25 Jan 2010

Aduka Oh Aduka

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas. -malaysiakini


Sinopsis Semerah Padi oleh Wikipedia

Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman.

Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.

Mungkin cerita ini yang membuat perjalanan pulang ku melayang ke filem lama ini. Aku tidak pernah lupa satu cebisan dialog dari satu babak yang aku sendiri pernah lakunkan di pentas sekolah.

Dalam suasana hujan yang sedang lebat, Aduka membuat pengakuan mengenai hubungannya. Taruna berteriak sedih, "Aduka! Aduka! Lupakah kau pada tuhan! Lupakah kau pada ugama Islam!"

Hati ku tidak tenteram. Ramai yang sudah lupa kepada tuhan. Ramai yang lupa pada nilai-nilai keugamanaan. Ramai yang sudah tinggalkan "perjuangan yang belum selesai." Ramai yang berlakun pura-pura. -anotherbrickinwall


Ulasan GB

GB mengambil masa yang panjang untuk menetapkan pendirian mengenai AdukaTaruna (AT).

Memang di satu aspek, GB tidak pernah gembira dengan tatacara penulisan AT. Semenjak beliau menjadi fourmmer TKO. Di ketika itu GB yang bertugas sebagai Pembantu Webmaster sentiasa memantau posting AT yang GB lihat "keterlaluan" sekalipun hujjah-hujjahnya tersusun dan kritikannya berasas.

Benar kata AT, bahawa dahulu, di TKO, GB adalah penyokong paling depan kepada Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi. Itu era pra-UG.

AT menulis:

Hari ini juga lu tgok Greenboc turut kritik Hadi. Dulu, kat TKO, dialah manusia selevel mod PUTRAJAYA dan BOLOQ skang. Pantang isu mempertikaikan Hadi, PAS dan pimpinan, ghaib punya. Dulu nak buat tindakan kat satu2 thread kena letak nombor mod. So, kita boleh tahu siapa yang lakukan dan atas alasan apa.

dan tulisnya lagi
Dulu, masa gua kat TKO, abah lu pernah buat satu thread beb. Pasal isu apa ntah gua lupa la. Tapi yang pasti pasal merajuk. Masa tu dia belum dilantik jadi SU Akhbar kepada Presiden lagi. Dia buat thread kerana merajuk, ingat nak tarik simpati suruh pembaca pujuk, tapi kena belasah dengan gua sebab merajuk.

Yang backing dia masa tu moderator si greenboc. Last2 bila semakin ramai meluat thread tarik simpati dengan dia, dia keluarkan kenyataan nak test market. Ada word test market. Itu gua ingat sampai skang. Bila dia wat kenyataan thread tu just nak test market (market kepala paip dia), dan GB malu2 kucing kerana ter-bermati2an backing sebelum itu, terus dia (GB) ghaibkan thread tersebut.


Presiden berhak untuk mendapat sokongan kerana belum melakukan apa-apa kesalahan prinsip. Tetapi GB tidak pula menafikan hak forummer untuk mengkritik seiapa juga, hatta Presiden PAS kerana perkembangan intelletualisme tidak sepatutnya disekat.

Hanya sanya jika kritikan itu sudah melewati garis akhlak seperti ada unsur makian tanpa batas, maka GB terpaksa bertegas. Kerana itu tanggungjawab. Kerana itu kewajipan. Kerana itu perintah Allah (wa la tab ghau - jangan kamu melampaui batas).

Di era UG, GB sudah tidak dapat bersama lagi dengan Presiden. Kerana bagi GB, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS telah mula ternoda. Telah mula cuba dirosakkan dan telah mula lari dari garis yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS sendiri.

GB melakukan kritikan, tetapi malangnya wadah yang ada iaitu TKO semasa itu tidak senang dengan pendirian GB yang menentang Presiden secara terbuka. Kerana bagi mereka tidak ada adab jemaah. GB rela dilucutkan jawatan, ditarik dari menjadi DJ TKOfm yang sentiasa lantang menentang gagasan UG.

Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa yang GB tentang ialah pendirin Presiden PAS, yang GB tentang ialah gagasan UG, yang GB tentang ialah kelemahan-kelemahan Presiden PAS yang dilihat menjadikan PAS sebagai jemaah yang mundur dan lemah. GB tidak tentang batang tubuh TGHH, GB tidak tentang ilmu TGHH. GB tidak tentang status ulamak TGHH.

Pun begitu, apa jua tentangan, hendaklah dilakukan dengan ilmu, dengan dalil, dengan fakta. Bukan tentangan semborono. Bukan tentangan yang menggunakan perkataan mencarut, memaki atau mengaibkan peribadi.

Begitulah juga apabila GB menulis kritikan terhadap Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin, Naib-naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz dan Salehuddin. GB juga pernah menulis kritikan terhadap Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din.

GB juga mengkritik polis, menteri malah tuan-tuan hakim.

Namun sebagai umat Islam, GB sentiasa mesti mempastikan bahawa tulisan kritikan kita mematuhi akhlak Islam.

Ada bezanya akhlak Islam dengan akhlak jemaah. Akhlak Islam adalah tetap dipandu oleh Alquran dan hadith, akhlak jemaah bersesuaian dengan waqi', bersesuaiean dengan masa, bersesuaian dengan keadaan, ia tertakluk kepada angkubah-angkubah jemaah sendiri dan lingkungannya.

Status ulamak sesetengah pimpinan hendaklah dihormati walaupun belaku kritikan terhadap pendirian dan tindakan politiknya.

Malah selepas mengkritik TGHH, GB sentiasa juga masih ke Rusila apabila bertandang ke KT. GB juga selalu menyiarkan artikel pimpinan ulamak yang tidak GB gemari political standing maisng-masing. Kerana didalam Islam, ulamak itu pewaris Nabi - itu hadith Nabi, kena akur, kena patuh.

Namun sayangnya AT tidak memahami kaedah itu. Kritikan tetap diperlukan, terbuka atau tersembunyi. Kerana kritikan itu adalah semakan dan pembetulan terhadap kelemahan dan kekurangan. Tetapi wajib di dalam lingkangan batasan yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya - wa la tabghau - jangan melampaui batas. Jangan hina ulamak kerana ilmu ugamanya.

Sebab utama AT bertindak sedemikian ialah beliau bukan ahli jemaah. Beliau tidak pula mempunyai asas ilmu keagamaan yang baik. Apatah lagi umurnya masih muda belia. Beliau menggunakan passprot "free-lancer" untuk melakukan kritikan liar sehingga terbabas menggunakan kaedah-kaedah di luar norma hidup orang beragama. Itu jelas satu kesalahan serius.

AT wajar dididik. AT wajar diberi peluang untuk memperbaiki diri. AT pula wajar menerima teguran dan nasihat. AT wajar "dimandikan limau, bunga dan air tujuh masjid" untuk menghapuskan segala aura kotor (dirty energy) yang menjadi "sial" yang menetap di dalam dirinya. Jika boleh, AT perlu mengadap ke istana Johor memohon maaf kepada Sultan Johor yang baru ditabalkan diatas keterlanjuran dan perangai "budak baru nak hidupnya" mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan terhadap al-marhum ayahanda Sultan Johor. Terpulang kepada baginda, apa hukuman yang perlu dikenakan.

Bagi GB, hal ini kecil, dan AT perlu menutup blognya sementara waktu supaya sebelum ia dapat kembali semula dengan AT yang baru. PAS perlu memimpin AT menjadi ahli yang baik, bukan terus-terusan menyerangnya lagi. Di luar sana ramai yang menyokong perjuangan PAS tetapi perangainya masih di luar adab Islam. Salah siapa?


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kaitan gambar BERSIH tu dengan AT?

Perjumpaan AT dengan MOD TKO;
http://www.izoblog.com/isu-semasa/perhimpunan-bersih-catatan-adukataruna

Memang MOD TKO dah kenal sangat AT

cikya berkata...

Saya menyukai ulasan GB terhadap isu AT.

Ulasan yang adil dan berilmu.

Benar kata GB, AT perlu mengahadap Sultan Johor untuk merafak sembah memohon maaf di atas keterlanjurannya.

Tanpa Nama berkata...

yg mana satu AT tu GB?
yang depan tepi sekali tu kan?

hansem, memang hensem

Tanpa Nama berkata...

Salam,


1.
Kepada saudara GB, saya selalu juga membaca ulasan dan pandangan si aduka ni...

Dia ni seorang yang pandai berkata-kata, tapi memutarbelit sesuatu perkataan agar ia nampak berselindung dan 'double meaning'.

Kalau ingin berhujah dengan dia, kenalah pandai-pandai membalas balik hujahannya, yang kebanyakan saya nampak adalah tipu helah yang dibuat-buat. Sebab itu kita kena selalu berhati-hati dengan dia. Saya lihat ramai yang terpengaruh kerana faktor itu (memutar-belit fakta).

Dia di'ban' di TKO bukan kerana lain, melainkan menyiarkan gambar lukisan yang agak melampau, dimana TGHH dihina dan difitnah! Anda boleh hubungi Songkok putih dalam hal ni...

2.

Tentang isu UG yang menyebabkan anda skeptik terhadap TGHH, maka saya mohon berbanyak-banyak agar anda mengulas video dibawah ini...

http://www.youtube.com/user/har1011


Sekian, wassalam


hassan

Unknown berkata...

Salam

Yang tuan maksudkan rakan di KB termasuklah saya, TP, Tok Ggawa dan PT.

Kawan yang terdesak perlu ditolong tidak kiralah apa pendiriannya