3 Jan 2010

Semua Milik Allah Termasuk NamaNya

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Ulasan GB

Sesuatu yang mengejutkan!

Saya yakin kenyataan Ustadz Idris selaku Ketua Penerangan PAS Pusat itu dikeluarkan setelah menerima "arahan" pihak tertinggi PAS Pusat untuk dijadikan pendirian PAS.

Jika ia kenyataan Ustadz Idris sendiri, jelas menampakkan "kejumudan" namun jika ia adalah pendirian rasmi PAS, maka ia tidak lain dari hanya untuk mendekatkan diri kepada UMNO yang memang berjuang perkataan Allah itu eksklusif hanya untuk umat Islam, sedang Allah sendiri tidak pernah memerintahkan dan menyatakan sedemikian.

PAS akhirnya terperangkap. Menari dengn tarian yang dimainkan UMNO. Akhir dengan "kalimah" Allah, UMNO mengajak PAS bersatu.

Slogan PAS FOR ALL yang sebelum ini dapat direalisasikan untuk semua kaum dan agama, kini kita menjadi hairan kenapa ALLAH tidak boleh, walhal ALLAH Pencipta dan adalah untuk semua makhluk.

Sedangkan sejarah membuktikan orang Melayu yang beragama Islam sendiri pernah tidak menggunakan perkataan Allah. Batu Bersurat yang ditemui di Terengganu tatkala dialihkan ke dalam bahasa Melayu, Allah subhanahu wataala itu disalinkan sebagai "Dewata Muliya Raya".

Waktu itu tiada bantahan dari mana-mana ulamak malah hingga kini pun masih ada di Muzium Negara dengan perkataan sedemikian. Sebabnya orang faham akan pengertian: Kalau selama ini kalimat Dewata mempunyai pengertian untuk Dewa yang bukan Allah, maka rupanya semasa itu pengertian Dewata itu ialah buat Allah.

Al-Quran pula membuktikan, kalimah Allah itu juga terpakai untuk golongan kafir atau musyrik sekalipun.

"Orang-orang Yahudi berkata: 'Uzair itu putera Allah' dan orang-orang Nasrani berkata: 'Al Masih itu putera Allah'. Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?" (Al~Qur'an surah ke-9 At Taubah ayat 30)

Justeru itu perlu disedari bahawa nama-nama Dia walapun khusus bagaimanapun adalah hak mutlakNya dan tiada sesiapa sepatutnya mengkurungkan ia hak eksklusif orang tertentu. ZatNya tidak bergantung kepada apa-apa termasuk namaNya.

Nama Allah sahaja yang diperjuangkan sedangkan hak Allah, hukum Allah, perintah Allah ditinggalkan. Itu stail UMNO, perjuangan UMNO dan dasar UMNO.

Mungkin Lembaga Disiplin PAS akan mengheret dan nak pecat semua yang menentang keputusan itu? Silakan. Nak tengok berapa orang yang akan tinggal dalam PAS. Lepas itu mudah nak rancang untuk join UMNO. Takkan ada penentang lagi.

Allah dengan namaNya sendiri semakin hendak menunjukkan warna sebenar kumpulan ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada hujjah aqli dan naqli. Syabas Tuan GB.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dgn hujah diatas oleh GB.Allah bukan dimiliki oleh orang melayu atau apa2 bangsa di dunia, Dialah 'Rabb' sekelian alam.kita jangan melatah dengan isu nie.kalau kita kata Allah telah menciptakan aku, so Ah Chong dan Subramaniam siapa yang ciptakan????haaaa....jawab.