27 Jan 2010

Permit Himpunan 100 Ribu Royalti Minyak Esok Sudah Diperolehi - Gegar

Himpunan 100,000 rakyat Kelantan yang bermula esok telah mendapat kelulusan daripada pihak polis," kata Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) Mohd Hisyamuddin Ghazali kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

"Seluruh rakyat Kelantan dan masyarakat awam dijemput hadir. Alhamdulillah baru dapat permit polis. Jadi, program Himpunan 100 ribu rakyat Kelantan tuntut royalti minyak di negeri ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua dijemput hadir.

"Permit polis itu, kami terima pada 3:18 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu," kata beliau.

Ekoran itu, tambah Mohd Hisyamuddin, Gegar telah menyusun beberapa program sebagai langkah persediaan menjelang esok.

"Kita ada ceramah malam esok, termasuk program solat hajat berjemaah dan ceramah oleh Tengku Razaleigh Hamzah," kata beliau.

Mohd Hisyamuddin berkata, himpunan tersebut boleh diikuti secara langsung melalui laman sesawang http://www.mykelantan.tv. -erapakatan


Presiden PAS, Tun Salleh sertai pidato royalti minyak Ku Li

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan khas royalti minyak 28 Januari ini di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu.

Perhimpunan yang akan bermula dengan solat Maghrib yang bakal diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan mendengar pidato khas Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas.

Pidato anggota Parlimen Umno dari Gua Musang itu sangat penting kerana beliau adalah pihak yang berjanji bagi pihak Petronas untuk membayar 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan negeri ini.

Janji itu dibuat Razaleigh melalui perjanjian mengenainya ketika beliau mewakili Petronas ketika membuat perjanjian dengan Kelantan.

Pada 28 Januari ini, Tengku Razaleigh dijangka mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.

Majlis ini dianjurkan oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) iaitu NGO yang memperjuangkan royalti untuk negeri Kelantan dan Terengganu. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan.

28 Januari ini bakal menjadi hari yang penting untuk Kelantan kerana di hari itu ketua-ketua gereja seluruh negara juga akan mengadakan perhimpunan mereka di Kota Bharu.

Ia kemudian disusuli dengan majlis Makan Tengahari dengan Menteri Besar Kelantan bersama ketua-ketua agama lain termasuk para ulama dan sami. - harakahdaily


2 ulasan:

sb dehlawi berkata...

sambil memohon doa dapat royalti, aku sangat2 berharap TGNA berdoa sehngga ke lubuk hati yang paling dalam, merintihlah kepada Allah SWT supaya menolak@hancurkan fitnah memburuk2kan pas kelantan dan diri TGNA sendiri yang disebarkan beberapa blog yang tidak berpuas hati dan sudah u-turn 360 darjah

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap jangan dibatalkan permit tu di saat akhir. Sebelum ini dah banyak kali perkara seumpama itu berlaku, apa lagi kalau mengancam UMNO/BN.