29 Jan 2010

Tindakan Bebal & Zalim Jawatankuasa Disiplin PAS

Jawatankuasa disiplin PAS menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatan partinya selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli EXCO kerajaan Negeri Datuk Hassan Ali pula diberi amaran bertulis.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.

Khalid digantung daripada menjadi Yang diPertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Dr Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.


Ulasan GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini bukan sahaja keputusan itu boleh dicabar, malah kesahihan keseluruhan Jaawatankuasa Disiplin itu boleh dicabar.

Pembentukan Jawatankuasa Disiplin tidak mengikut kehendak Perlembagaan Parti.

Juga, Jawatankuasa yang dibentuk juga lansung tidak menunjukkan integriti apabila Ketua Jawatankuasa Disiplinnya sentiasa menunjukkan siap bias di dalam kenyataan-kenyataannya.

Kesan kesalahan Khalid adalah di dalam lingkungan parti kerana mendedahkan minit mesyuarat parti sedangkan kesan keslaahan Hassan Ali lebih besar, ia menyentuh rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerana mengkritik SELCAT.

Tetapi J/K Perwakilan yang bias menyebabkan keputusan menjadi apa yang ada pada hari ini.

Saya yakin keputusan J/K Disiplin itu ditentang oleh majoriti ahli PAS seluruh negara, bukan sekadar di Shah Alam.

Kita juga mencabar ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin membuktikan bahawa perlantikan mereka di Jawatankuasa Disiplin parti adalah sah. Kita juga ingin tahu Perlembagaan PAS mana yang mereka gunakan, atau sekadar menggunakan "deraf" Perlembagaan yang belum diluluskan oleh Muktamar dan ROS?

PAS boleh diheret ke Mahkamah lantarannya.

31 ulasan:

Jebon berkata...

Keputusan yang telah dijangkan. Diharap YB Khalid bersabar dan tidak mudah melatah.

Bila PAS kalah besar macam tahun 2004 nanti, baru dia orang tahu langit tu tinggi ke rendah. Masing-masing mempertahankan ego mereka sementara ada kuasa.

Pemimpin PAS sekarang tidak boleh mengata pemimpin UMNO kerana mereka yang berkuasa dalam PAS hampir atau dah sama dengan UMNO.

Tak tau nak kata firaun kecil atau pun bapak firaun. Terpulang kepada rakyat nanti.

Tanpa Nama berkata...

PAS diterajui oleh kumpulan UG yang mengikut rentak UMNO.

1) Abdul Hadi Awang - Presiden
2) Nasaruddin Mat Isa - Timbalan Presiden
3) Mustapha Ali -Setiausaha Agong
4) Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua J/K Disiplin
5) Idris Ahmad - Ketua Penerangan

Mustapha Ali kini giat melakukan pindaan Perlembagaan untuk menurunkan kuasa "Majlis Syura Ulamak" dan digantikan dngan Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan tertinggi parti.

Jawatankuasa Disiplin dipilih dari kalangan puak UG diketuai oleh Tn Ibrahim yang dipilihoelh Presiden parti. Kemudian Wan Mutalib Embong - (pemimpin PAS Terengganu - ditelunjuk oleh Mustapha Ali dan Ust Abd Baqi (bekas PJ Pahang - ditelunjuk oleh Tn Ibrahim sendiri)

Tiada ada sistem dan kaedah yang betul di dalam perlantikan itu dan kesannya maka berlakukan kepincangan dan ketidak-adilan.

Unknown berkata...

memang keputusan yang bodoh

PAS4ALL berkata...

Kena buat petisyen ni atau berarak di pejabat agong pas dengan kadar segera. turunkan malaun2 UG dari parti.

zu mdnor berkata...

keputusan yang sudah dijangka .kalau diperhatikan kredibiliti dan ketokohan pimpinan pas pusat..hampeh.
di kelantan selepas TGNA,kita ada Husam yang bijak dan mengambil pendekatan politik melampaui otak bodoh pas pusat n.
di perak kia ada DS Nizar yang jauh cerdik dan kharimastik.
di pusat ni cuba kumpulkan geng mereka dan letakan dalam stadium..tengok berapa ekor anak dan bapak kambing datang dengar ceramah politik bodoh ni.
sindrom bodoh dan bisu ,gagal menangani masalah persepsi..bila nak diadakan AGM ni.
Isu ryalti minyak..cuba tengok pendekatan dan tahap pemikiran PAS KELANTAN yang dipimpin TGNA dengan terengganu kta bodoh belaka tu.
memang puak ni tak reti bergaul dengan orang.aku dah bengong sebab adanya pemimpin bengong.

Monkey Code berkata...

Ha ha ha...itu le hakikat orang Melayu....semuanya mengaku islam dan beriman, tapi bila di uji....(sekali lagi HA HA HA)...'habok pun tak rak'....dari Sultan, PM, AG, IGP, Hakim, Mufti, Ulama, VC, Professor, UMNO, PAS, PKR.... Name it apa saja, CONFIRM...memang semuanya baka bangsa "HIPPOCRATES".
Nama berbin kan islam, pakaian berserban macam islam, mengaji dan menghafal al'quran macam islam, sembahyang macam islam, puasa macam islam. haji umrah macam islam, bezikir macam islam, berceramah dan berdawah bercakap pasal islam, sambut raya melebihi islam....TAPI BERTIDAK MACAM "MUNAFIQIN" YANG BENCI KAN ISLAM....APA BEZA NYA PAS DENGAN UMNO?
Dah tak kuasa lagi aku nak layan kaum pengecut ni .............PUT STOP

Corong Kita berkata...

jangan cepat melatah.. ulama yg buat keputusan tu....

masa dia buat keptusan dia pakai kopiah...bukan mcam lembaga disiplin umno...ali rustam kena, kj terlepas.... umno zalim pas maksum....

http://corongkita.blogspot.com/2010/01/kembar-tak-seiras-tuan-ibrahim-tuan-man_29.html

Tanpa Nama berkata...

Ulamak buat keputusan atau ular dalam semak?

Bila ulamak buat keputusan tidak adil, lagi besar hukuman dan bala yang akan ditimpakan ke atas umat.

Tanpa Nama berkata...

Hancuurrrrr...

Tanpa Nama berkata...

PRU akan datang rasanya orang bukan islam di selangor dah tak mengundi PAS melainkan khalid. habis lah PAS. bodoh sangat. betul betul kadok naik junjung punya perangai pemimpin PAS ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya dengan rasa sedih dan kesal pada hari ini mengistiharkan diri: saya keluar dari PAS.

- Seorang Ahli PAS Shah Alam -

Tanpa Nama berkata...

hahaha,lucu-lulcu,ramai tak puas hati nampak! korang nak keputusan yg mcmana??? baguslah,serlahkan sikap anda,tonjolkan diri anda yg sebenar,silalah buat demontrasi...GB,saham kamu amat besar,teruskan kerja anda...

Tanpa Nama berkata...

singkir kumpulan UG dari PAS, termasuk presiden

Tanpa Nama berkata...

PAS nak jadi macam UMNO, orang baik disingkir, orang jahat dibela

Tanpa Nama berkata...

pimpinan pas dikuasai UG, ulamak dah jadi ulamak UMNO

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas kecuali TGNA tidak boleh ditegur dan menerima teguran

Tanpa Nama berkata...

pengaruh barua UMNO dikalangan pimpinan Pas sangat kuat

mohd berkata...

kalau di ikut perasaan marah aku memang nak letak jawatan aku dalam parti peringkat caw,mtd dan kaw dan jadi ahli biasa,selama ni kami yg berkerja bertungkus lumus untuk pas di kawasan aku di selangor ini terasa tertipu dengan mainan kotor PJ selangor ini,janji dan motovasi doia kosong sejan 98 lagi.

amat malang lagi pimpinan kaw termasuk YB pas tempat aku dengan senang di pengaruhi hassan dengan bagi jawatan lantikan.

ceh hampeh

aku buntu nak buat apa
mungkin memerlukan beberapa hari untuk tenang.

Ali Zaidan berkata...

Beb, aku balik2 dah nampak benda ni. Ikhlas cakap, aku takde la terkejut, sebab aku predict dua-dua kena hukum gantung. Tapi aku dah agak dah masa baca berita ni, konfem ada blog2 bodoh akan mengamuk. Al-maklum la bhai, bila keputusan tak kena dgn hati depa, hah mula la mengarut benda bodoh. Tak adil la, apa la. Tak memasal nama Us Nasha pun naik sekali. Kenkonon, Hasan tak kena hukum sebab Us Nasha ada masa tu. Laa.. apa ke bodoh sangat la.

So kepada adik-adik aku yg baru nak kenal dunia politik, meh abang bagitau apa kes depa berdua ni dibicarakan.

1. Khalid dibicarakan kerana mendedah hal mesyuarat PAS negeri. Jadi dalam soal ini, dia dibicara dalam soal amanah kepada kerahsiaan parti. Nak bagitau, tak kirala kecik dan remeh mana pun sesuatu hal tu (dlm mesyuarat), tapi bila ia adalah rahsia, kesalahan mendedahkannya tetap jadik besar.

Amanah bhai... amanah! Kalau tak sanggup pikul amanah, toksah duduk dalam mesyuarat. Pi main jejauh la..

2. Hasan ni dibicarakan dlm kes selcat. Kes selcat ni lebih kpd kerajaan negeri punya masalah. Jadi, terulang pd TSKI nak pecat dia or tak. Dan teguran Hasan Ali ni tak proper. Tapi semua orang yang pakai otak dan hati tak busuk tau kritikan Hasan tu betul. Kalau tak betul, takkan TSKI pun setuju nak perbaiki Selcat!!

Yang korang merepek pasal kes baiah itu, ia bukan rahsia pun. Dan orang dah tau sebelum dia bagitau lagi. Cuma jadi heboh bila orang UMNo popularkan isu baiah tu.

Kalau TSKI pecat Hasan ni pun, aku tarak hal punya. Kuasa dia la. Tapi ingat sikit TSKI, kau kena ganti dengan orang PAS jugak. Kang tak memasal ada orang PAS tak puas hati pulak. Aku cadangkan nama YB Dr Shafei or YB Saari Sungib. Dua-dua ni sesuai la pegang peranan EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

So, sila paham isu sikit sblm nak bantai.

Okeh, babai.. Nak bantai aku..sila!

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali yang pertama membocorkan rahsia parti mengenai Bai'ah apasal ditutupkan mata wahai Ali Zaidan?

Sudah jelas ada video mengenainya.

Ini menunjukkan J/K Disiplin parti serupa macam UMNO dan serupa macam insitusi kehakiman di negara ini.

Melepaskan kroni.

mohd berkata...

wahai ali zaidan

tak payah panggil aku adik sebab pakcik ni dah umur 56 dan ahli pas sejak 1986.

dan juga tak perlu bantai u sebab lepas baca tulisan kita dah tau jenis ahli pas macamna u ni.

sb dehlawi berkata...

Wahai ali zaidan? kenapa org2 pas berkhalwat dengan UMno tidak dihukum? yang ajak bloger umno dedah rahsia parti kenapa tidak dihadap ke jawatan kuasa disiplin?
satu lagi ko perlu jawap mengapa muktamar di shah alam baru ni antara penajanya ialah syarikat berkaitan dgn kerajan pusat seperti didedahkan khalid?

Tanpa Nama berkata...

keputusan majlis disiplin pas ini SAMALAH dengan keputusan hakim heks agustin paul yg menjatuhkan hukuman salah kepada anwar bila SELURUH DUNIA tahu anwar dianinyaya, cuma kali ni Khalid samad pulak yang jadi mangsa!!!

tujuan mersyuarat khas yg nik aziz anjurkan adalah untuk menghukum Hasan ali, mustafa & nasarudin - the 3 stooges of UG movement in PAS. tup…tup.. khalid samad pulak yang kena hukum!!! GILA APA????!!!!

tahap bangang gila babi!!!!!

macammana pas nak menegakkan keadilan di malaysia ini bila diapun tidak boleh berlaku adil kpd ahlinya sendiri????

Ayuh, kita mesti LANGGAR PUAK UG DARI PAS SEGERA!!!

CALL FOR EGM NOW!!!!!

Ali Zaidan berkata...

Sebab tu korang ni, sebelum bantai kena faham isu. Apa kes depa berdua ni kena bicara. Hujah korang tu aku dah explain dah dlm komen aku. Baca dengan hati yg takdak prasangka.

Eh, macam la kau tahu umur aku berapa. hah hah..

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu EGM singkir puak UG dari PAS termasuk presiden

Tanpa Nama berkata...

bila JK Disipilin umum tangguh dah nampak macam perangai UMNO

Monkey Code berkata...

Saya rasa lepas ni turn orang2 Melayu pula yang akan di belasah Allah...sama macam Padang, Acheh ataupun Haiti akibat kezaliman kaum itu sendiri.

Malaysia (melayu) ni dah cukup syarat2 dan kelayakan untuk di hukum oleh NYA. So, tungguuuu le kau orang melayu yang gemar berlakun dan olok2 dengan Allah.....hari yang pasti akan datang...selagi tidak berubah dan bertaubat!!!

Ali Zaidan....mayat kau akan di baham anjing macam di Acheh, Padang atau Haiti....tak sempat di kafan dan dimasukkan ke liang lahat.

Ali Zaidan berkata...

Monkey Code, aku doakan mayat kau dikuburkan dengan baik, kau diberi hidayah, matimu sebagai orang yg beriman dan roh kau ditempatkan di kalangan orang soleh.

Amiin.

sb dehlawi berkata...

Lawak la lu ni ali zaidan. tak la lu tak boleh faham maksud khalid menulis sperti mana ko tuduh khalid bocor rahsia parti itu. fahaman politik apa ko bawa...khalid buatlah pertimbangan adil. Khalid hanya menegur kesilapan anak hassan. takkan itu pun dikatakan bocorkan rahsia parti.

Ali Zaidan berkata...

SB dehlawi, kau tau tak mereka berdua ni dibicarakan atas kes apa? Tolong bagitau sat..

sb dehlawi berkata...

Ali Zaidan, aku bukan GB. aku sb dehlawi. sebelum demo tanyo kawe, demo jawab dulu soale:

mengapo anak ali jumpo dengan blogger umno? bukankah umno itu musuh pas? atas dasar apa dia bertemu? arahan presiden ke?

Mengapo muktamar pas baru2 ini ada syarikat kroni UBN jadi penaja? siapa yang menaja bilik penginapan setengah pemimpin pas? aku sendiri yang pergi di muktamar itu. Sah ada penaja dari syarikat terbabit.

mengapa tidok dihukum org pas berkhalwat dengan umno?

Mengapa hassan ali tidak jemput syaari sungip untuk metting selcat.? sedangkan syaari aadalah ajk selcat yg ditubuhkan kerjaan negeri.

Kalau khalid samad dedahkan rahsia parti (konon) dalam blog boleh dihukum gantung 6 bulan, mengapa anak ali yg dok kritik selcat dalam akhbar yang semakin terhakis arus perdananya tidak dihukum?