23 Jan 2010

Tidak Berdisiplinnya Jawatankuasa Disiplin

Seluruh ahli PAS Malaysia diperbodohkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang diketuai oleh DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini Jawatankuasa Disiplin beriya-iya menyatakan bahawa keputusan terhadap siasatan ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad akan dirumuskan dan diketahui pada 22 Jan 2009. Itu pun setelah berbulan lamanya kes itu disiasat.

Tiba-tiba apabila tiba waktunya, iaitu pada hari semalam, Jawatankuasa Disiplin menyatakankan kedudukan dua pemimpin kanan PAS itu akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka.

"Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu."

Demikian petikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa DIsiplin PAS Pusat semalam.

Persoalannya jika Jawatankuasa Disiplin PAS menyatakan tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu, mengapa tidak dihantar notis kepada mereka terlebih awal supaya hadir supaya keputusan itu dapat diumum segera setelah sekian lama kes itu disiasat?

Mereka hanya dihubungi sejurus keputusan dibuat. Pihak istana pun menghantar surat kepada Khalid beberapa hari sebelum dipanggiil mengadap baginda.

"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.

Hari ini baru nak hantar notis. Ketara sangat tidak bersiplinnya Jaawatankuasa Disiplin.


Keputusan kes Hasan, Khalid minggu depan

TEMERLOH, 14 Jan: Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan membuat keputusan kes membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada minggu hadapan.

Katanya, Lembaga Disiplin sudah selesai mendengar keterangan daripada kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bagaimanapun boleh merayu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut kesal kerana ada media serta penulis blog membuat pelbagai spekulasi kononnya Lembaga Disiplin telah menjatuhkan hukuman terhadap orang kena tuduh.

“Lembaga belum buat keputusan, bagaimana media sudah keluarkan keputusan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, petang semalam.

Hasan dan Khalid telah dipanggil oleh Jawatan Disiplin parti ekoran aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak tanduk yang merugikan Pakatan Rakyat.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS yang memperuntukkan hukuman sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian. -Harakahdaily



Kedudukan Hassan dan Khalid ditentukan 29 Januari

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya jam 3.30 petang tadi berkata, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti yang mereka terima.

"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.

Duduk bersama beliau adalah Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Ustaz Mohd Baqi Othman, dua lagi anggota jawatankuasa itu.

Mereka telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sejak jam 10 pagi tadi dan bersambung selepas solat Jumaat.

Ketika ditanya,Tuan Ibrahim berkata, kedua-duanya mempunyai kes prima facie sebab itulah kedua-duanya dipanggil membela diri sebelum ini.

Wan Muttalib pula berkata, tidak timbul soal kesalahan kedua-duanya serius atau tidak tetapi untuk keadilan, keputusan itu hendaklah diumumkan di depan mereka berdua.

Hassan dan Khalid telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran beberapa kenyataan mereka yang yang dilihat menyusahkan dan menjejaskan nama baik PAS.

Berikut ialah kenyataan akhbar Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.

Lanjutan kepada arahan jawatankuasa PAS Pusat, yang menerima aduan perbuatan salah laku (tatatertib) ke atas dua orang ahli PAS iaitu:

1. YB Khalid Abdul Samad

2. YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali

Jawatankuasa Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli tersebut.

Kedua-dua mereka telah membuat jawapan secara bertulis, dan Jawatankuasa Disiplin telah menilai jawapan kedua-dua ahli tersebut dan mendapati ada kes prima-facie dan memberi peluang kepada kedua-duanya untuk pendengaran.

Pendengaran telah diadakan seperti berikut:

1.YB Khalid Abdul Samad pada 7 Januari 2010, beliau membawa seorang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam. Pendengaran diadakan secara tertutup di atas pilihan beliau.

2.YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali pada 9 Januari 2010, dan beliau membawa dua orang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam.

Setelah mengambil kedua-dua keterangan yang dihadapkan, jawatankuasa telah menangguhkan pendengaran bagi membolehkan penelitian ke atas fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang diterima.

Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu.

Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak.
Sekian.
-harakahdaily



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pun dah meluat tengok cara j/k disiplin ni wat kerja.

kes kecik mcm ni amik sampai setengah tahun nak selesaikan.

tuan ibrahim tu aku ghase x layak nak pegang jawatan pengerusi j/k disiplin. x der pengalaman. lepastu nampak sgt berpihak kepada satu-satu kumpulan.

tukarkan sj

Tanpa Nama berkata...

bro, cakap semua senang, cuba hang dok tempat orang yang nak buat keputusan tu....kita nak mencari keputusan terbaik & adil utk semua, tersalah melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik dari menjatuhkan hukuman kepada orang yang tak bersalah....

Tanpa Nama berkata...

anon 11.16

Itu sebab bukan boleh lantik j/k disiplin pakai tangkap muat sahaja.

kena diberikan kepada yang layak.

Hadith Rasulullah s.a.w. "apabila sesuatu tugas itu diberkan kepada yang bukan ahlinya, tunggu saat kehancurannya".

Rakyat Selangor berkata...

Penangguhan pengumuman keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, sebenarnya pekara biasa. Alangkan dalam mahkamah UMNO pun, kita terpaksa menunggu keputusan bertahun-tahun lamanya. Mereka ada hak untuk melakukan begitu.

Dari mata pemerhati.. kedua pemimpin PAS itu memang ada kesalahan yang boleh dikenakan tindakan. Masaalahnya perlu kah mereka dikenakan tindakan yang telah disediakan oleh parti kepada pemimpin tersebut sedangkan mereka mempunyai alasan yang boleh diterima pakai demi kepentingan parti...?

Sebagai ahli biasa dan orang luar, kita memang mengharapkan tindakan yang adil dan telus dikenakan kepada sesiapa saja dalam parti PAS yang melakukan kesalahan tanpa membezakan warna serban. Itu yang sepatutnya berlaku.

Tetapi dalam politik di Malaysia, parti PAS mempunyai persaingan dalam semua pekara dengan parti lain khususnya parti UMNO. Apatah lagi PAS memperalatkan agama sebagai perjuangan partinya.

Oleh kerana itu, walau pun orang mereka melakukan kesilapan atau kesalahan maka mereka tidak boleh membuat keputusan yang akan merugikan parti itu sendiri. Malah mereka mesti dilihat sebagai hero dalam mengendalikan kes disiplin terhadap ahlinya.

Biar sesiapa saja yang akan menjerit membantah tentang keputusan yang akan diumumkan itu tidak adil atau tidak telus namun demi parti mereka akan buat tak tahu saja.

Pekara ini biasa berlaku dalam semua parti. Cuma yang lebih ketara melakukan begitu adalah parti UMNO.

Sebenarnya, selain dari pada keputusan yang akan diumumkan itu kita juga ingin tahu dengan jelas mengapa Datuk Dr. Hassan Ali bersikap talam dua muka dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor....?

Tanpa Nama berkata...

dah ikut mahkamah BN, main tangguh-tangguh, tunggu keputusan atasan.