rakyat, cuma nak penuh perut buncit diri dan anak-bini saja.
Nampak sangat - terang lagi bersuluh.
Lagipun PKR - bekas ahli parti UMNO!
Sama saja kedua2nya - hipokrit!