8 Jan 2010

Najib Melenting, Zaid Mahu UMNO Bertanggungjawab Terhadap Serangan Gereja

Datuk Seri Najib Razak dengan sekeras-kerasnya menolak dakwaan bahawa Umno membakar perasaan tidak puas hati ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan "Allah", yang turut menyebabkan tiga gereja diserang sejak tengah malam tadi.

"Jangan menuding jari ke atas Umno ataupun mana-mana pihak.

"Kami sentiasa sangat bertanggungjawab, jangan kata serangan ini dihasut oleh Umno," kata Najib yang kelihatan tidak gembira apabila ditanya sama ada ahli-ahli politik khususnya dari Umno seharusnya dipersalahkan kerana mengapi-apikan situasi yang tegang sekarang.

Sebaliknya beliau marah wartawan ini yang mengajukan soalan sama ada Umno wajar diperslahkan dalam hal ini.

Ahli Majlis Kepimpinan PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengutuk Umno dan menggesa kerajaan mengambil tanggungjawab penuh terhadap serangan-serangan gereja sejak tengah malam tadi.

“Ia harus mengambil tanggungjawab penuh atas situasi yang semakin buruk antara masyarakat berlainan agama di negara ini dalam mengendalikan isu Allah," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat gereja The Assumption di sini mengutuk serangan ke atas gereja dan menyifatkannya suatu sebagai tindakan pengecut.

"Saya menggesa polis memberikan perlindungan kepada semua gereja dan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap serangan ke atas gereja The Assumption," tambahnya.

Beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa gereja yang memberikan jaminan mereka tidak akan bertindak balas terhadap serangan itu.

"Saya merayu kepada rakyat Selangor agar menahan diri daripada melakukan tindakan sedemikian, yang hanya mencetuskan lebih banyak masalah kepada semua orang," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan membakar gereja dalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan bukan amalan orang Islam.

"Ia tidak sedikit pun mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain, sedangkan hak kebebasan beragama dijamin oleh Islam," katanya.

Beliau menegaskan, malah Allah amat melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain, sekalipun dalam peperangan sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

"Rasulullah juga mengingatkan sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya," katanya seperti dipetik dari Harakahdaily.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Makkah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

"PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan," tegasnya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, tingkat bawah gereja Metro Tabernacle musnah akibat serangan itu.

6 ulasan:

Jebon berkata...

Mana perginya FRU yang ramai-ramai tu?

Anak PR Selangor berkata...

Ada Jebon...kat jalan gurney tu.. tgh lap cota...heheheee.

Tanpa Nama berkata...

dah lama UMNO buat kerja macam tu, baling batu sembunyi tangan.

Tanpa Nama berkata...

macam masa pilihanraya bagan pinang, suruhan UMNO yang buat kekacauan..

Tanpa Nama berkata...

UMNO buat kekacauan tak apa, pihak berkuasa pejam mata????

Deramae Lleh berkata...

Mengapalah Allah jadikan Melayu UMNO sebagai manusia..alangkah baiknya kalau ianya dijadikan haiwan berkaki empat..biarlah mereka membaham mangsa mereka hanya didalam hutan.