3 Jan 2010

Isu Kalimah Allah : "Kelajuan Membunuh"

Jangan Terlalu Laju, Bahaya! - Ust Zorkhanain Abidin

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.

Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?

Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?

Agaknya begini…

SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.

Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.

Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.

PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.

Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.

Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.

PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?

Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa?

Saya sering terpandang di cermin-cermin kenderaan stiker yang bertulis, ‘Speed Kills’. Saya harap Ustaz Idris dan Ustaz Nasharudin jangan terlampau laju. Bahaya ustaz…! -bongkarsauh

Ulasan GB di SINI

2 ulasan:

kembara putih berkata...

Kesian tengok badan kehakiman dipergunakan sebegitu rupa. Nampaknya Najib memulakan tahun 2010 dengan pencabulan yang lebih dahsyat. Kalau di Kelantan kerajaan negeri diperintahkan bayar saman sivil RM800 juta, semata-mata mahu mengasak kerajaan negeri dari menuntut royalti minyak. Kes nama Allah ni pun lebih kurang sama juga, memberi keuntungan kepada UMNO.

2 kes di atas adalah akibat dari kecuaian UMNO sendiri. Kes balak di Kelantan, kerajaan UMNO lah yang mewujudkan perjanjian dan kerajaan UMNO lah yang melanggar perjanjian dengan syarikat tersebut. Kes nama Allah, kerajaan UMNO yang memerintah 52 tahun Malaysia lah yang leka dan tidak menggazetkan nama Allah hanya untuk agama Islam.

Kesimpulannya UMNO yang buat TAIK lalu dipalitkan taik UMNO itu ke muka PAS.

sudirumusibarat berkata...

Sya pun terkejut juga bila nampak muka YB Nasa kat Tv3 buka mulut dan YB ZNordin serta kenyataan bertulis Us.Idris

Pungut balik kata tuan,
"Nama Allah sahaja yang diperjuangkan sedangkan hak Allah, hukum Allah, perintah Allah ditinggalkan. Itu stail UMNO, perjuangan UMNO dan dasar
UMNO" betul tu!

Kita nak tengok muka-muka yang berdemo supaya buat demo jugak pasal Utusan Melayu yang rata-rata Melayu Islam yang baca cetakkan keputusan TOTO dan yang sewaktu dgnnya.
Biar sepanduk2 tulis”UTUSAN MELAYU MENGHINA ALLAH DAN ISLAM’” ada berani ke depa ni !

Kita tengok hari jumaat ni demo tak masjid pasal nama Allah ni.
Jadi kita tak payah +lah!